The Day - 26.07.09 - [Part 2]
Kalau nak diikutkan, memang banyak betul saya nak bercerita. Dari pengalaman pertama disarungkan cincin, pengalaman terburuk make-over yang buatkan saya hampir menangis, dan macam² lagi.
Tapi rasa kurang sesuailah pula kalau saya nak bercerita tentang majlis pertunangan saya ni di Destiny sampai berpart².
Biarlah dalam dua entry ini saja saya mengizinkan diri bercerita tentang hari itu.
Itupun bukan sampai details.
Yang details² tu, saya bercerita pada sesiapa yang dapat bersua muka dengan saya jelah yea.
Itupun kalau ada yang bertanya.
=)
TUNANGAN ORANG
Apa² pun, seringkali saya ingatkan diri sendiri, ini hanya sebuah majlis pertunangan.
Tiada perubahan yang terlalu besar.
Seorang lelaki dan perempuan yang diikat dengan tali pertunangan, masih lagi asing terhadap masing², tiada satu pun ruang yang membenarkan mereka berkeadaan seperti pasangan yang telah dinikahkan.
Dan bila ditanya tentang apa perasaan saya selepas ditunangkan, saya hanya mampu memberikan senyuman sebagai jawapan pertama.
Sebetulnya, perasaan menjadi tunangan orang itu bukanlah perasaan yang baru tumbuh dalam diri saya sejak 3 hari ini. Malah, sudah pun tertanam dalam hati sejak 3 tahun lepas lagi, setelah Mak+Bapak dan Mama+Baba dipertemukan oleh kami buat kali pertama pada 2006.
Segala puji bagi Allah yang maha indah mengaturkan, detik itu menyaksikan mereka tersenyum memberi restu.
Dan saya tetap berpegang pada kata² seorang ustaz pada saya, bilamana kedua² pihak telah memberi restu dan bersetuju, maka dari segi syariatnya, saya sudah dikira bertunang.
Mudah kan?
Islam itu mudah. Ungkapan ini sentiasa saja meniti di bibir semua yang mengaku Islam.
Tapi hari ini, rasanya ungkapan itu tidak lengkap dibiarkan berhenti di noktah sebegitu.
Kerana Islam itu memang mudah.
Tetapi bukan untuk diambil mudah.
SESUATU YANG TAK TERNILAI
Hari itu memang satu hari yang istimewa, kerana bersamaan dengan 26 Julai, tarikh saya dilahirkan ke dunia.
Kawan² saya bertanya, adakah ini birthday yang paling best buat saya?
Jawab saya, mungkin juga!
Kerana memori terhadap birthday² yang sebelumnya jarang untuk saya simpan dalam kotak ingatan saya.
Kerana selalunya, ia hanya disempurnakan dengan sekeping kad ucapan oleh Mak Bapak disusuli ciuman kasih sayang oleh Mak di pipi.
Hari lahir tetap hari yang biasa² saja.
Tak perlu disambut dengan begitu gah dan meriah.
Apa yang penting, hari lahir menandakan genapnya usia kesekian tahun bernafas di bumi Allah. Dan seiring dengan itu, banyaknya tanggungjawab dan komitmen yang bertambah di bebanan bahu, sesuai dengan kematangan yang tumbuh dengan pertambahan usia.
Cuma, satu perkara yang tidak dapat saya nafikan, berlalunya 26 Julai tahun ini, memberi kesan ransangan luar biasa jauh dalam diri saya.
Saya sungguh ter'motivated' untuk mempersiap dan melengkapkan diri sebagai seorang wanita yang bakal bergelar isteri.
Saya sungguh terharu dengan bakal keluarga baru saya, yang beramai-ramai bersusah payah datang dari jauh dengan 11 buah kereta.
Saya teruja berpeluang mengenali dan bersalaman mesra dengan insan² yang akan menjadi sebahagian daripada hidup saya sampai mati. InsyaAllah.
