Belajarlah berkata cukup

KALAH TAK BERGAYA


Takziah kepade peminat² MU.

Saya faham perasaan kamu semua.
Sama macam perasaan saya, waktu France kalah World Cup 3 tahun dulu.
Rasa macam nak menangis.


Eh, bukan rasa². Memang nangis pun. Especially bila tengok Zizou dengan pasrah keluar dari padang, selepas dihadiahkan kad merah.
Dan lebih luluh hati ni bila melihat team Les Bleus terus penasaran selepas kehilangan kapten.

Ish.
Sudahla Nini.
Barang lama jangan dikenang.

Itu cerita lama yea.

Tapi rasanya memang patut MU kalah semalam, sebab dia main tak cantik. Eloklah tu kalah.
Saya tak tengok yea.
Ada orang bagitau.


SEJUK DI MUSIM BUNGA


Musim bunga tahun lepas.


Syukur, sekarang ni, walaupun kepanasan dan kehangatan matahari dah menaikkan suhu di hampir semua tempat France, tapi Rouen masih kekal dingin.

Di saat budak² Malaysia yang tak tahan panas mengeluh dan merungut sebab terlalu panas di tempat mereka, saya masih lagi dapat merasai kedinginan cuaca yang sangat soothing di sini.

Alhamdulillah, saya tak silap pilih tempat.


Memang betul kata kawan² saya . Banyak hikmahnya Allah campakkan saya di Rouen ni.
Terbayang² macamana dulu saya asyik menangis remuk redam dengan diri sendiri.
Selalu salahkan diri sendiri, sebab pindah ke Rouen.
Dan selalu juga saya berkata², kenapalah saya tak pindah ke Besancon awal² dulu.


Sekarang ni pula,
Tak boleh bayangkan kalau saya ditakdirkan menetap di Besancon.
Terpaksa meredahi kepanasan melebihi 30 Celcius pada waktu² begini.
Dengan panas yang kering, tanpa angin.


Duhh, semoga bertabah yea kamu² di Besancon sana.
Especially mutiara² hati saya di situ.
=)


Musim bunga tahun ini.


KECUKUPAN YANG MENCUKUPKAN


Sekarang ni, saya sedang mendidik hati dengan sifat qanaah.
Belajar untuk merasa cukup dengan apa yang ada, dan berpuas hati dengan rezeki yang telah Allah berikan.

Tapi jangan keliru, sifat qanaah ini langsung tak boleh menyalahi konsep usaha pula.
Janganlah asyik qanaah tanpa usaha.
Ibarat tawakkal tanpa usaha.
Allah tak pandang.


"Takpelah, tak payahlah susah² lagi kerja keras. Dah cukup dah takat ni rezeki aku Allah nak bagi."


Boleh ke tak sebenarnya cakap macamni?
Yet, we tend to say this most of the time.
Kan?


BERDOALAH DENGAN BETUL


Saya ada satu cerita.
Cerita ni pernah dishare oleh seorang sister dalam usrah kami.
Dan cerita ini diambil dari sebuah blog, yang tak dapat dikenalpasti alamatnya.


Bace tau.
Siapa tak baca, rugi sangat. Serious saya cakap.
Walaupun saya tak tahu siapa yang tulis ni, tapi saya nak bagi banyak kredit pada dia atas perkongsiannya.
Sebab banyak pengajaran yang saya dapat. Serious.


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox.


Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.


Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta.


Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, berkata "Some people just don't know what to wish " (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?


Betul kan? In fact, inilah realitinya kita.
Walaupun saya tahu, tak semua kita begitu.


TERUSKAN LANGKAH


Saya ada seorang teman. Teman baik. Baik sangat. Sangat sangat.
Ish, macam main goreng pisang pulak.

Sekarang ni dia bekerja sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.
The famous PTD.

Sejak dulu lagi dia bercita² inginkan jawatan PTD tersebut.
Memang sungguh diidam²kan.
Bukan kerana 'standard'nya dan 'elite'nya golongan PTD ni, tapi kerana sesuai dengan sifat dan peribadinya sebagai seorang yang berkaliber dan penuh karisma.

