Terima kasih wahai musuh

MUKADDIMAH

Layan ajelah gambar²nye yea.


Sambal terung



Ayam paprik



Puding Laici



Ni kalau tak kenal tak tahulah.=)



Macam inilah selalunya. Bila dah di ambang peperiksaan, barulah saya terasa terlebih rajin nak buat itu ini.

Time inilah nak buat puding. Time inilah juga nak buat tiramisu.
Pendek kata, tyme² macamnilah baru saya bersemangat nak bersilat di dapur.


Jadinya, lepas ni kalau nak minta saya masak apa², tunggu bila saya nak exam okeh?

*Saje letak gambar² ni sebab nak tunjuk kat Mak sebenarnye. Heee =D
Mak, semuanya Nini buat sendiri tau, kecuali tembikai.



SETIAP SAAT, SETITIS DARAH


Dan di tengah² saat nak exam ni jugalah, saya terasa rajin untuk update Destiny II.
Ada² aje yang buatkan saya tak sabar nak menulis di sini.


Mungkin kerana bila saya disibukkan dengan memasak, menulis blog, saya terasa masa saya occupied.
Seronok sebenarnya rasa occupied ni, rasa ada saja kerja yang sentiasa menanti.
Buatkan saya semakin effisien dan sayang untuk sia²kan masa yang berlalu.
Banyak perkara² self-accomplishment yang boleh diselesaikan.


Apa² pun, setiap orang dikurniakan 24 jam sehari.
Tiada yang lebih atau terkurang.
Dengan keberkatan dari Allah, dan dengan kebijaksanaan sendiri, 24 jam itu boleh buatkan kita terasa seperti 30 jam sehari. Malah mungkin lebih dari itu.


Bak kata seorang ustaz yang saya tak ingat namanya, apabila seseorang itu melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya, maka secara automatik pengurusan masanya akan baik.

Kerana ajaran Islam itu sendiri mementingkan ketepatan dan pengamatan waktu.

Lihatlah bagaimana indah dan teraturnya Allah menyusun waktu solat untuk kita.

Seseorang yang menjaga agama, dia akan menjaga solatnya.
Dan seseorang yang menjaga solat, dia akan menjaga masanya.



Aduhh, terasa seperti terkena penampar di pipi sendiri.


InsyaAllah, saya yang menulis di sini, maka saya jugalah orang yang pertama² sekali akan baca tulisan saya sendiri.
Maka peringatan ini khusus buat diri sendiri. Terutamanya.

Tak ingin menjadi golongan yang dibenci oleh Allah.

"Sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saff:3)


Benarlah kata² Imam Al-Ghazali,
perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa lalu.

Bulan yang teramat jauh itupun dapat dijejaki oleh angkasawan.
Gunung Everest yang tertinggi itu juga bisa ditakluki.

Namun apabila berlalunya 2 saat dalam hidup kita,
dengan pesawat yang paling laju pun kita takkan dapat mengejar semula 2 saat itu.

Dan 2 saat itulah yang akan menjadi saksi, samada ia diisi oleh pahala atau dosa.


InsyaAllah, semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang sia² nyawanya.

Mengurus masa = Mengurus nyawa

*Cukup besar?



GETARAN


Alhamdulillah, 2 hari lepas, seperti malam² khamis yang kebiasaanya, kami pelajar² di France akan duduk sebentar dan beriman sejenak di hadapan PC masing², untuk sesi kuliah online dari seorang ustaz.

Dan kali ini, ustaz menyentuh tajuk yang amat rapat dengan apa yang saya telah tulis dalam entry lepas, tentang kekerasan hati dan airmata.

Terkejut saya.
Macam tahu² je ustaz ni.

Dan antara kata² ustaz malam itu,

"Susahnya diri untuk mengalir airmata kerana Allah adalah indikasi kepada kerasnya hati."


Wahai hati, bergetarlah.

Wahai Tuhan,
penyingkap segala gelisah, pengusir semua resah,
Jangan biarkan dosa² lalu membuatkan hati ini deselaputi kekerasan.

Ya Allah,
Maha mampu mencabut kesulitan, Maha kuat perlindungan,
Lembutkan hati ini,
Hingga ia menunduk malu kepada dosa.