Seperti yang Mak Bapak selalu ulang²kan pada saya, "You will not just marry the man, but you're marrying the family. The whole family."
Dan saya paling terkesan melihat pengorbanan kedua orang tua saya, Mak Bapak, yang bersungguh-sungguh dengan segala kudrat yang ada, demi menjadikan hari lahir saya yang ke-22 ini sebagai satu hari yang takkan dapat saya lupakan.
Saya tahu, semenjak berbulan² awal Mak dan Bapak sudah memulakan persediaan. Bukan saja dari segi material, malah juga secara mental, untuk menerima hakikat bahawa satu²nya anak perempuan yang Allah kurniakan buat mereka, yang dijaga, diasuh, dididik dengan sempurna sejak dilahirkan, akan mula 'berpindah tangan.'
Saya tahu, itu bukan sesuatu yang mudah untuk mereka terima.
Saya teringat kata² Mak yang berseloroh pada kawan²nya beberapa hari sebelum saya ditunangkan dengan rasmi,
"Ni lah satu²nya anak perempuan, tapi satu²nya anak perempuan nilah yang nak belajar paling jauh tinggalkan mak pak. Dan satu²nya anak perempuan nilah jugak yang nak kahwin paling awal tinggal mak pak."
Kamu perlu tahu, ia juga bukan mudah untuk saya.
Untuk saya menghadapi semua ini, seawal usia 22 tahun.
MY PRECIOUS LOVE
Saya mungkin seorang anak yang agak timide dan reserved, yang malu untuk meng'ekspress'kan perasaan saya di depan Mak dan Bapak yang saya cintai.
Mujur ada Destiny.
Dan di hadapan Destiny hari ini, di saat ini, saya mengalirkan air mata.
Buat Mak Bapak tercinta, terima kasih Nini ucapkan untuk segala penat lelah Mak Pak berkorban duit, masa dan tenaga semata² untuk Nini, sempena hari pertunangan Nini.
Di lembaran Destiny ini Nini tuliskan, supaya seluruh dunia tahu, betapa Nini amat² bersyukur pada Allah kerana dikurniakan the Mak dan Bapak sebagai dua insan yang paling berharga sepanjang hidup Nini.
Terima kasih pada Mak, untuk segala persiapan yang mak sempurnakan dengan tangan Mak sendiri. I'm really² proud of you Mak. Dulang² hantaran yang Mak buat, originally from your handmade, tetap kekal sebagai hantaran paling indah buat Nini.
Terima kasih pada Bapak, untuk segala nasihat dan moral support yang Bapak bagi pada Nini menjelang hari itu. Dua hari sebelum majlis, sangat jelas riak kepenatan di wajah Pak yang sememangnya tak cukup tidur, tapi Pak masih mampu membuat Nini ceria bergelak ketawa dengan lawak jenaka Pak.
It really touches me deep inside.
And I am so thankful to Allah, for giving me this world's most amazing parents!
9:34 AM | | 18 Comments
The Day - 26.07.09 -
Hari ini 28 Julai 2009.
Celik² mata pagi tadi, saya masih seakan² tak percaya, akhirnya berlalu sudah 26 Julai yang ditunggu².
Dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan amat baik, seperti yang diharapkan oleh semua yang hadir. Sederhana tapi sempurna.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dan hari ini saya telah pun berusia 22 tahun 2 hari.
Syukur alhamdulillah, atas nikmat usia yang dipanjangkan. Atas nikmat rezeki yang melimpah ruah buat saya sekeluarga. Atas nikmat kebahagiaan, kasih sayang, dan cinta yang sentiasa mengundang senyuman manis di bibir.
Terima kasih semua ucapan
Juga yang sudi mendoakan
Pinta saya pada Tuhan
Moga Allah rahmati kalian.
SEKITAR MAJLIS
Maaf yea. Kalau ikutkan, dikira agak lambatlah saya meng'update' gambar² majlis ni. Dua hari dah lepas.