Maka bagi saya, memang dia sesuai untu memikul tanggungjawab sebagai seorang PTD.


Dan alhamdulillah, dua tahun yang lalu Allah perkenankan permintaannya.

Memang Allah itu sungguh Maha Pemurah.
Pada semua hambaNya, tak kira yang beriman atau yang ingkar.
Si taat mahupun si pelaku maksiat.
Nikmat Allah sentiasa melimpah ruah.


Tapi sekarang, beban tugas sebenar seorang PTD makin terasa di bahu.
Hingga ada kalanya terasa tak tertahan lagi.
Ada masa, kerja lewat 7 hari seminggu. Pagi sampai malam.
Orang yang kerja sebagai bos pun tak perlu mengerah tenaga seteruk tu.




Tapi, betapa saya kagum dengan kawan saya seorang ni.
Dalam kepayahan melalui bidang tugas yang menuntut seribu pengorbanan, tak pernah sekalipun diluahkan kata sesal terhadap pilihannya dahulu.

Tak pernah sekali pun saya terdengar dia berkata, "Kalaulah dulu aku tak masuk PTD ni, mesti boleh hidup tenang. Kerja normal macam orang lain."


Sebaliknya, kerja diteruskan, walau semakin berat beban.
Kerana itu permintaannya dahulu pada Allah, dan betapa dia masih bersyukur kerana Allah telah mengabulkan permintaan itu.

Sungguh, saya kagum pada semangat dan kegigihan itu.

Kata orang French,
On assume ce qu'on fait.
Be responsible of what you're doing.



UNTUK NINI


Banyak yang saya belajar.


Belajarlah untuk berkata cukup.
Berpuas hatilah dengan segala doa yang telah Allah kabulkan.

Bukankah ini yang pernah kau minta pada Allah satu masa dahulu?


Tak perlu dibanding dengan orang² lain, yang nampak seolah² bahagia.
Mungkin sebenarnya mereka turut terasa payah dan derita, namun dikuatkan langkah kaki dengan penuh redha.
Selagimana kau tak berhenti melihat dan mencemburui kebahagiaan orang lain, selagi itulah kau akan terhalang daripada rasa syukur.

Dan kerana sememangnya,
the grass is always greener on the other side.


Akhir sekali, berhentilah menyebut 'kalaulah', kerana perkataan kalaulah itu sendiri hanya membuka laluan kepada syaitan.


Terima kasih.
Nini mendengar dengan penuh faham.
Dan kini terdiam.


p/s : Alhamdulillah, AYAM saya yang degil tu dah kena tambat. Semuanya dah kembali normal. A trillion thanx to you-know-who-you-are.=)

 

8 comments:

~*puding caramel*~ said...

salam kak nini!!

rasa macam dah lama sangat tak komen di sini. setakat jadi stalker je..pembaca senyap juga..

suka sangat entri ini. sangat suka! betul apa kak nini cakap. buat saya terfikir. kadang2 kita selalu tamak. tamak dengan apa yang kita ada dan buat kita rasa tiada apa yang pernah cukup. bila sudah berharta, masih belum cukup hartanya, sudah kurus, mahu lagi kurus,(erk?), bila dah dapat apa2 la. tak pernah rasa cukup. jawapan untuk semua ini adalah rasa syukur
dan merasakan semua yg dimiliki bukan milik mutlak. ia adalah milik Dia.

kadang2 selalu tercakap kalau. itsk..

haha dari hari tu problem ayam. lawaklah. cik ayam, duduk situ diam2 ok?

p/s: sudah berilmu, masih belum cukup ilmunya. hmm terfikir pula. kalau tamak ilmu maybe bagus. kut? :) :)

selamat bermujahadah!! ^^

paramour said...

thanks marini for your inspirational stories. i'm deeply touched.

betul. jangan sama sekali menyesal dengan apa yang kita pilih. hadapi dengan hati dan minda yang terbuka. tiada jalan lagi berpatah balik. hidup di dunia terlalu singkat untuk bersenang lenang.