Duhai,
Betapa hidup ini sangat memerlukan kita untuk intim dengan Allah.
Betapa perlunya untuk menjaga hubungan dengan Allah, tak kira di mana diri dicampakkan.
Timur atau barat, utara atau selatan, semuanya milik Dia.

Dan kerana kehidupan ini, tidak lain melainkan perjalanan menuju Allah.

“Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri" (59:19)



DEMI CINTA


Dan ustaz mengakhiri kuliahnya dengan sepotong pepatah Arab yang belum pernah saya dengar.

"Apabila seseorang manusia mencintai sesuatu, maka ia akan sentiasa meniti di bibirnya."


Ringkas, biasa, namun penuh erti.
Maknanya tidak setakat di permukaan kata², tetapi jauh lebih mendalam.

Kamu pernah bercinta?

Kalau pernah, pastinya kamu akan tahu bagaimana perasaan seorang pencinta, yang amat mencintai kekasihnya.
Betapa hebatnya penangan cinta itu, hingga setiap saat, tiada lain yang difikirkan kecuali si kekasih.

Belum lagi mendengar suaranya, terdengar namanya pun sudah cukup membuai rasa.
Hatinya menjadi amat sensitif, amat peka kepada apa² yang bersangkutan dengan si kekasih.
Aduh, hebat.


Saya pernah rasa. Pernah melaluinya, satu masa dahulu.
Di waktu tarbiyyah jahiliyyah sedang memenangi hati.

Tingginya nilai cinta.
Terlalu tinggi dan mulia untuk dibiarkan menjadi adunan nafsu dan maksiat.




Dan jika kamu benar² mencintai Islam, pasti kamu sudah tahu tentang apa yang berlaku kepada Islam sekarang. Tentang pembunuhan saudara² seislam di selatan Thailand.

Andainya belum tahu, tak mengapa. Selaklah dada akhbar, atau cukup dengan menaip apa² keyword di Google. InsyaAllah ketemu jawapan.

Jangan malu,
Masih belum terlewat untuk mengambil tahu.
Walaupun sudah 4 hari berlalu.


Ditembak dalam masjid, ketika sedang bersolat jemaah.

Nah, saya tinggalkan pada kalian, untuk mentafsirkan betapa pekatnya nilai kekejaman yang tersirat dalam sepotong ayat itu.

Belum membaca ceritanya lagi.
Pasti berkalut seribu kekesalan dan kesedihan di dalam hati.
Air mata sebagai saksi.


Dan hanya doa menjadi iringan.
Semoga Allah menerima mereka yang terkorban sebagai para syuhada' di jalanNya.
Ameen.

Wahai Tuhan, saksikanlah.
Wahai dunia dan sekalian alam, lihatlah.



Samada membela Islam atau membiarkan satu demi satu terus menjadi mangsa sembelihan,

Pilihan di tangan ANDA.


Terima kasih wahai musuh,
Kalian menyemarakkan semangat jihad yang takkan pernah padam,
Dengan sumbanganmu yang kejam dan terlaknat,
Kalian jugalah yang menyergah, andai kami nyaris rehat dan terlena,
Terima kasih wahai musuh.


p/s : Saya masih belum puas menulis, tetapi hati menyuruh berhenti.

 

12 comments:

Izzah Marzuki said...

salam sayang buat nini,

akak suka post nini kali ini..
buat akak terkedu.. mcm ni la yang akak suka baca, bila apa yg kita baca tu buatkan kita terfikir balik sedalam²nya.. refleksikan diri kita.. terimakasihbyk nini.. =)

menyelerakan betul masakan nini ni.. waah.. makan ramai² lagi tambah menyelerakan, kan?

akak doakan nini tenang menempuh exam ye! insyaAllah, seperti biasa nini pasti berjaya menghadapinya, kan! ♥♥♥

aynaacikot said...

akak!
nt nk blaja ayam msk paprik ngn akak..sedap tu..
aush aush..
bonne chance xams.
:D

wani syazwani said...

salam nini..
akak pn sedih sgt bc berita yg kat thai tu..same2 kita doakan mereka yg dibunuh di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...

nini,akak suke lagi kias cinta nie:)

p/s:teringin nk jumpe nini face to face..isnt possible dear?:)

Anonymous said...