Tapi rasanya, ramai yang dah dapat lihat sedikit gambar² yang saya upload di Facebook.
Terima kasih untuk semua yang memberi komentar dan ucapan tahniah.
Saya sendiri kelu dan tak tahu apa hendak dibalas.
Saya biarkan gambar² ini yang bercerita dulu yea.
3:08 AM | | 12 Comments
Mohon doa untuk saya yea
Assalamualaikum.
Nampak gayanya mungkin seminggu sekalilah baru Destiny akan ber'update' oleh tuannya yang dah semakin liat nak bercerita macam dulu².
Oh ye, sebelum terlupa. Buat sesiapa yang nak contact saya di Malaysia, boleh add saya di YM dengan ID saya : syanisdiyanni_fisza887@yahoo.com.
Ataupun kalau nak lebih mudah, boleh simpan number fon saya ni ; 013-4863454 (hanya akan aktif selama 2 bulan ini saja). Saya letakkan number ni khas buat blogger² yang intim dan ada 'temujanji' dengan saya ; Kak Izzah, Nadiayuna, Kak Wani dan lain² kalau ada saya terlupa. =)
Tapi kan, kalau nak call saya, harapnya dapat hantar message dulu yea. Sebab saya takkan angkat call dari number yang sebarangan. Langkah berjaga².
Uhuh, patutnya dah lama saya tulis pasal ini.
Dah 3 minggu ada di Malaysia barulah nak bagitahu contact number.
Adoii.
Sorry banyak² yea.
JATUH LAGI
Dah tahu pasal aircrash yang terbaru? Baru beberapa hari lepas. Dan kali ni melibatkan iranian airiline.
Dan seperti aircrash² yang sebelum ni, kesemua passengers on board terkorban on the spot.
Mengikut apa yang saya alert, ini adelah aircrash ketiga yang berlaku dalam tempoh tak sampai 2 bulan.
I tell u, this is not funny anymore.
Tak perlu untuk tunggu 3 kes pesawat terhempas berlaku. Cukup dengan kes pertama dengan AirFrance sebulan dulu pun dah buat saya trauma dan takut sangat² naik kapal terbang.
Ini cerita yang saya tangguhkan dengan kalian semua.
Tentang pengalaman saya balik malaysia tahun ini, dengan Emirates Airlines, selepas terhempasnya AirFrance di Lautan Atlantik, yang beritanya hilang begitu saja selepas kotak hitam tetap tak jumpa².
Memandangkan Emirates tetap menjadi pilihan tahun ini, maka sekali lagi terpaksalah saya terbang pulang dengan transit 3 jam di Dubai.
Overall, saya agak kurang puas hati dengan servis Emirates tahun ni.
Mereka pun dah ikut jejak langkah MAS, bagi makan ciputtt je.
Bukanlah saya nak mintak lebih², dan bukan jugak sebab saya makan banyak (taknak mengaku tuh), tapi saya masih ingat, keadaan sangat lain masa saya naik MAS ke France 6 tahun dulu. Sekali dihidangkan makanan, memang boleh kenyanglah.
Sekarang ni, erm.. paham² sendiri.
Bukan MAS saje, Emirates pun dah begitu.
Tahun depan saya naik flight bawak bekal nasi goreng satu bekaslah.
In case lapar tengah² flight, macam hari tu.
=)
Eh saya bukan nak cerita pasal makanan kan?
Lepas transit di Dubai, dan selepas saya borong coklat banyak² di Dubai sampai nak kopak beg duit ni, maka tibalah pula giliran untuk flight kedua saya Dubai-Kuala Lumpur selama 6 jam setengah.
The first 3 hours, OK lagi. Saya boleh tergelak² lagi tengok cerita yang ditayangkan dalam inflight service entertainment.
But the next 3 hours, saya tak boleh nak cakap macamana. Turbulence dahsyat, especially bila kapal terbang melintasi kawasan udara Laut Andaman dan Teluk Benggali.