bak kata sarjan razak lakonan a.galak dalam filem darah satria 1983, "sebelum sampai ajal selagi itu kita takkan mati. biar kita bermandi peluh jangan bermandi darah! ingat,setiap pertempuran, 1 peluru, 1 musuh!"

hatta amrozi, si pengganas yg meletupkan disko di bali ketika diwawancara oleh wartawan bbc di dalam penjara. soalannya, kalau diberi peluang kembali ke waktu sebelum pengeboman berlaku apakah dia tidak akan melakukannya? amrozi jawab; "tidak, sama sekali tidak menyesal. jika saya dilepaskan sudah pasti saya akan bom lagi."

nah, bukan maksud tiru keganasan mamat ni. tapi semangat, determination dia yg patut dicontohi.

satu peluru, satu musuh. satu peluang, satu matlamat. buat sehabis baik. hidup hanya sekali.

ok marini, all the best!

wassalam.

Nini Marini said...

Puding Caramel~~

Akak tahu awak selalu datang sini walaupun tak tinggal jejak ape².never mind lah.akak appreciate ur visit tau.=)

Kalau bab ilmu tu, especially ilmu agama, rasanya memang patut rasa tak cukup dan selalu berkejar nak tambah ilmu.bak kata seorang ilmuwan islam yang akak tak ingat sape, semakin kita belajar, kita semakin bodoh rupanya.

Hehe,awak perasan eh ayam tu duk tak diam selama ni?tula,samapi pening² akak tengok blog sendiri.syukur dah ade yg membantu.=)



Paramour-yang-suke-komen-panjang²~~

Erm,menariklah cerita awak pasal sarjan razak dan lelaki pengebom berani mati tuh.sangat determined.

Thank u for sharing yea.=)

Dan saya suke kata² tu.
satu peluru, satu musuh.nak letak kat status YM la.

Sharelah ape² lagi cerita.suke baca tulisan awak.serious sangat² ni.

Dan cepat²lah buke blog sendiri.mesti maju.=)

Neeza Shahril said...

yeay! ayam nini dah masuk reban.. jangan lari lagi tau.. :)

akak setuju tu nini. Tak baik kita menyesal dengan apa yang telah ditentukan Allah. Kita tak nampak apa yang Allah nampak.
Bila ianya dah terjadi baru lah kita sedar...

Dalam hidup akak sendiri pun, banyak benda yang akak serahkan keputusan nya di tangan Allah.. Tapi bukanlah bermakna tak berusaha..
Ianya berkaitan dengan keputusan yang patut kita buat.. Doa, biar Allah tunjukkan jalan yang baik..

Kalau ada benda yang menyedihkan, akak belajar terima itu lah yang terbaik.. walaupun sukar.. akak belajar dan terus belajar nini..

Ainul Arina Madhiah said...

salam akak...
ainul rasa macam pernah tengok je cerita tu.. Tapi kat mana ek? lupa plak.. Tpai series memang insaf tengok jadi macam tu.. Kalau akak rajin kan, cuba la cari iklan2 arab saudi yang best2 tentang islam.. Banyak tau yang menginsafkan.. Terutama iklan perempuan mengumpat. Ya rabbi, series sampai sekarang ainul terbayang buah diaorg makan jadi daging berulat. Yuck!!!

Habib said...

Salam,

Oh. Encik Mas Aidiff dah grad ker dari DPA?

congratz to him.

Nini Marini said...

Wslm,
Yes habib, die dah grad beberapa bulan lepas.
=)

Nini Marini said...

Kak Neeza~~
Semoge terus kuat dengan kehidupan di bumi Saudi tu ye akak.hidup di tempat orang bukan mudah.tapi di tempat sendiri pu tetap tak mudah.ada ragam masing² kan kak.=)



Ainul~~
Salam ainul. ye, cerita yang akak copypaste tu banyak jugak blogger lain letak. version panjang punye. akak amik sikit je ni.

Huhu, pasal iklan syaitan tu kan. akak ade tengok sekali,yang pasal tidur tuh.lepas tu sumpah akak tak tengok mane² dah. buat akak takleh tido je malam².
=)