Nini sayang,pandai anak mak masak skrg. Ayam masak paprik tu kegemaran mak,nanti balik M'sia, mak bolehlah rest memasak.Balik sekolah mesti seronok nanti.Esuk, adik2 balik ke asrama semula. Good luck utk exam syg. I know u can do it.

syazelle said...

nini..
nice post..

sedapnye makanan² tu..
syaz tgh lapa sgt² ni..
struggle satu ari siapkan repot..
gudluck untuk exam k!

Nini Marini said...

Kak Izzah yg disayangi~~
Terima kasih akak.akak antara orang yang sllnye pertama² komen dalam stp entry nini.kalaulah akak tahu,how touched i am.=)

InsyaAllah,nini sbnarnye memang suke bace blog org yg mcmtu jugak.dan nini masih peringkat sangat awal, masih belajar,utk menulis dengan matang dan berguna utk yang membaca.

Ape² pun, alhamdulillah.
Terima kasih akak syg!*Cuak ni nak exam*



Ainaa dear~~
Okey Ainaa, no problem! Ainaa balik sini nnti,then kite masak same² k insyaAllah.=)

*Ainaa pun kene ajar akak masak moule macam hari tu.akak suke!=)



Kak Wani~~
InsyaAllah possible kak!!*semangat*

Hehe,sebenarnye nini pun teringin nak jumpe akak.lame dah teringin tu, sejak kenal kat friendster lagi.

InsyaAllah nnti bile Nini turun KL,kite janji jumpe kat mane² k. nnti akak kasi number akak kat Nini eh!

Btw,ni id YM nini : syanisdiyanni_fisza887




Mak sayang~~
Mak!!!! Nini tawu mak suke paprik ayam ni, sebab tu nini masak semalam.cedap tau mak,macam kat kedai yang mak selalu makan tu.hehe.=)

Nanti lagi 2mggu nini balek,mak takyah masak sgt.biar nini je kat dapo.=)
*ceewah, setiap tahun pun cakap gtu.tapi alih² mak jugak yg masak.haisy.*




Syaz~~
Aduh syaz,sorry²..huhu, kesian syaz tengah lapa² tu nini tunjuk gambar makanan pulak.tak baik betul.

Kalaulah nini ade kat Nice,confirm syaz takyah pikir pasal masak.buat je report tu smpai siap.nnti nini ketuk pintu panggil makan.

Gudluck juge syaz!!smoge Allah permudahkan untuk siapkan report.insyaAllah.

Take care dear sis.=)

hamdan al-kandahlawi said...

tu dia.masak makanan malaysia kt sana tuh.nampak mcm sodap weh~pos kat sini ar.apo laie

baguih2..nak usrah online pun susah la ni..virus banyak sgt.sat jual ubat la..sat pelanging badan la.pening den

paramour said...

sedapnye gambar, belum rasa lagi..

good luck exam. buat betul2 ye.

salam

Nini Marini said...

Hamdan al-kandahlawi~~

Haha,kelakar².teringat kat Acai Berry pills tu.sampai ade yang buatkan lagu.memang tension sesangat la tu.

Takpe,kat msia takde usrah online pun takpe.jumpe depan² je.lagi muntij!



Paramour~~
Merci paramour.=)

Betul ke ni paramour?first tyme tulis komen yg sangat pendek.
musykil².

Wslm.

wani syazwani said...

nini,nnti akak add nini kat ym ye..nini accept k?hehe..

bestnye if dpt jumpe nini nie*akak pn smgt nie*^_^.kalau nini turun kl,inform akak ye..bole jumpe..inshaAllah;)

ma'assalamah nini

p/s:pandainye nini masak,kagum.

Parisian girl said...

marini!sedapnya tengok gambar2 tu. sukanya sambal terung. I likeeee:)

Nini Marini said...

Hye kak nisa!!

Saye pun suke sambal terung.tapi depend kepada siapa yg memasaknye.saya still prefer org lain yg masak,bukan saya.

Btw,ur shushi and japanese food pics in ur blog always make me craving a la folie.~~

Thanx kak nisa.
=)