Kejap² signal untuk pasangkan tali keledar menyala. Kejap² ada announcement suruh semua orang duduk tetap di tempat masing², termasuklah steward stewardess pun.
Saya?
Dah tak layan dah ape bende cerita pun dekat skrin depan saya.
Home Alone ke, Mr. Bean ke, semua dah tak kelakar.
Dan sampai satu tahap, saya menangis sungguh² sampai bunyi uhuu uhuuu sebab takut.
Dalam hati memang fikir, mungkin Allah dah tulis nasib saya sama seperti penumpang² AirFrance yang terhempas tu.
Lagilah laju airmata ni turun, sambil badan terhayun² dengan kapal terbang yang terhoyong hayang ke atas ke bawah.
Adelah dekat sejam jugak keadaan menakutkan tu berlanjutan.
Saya serious ni, kalau boleh macam taknak balik ke France naik flight.
Especially selepas 3 kes jatuh terhempas dan mati ni.
Agak² boleh tak saya nak balik France naik bas? Berapa jam agaknya nak sampai eh?
Bolehlah sama² buat kira² sambil perhati peta dunia yea.
ESOK
Tak sabar saya nak tunggu esok. Nak tunggu adik nombor 2 saya, Halim balik dari asrama.
Takpun singgah 7Eleven beli Slurpee.
Setiap hari macam tu.
Sampai lelah saya batuk².
Tapi tahun ni sunyi je saya petang².
Nak harap Adik bawak saya jalan², Adik banyak berkepit dengan Abg je.
Dan Halim ni jugaklah penghabis duit saya yang paling utama tahun lepas. Kuat makan niii. Nak makan pulak yang sedap² je. (Ikut perangai sape entah.)
Tapi saya tak kisah bab duit² ni. Sebab duit boleh membeli kasih sayang.
Tak setuju? Terpulanglah. Tapi itu yang saya rasa. Sebab sejak saya belajar di France, setiap kali balik Malaysia, mesti saya bawak balik duit untuk tukarkan di Malaysia. Dan saya amatlah pemurah dengan adik beradik saya. Mintaklah ape pun, mesti dapat. (Selepas kena bebel dulu 2/3 das.)
Dan hubungan kami adik beradik jadi makin rapat dan makin sayang.
Nak harap hubungan yang terbina sejak kecik, haiii, tak boleh diharap.
Bergaduh, gusti, sepak menyepak, tarik rambut, sebut apa saja. Semua pernah rasa.
Heh. All-boys katakan.
Mujur ada Mak yang banyak memfemininkan saya.
Kalau saya jumpa budak² tu, memang saya heret pergi balai polis terus.
Tapi Hazim (Adik) ni tak sporting macam Halim. Nak pegang tangan die mase jalan² pun tak boleh. Ish, macamla orang nak kata kakak ni girlfriend die ke ape.
JEMPUTAN
Kalau ada sesiapa yang berkemungkinan ada di Pulau Pinang weekend depan, bagitahulah saya yea. Boleh saya jemput ke majlis di rumah.
Minta maaflah yea, saya tak dapat jemput semua. Hehe. Bajet kecil je. InsyaAllah tahun depan saya jemput semua yea. Mesti!
Dan untuk kawan Soksekian 0004, kalau ada yang sedang membaca, kamu sangat²lah dialu²kan untuk datang. Tapi inform saya yea kalau jadi datang. Boss besar (Bapak) nak kira tetamu yang datang. Mudah nak bajet makan nanti. Taknaklah ada yang terkurang. Terlebih takpe.=)
Dan saya mohon buat pembaca² yang saya sayangi, walaupun tak ramai, tapi saya tahu ada juga yang setia membaca dan mengikuti sejak saya mula² buka Destiny setahun dulu. Saya minta, doakanlah untuk kebaikan saya yea. Moga² dipermudahkan semuanya. Moga majlis ini diiringi berkat dan redha Allah dari awal sampai akhir.
Dan semoga langkah ini menandakan permulaan buat satu perjalanan baru yang bakal saya tempuhi dalam hari² yang mendatang.
Moga inilah yang terbaik buat saya.
InsyaAllah.
Ya Allah, ku mohon redhaMu dalam mengiringi tawakkal terbesarku ini.
*Bergenang dah airmate.*
Saya tidur dulu k.
Assalamualaikum.
=)
p/s 1 : Jangan lupe bawak sekali hadiah besday untuk saye tau! Hehe.
p/s 2 : Saya hanya suka pada irama lagu ini. Bukan pada liriknya. Sila jangan hayati lirik die eh. Tak kena tu.
10:54 AM | | 11 Comments
Updates dari Penang
Assalamualaikum...
Maaf yea, seminggu saya tak tulis apa² kat sini. Bukan sengaja, tapi memang terasa lebih suka nak duduk² dengan family daripada mengadap komputer. Lebih suka nak melayan kucing², nak kemas² dapur, keluar jalan² dengan adik², macam² lagilah.
Lagipun, dah setahun saya asyik mengadap laptop je setiap hari kat Rouen sana.
Kasik can kat family saye pulak la eh untuk 2bulan ni?
=)
SEMINGGU SUDAH BERLALU
Kalau ada yang tertunggu² berita daripada saya, saya alhamdulillah telah selamat mendarat di KLIA pade pukul 9.45 malam hari Ahad 28 Jun yang lepas.
Dah lebih seminggu pun. Kejapnye masa berlari.
Ni saya letakkan gambar² di KLIA hari tu yea.
Just let these pics to do the talking.
REDHA
tentang urusan pindah saya sebelum balik hari tu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Apa kesudahannya dengan pakcik pemandu lori yang tak datang² tu?
Sudahnya, dia tetap tidak datang, setelah saya menunggu sampai ke pukul 2 pagi.
Saya tunggu, sebab dia kata akan datang pukul 1 pagi.
Dan akibatnya, saya tertipu lagi dengan jenaka paling keji yang saya pernah hadapi itu.
Dan pukul 2 pagi itu, saya tertidur, selepas menangis kehabisan airmata.
Bodohnya saya.
Kesannya sangat kuat pada saya.
Even sampai sekarang, saya masih termimpi², macamana saya dalam keadaan tertunggu dan tertunggu hari tu.
Takpelah, kita tamatkanlah cerita tu di sini yea.
Saya taknak cerita lagi. Saya taknak sebut lagi.
Kalau ada orang sebut pasal ni depan saya, saya akan rasa sangat sakit di hati.
Jadi tolong jangan sebut yea.
Cukuplah ini jadi kenangan paling buruk pernah saya alami sepanjang 4 tahun saya di Perancis.
Saya tak katakan ini pengalaman paling pahit.
Sebab banyak lagi pengalaman² pahit yang pernah berlaku.
Tapi kepahitan itu semua akhirnya memberi kemanisan pada saya bilamana saya menyingkap hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Tapi yang ini, memang buruk.
Terburuk.
Sampai kiamat pun saya takkan lupa apa yang pakcik tu buat pada saya.
Biarlah kepahitan ni saya telan dulu.
Tapi saya akan ungkit semula perbuatannya di depan Allah nanti.
Allah telah saksikan semuanya. Biar Allah saja yang balas.
Saya tak berdendam. Saya hanya rasa sangat² teraniaya.
Kalau kamu berada di tempat saya di peristiwa itu, kamu akan faham.
Tamat kisahnya di sini, untuk bahagian dunia.
Kita jumpa di padang mahsyar nanti, pakcik.
JETLAG
Erm, dah².
Saya dah ngantuklah.
Esok sambung k. Banyak benda nak cerita sebenarnya.
Sorry, saya sangat kena tidur, sebab badan dah mula adapt dengan waktu tidur di malaysia.
So, till then, assalamualaikum.
11:02 AM | | 8 Comments



