Belajarlah berkata cukup

KALAH TAK BERGAYA


Takziah kepade peminat² MU.

Saya faham perasaan kamu semua.
Sama macam perasaan saya, waktu France kalah World Cup 3 tahun dulu.
Rasa macam nak menangis.


Eh, bukan rasa². Memang nangis pun. Especially bila tengok Zizou dengan pasrah keluar dari padang, selepas dihadiahkan kad merah.
Dan lebih luluh hati ni bila melihat team Les Bleus terus penasaran selepas kehilangan kapten.

Ish.
Sudahla Nini.
Barang lama jangan dikenang.

Itu cerita lama yea.

Tapi rasanya memang patut MU kalah semalam, sebab dia main tak cantik. Eloklah tu kalah.
Saya tak tengok yea.
Ada orang bagitau.


SEJUK DI MUSIM BUNGA


Musim bunga tahun lepas.


Syukur, sekarang ni, walaupun kepanasan dan kehangatan matahari dah menaikkan suhu di hampir semua tempat France, tapi Rouen masih kekal dingin.

Di saat budak² Malaysia yang tak tahan panas mengeluh dan merungut sebab terlalu panas di tempat mereka, saya masih lagi dapat merasai kedinginan cuaca yang sangat soothing di sini.

Alhamdulillah, saya tak silap pilih tempat.


Memang betul kata kawan² saya . Banyak hikmahnya Allah campakkan saya di Rouen ni.
Terbayang² macamana dulu saya asyik menangis remuk redam dengan diri sendiri.
Selalu salahkan diri sendiri, sebab pindah ke Rouen.
Dan selalu juga saya berkata², kenapalah saya tak pindah ke Besancon awal² dulu.


Sekarang ni pula,
Tak boleh bayangkan kalau saya ditakdirkan menetap di Besancon.
Terpaksa meredahi kepanasan melebihi 30 Celcius pada waktu² begini.
Dengan panas yang kering, tanpa angin.


Duhh, semoga bertabah yea kamu² di Besancon sana.
Especially mutiara² hati saya di situ.
=)


Musim bunga tahun ini.


KECUKUPAN YANG MENCUKUPKAN


Sekarang ni, saya sedang mendidik hati dengan sifat qanaah.
Belajar untuk merasa cukup dengan apa yang ada, dan berpuas hati dengan rezeki yang telah Allah berikan.

Tapi jangan keliru, sifat qanaah ini langsung tak boleh menyalahi konsep usaha pula.
Janganlah asyik qanaah tanpa usaha.
Ibarat tawakkal tanpa usaha.
Allah tak pandang.


"Takpelah, tak payahlah susah² lagi kerja keras. Dah cukup dah takat ni rezeki aku Allah nak bagi."


Boleh ke tak sebenarnya cakap macamni?
Yet, we tend to say this most of the time.
Kan?


BERDOALAH DENGAN BETUL


Saya ada satu cerita.
Cerita ni pernah dishare oleh seorang sister dalam usrah kami.
Dan cerita ini diambil dari sebuah blog, yang tak dapat dikenalpasti alamatnya.


Bace tau.
Siapa tak baca, rugi sangat. Serious saya cakap.
Walaupun saya tak tahu siapa yang tulis ni, tapi saya nak bagi banyak kredit pada dia atas perkongsiannya.
Sebab banyak pengajaran yang saya dapat. Serious.


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox.


Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.


Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta.


Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, berkata "Some people just don't know what to wish " (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?


Betul kan? In fact, inilah realitinya kita.
Walaupun saya tahu, tak semua kita begitu.


TERUSKAN LANGKAH


Saya ada seorang teman. Teman baik. Baik sangat. Sangat sangat.
Ish, macam main goreng pisang pulak.

Sekarang ni dia bekerja sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.
The famous PTD.

Sejak dulu lagi dia bercita² inginkan jawatan PTD tersebut.
Memang sungguh diidam²kan.
Bukan kerana 'standard'nya dan 'elite'nya golongan PTD ni, tapi kerana sesuai dengan sifat dan peribadinya sebagai seorang yang berkaliber dan penuh karisma.

Maka bagi saya, memang dia sesuai untu memikul tanggungjawab sebagai seorang PTD.


Dan alhamdulillah, dua tahun yang lalu Allah perkenankan permintaannya.

Memang Allah itu sungguh Maha Pemurah.
Pada semua hambaNya, tak kira yang beriman atau yang ingkar.
Si taat mahupun si pelaku maksiat.
Nikmat Allah sentiasa melimpah ruah.


Tapi sekarang, beban tugas sebenar seorang PTD makin terasa di bahu.
Hingga ada kalanya terasa tak tertahan lagi.
Ada masa, kerja lewat 7 hari seminggu. Pagi sampai malam.
Orang yang kerja sebagai bos pun tak perlu mengerah tenaga seteruk tu.




Tapi, betapa saya kagum dengan kawan saya seorang ni.
Dalam kepayahan melalui bidang tugas yang menuntut seribu pengorbanan, tak pernah sekalipun diluahkan kata sesal terhadap pilihannya dahulu.

Tak pernah sekali pun saya terdengar dia berkata, "Kalaulah dulu aku tak masuk PTD ni, mesti boleh hidup tenang. Kerja normal macam orang lain."


Sebaliknya, kerja diteruskan, walau semakin berat beban.
Kerana itu permintaannya dahulu pada Allah, dan betapa dia masih bersyukur kerana Allah telah mengabulkan permintaan itu.

Sungguh, saya kagum pada semangat dan kegigihan itu.

Kata orang French,
On assume ce qu'on fait.
Be responsible of what you're doing.



UNTUK NINI


Banyak yang saya belajar.


Belajarlah untuk berkata cukup.
Berpuas hatilah dengan segala doa yang telah Allah kabulkan.

Bukankah ini yang pernah kau minta pada Allah satu masa dahulu?


Tak perlu dibanding dengan orang² lain, yang nampak seolah² bahagia.
Mungkin sebenarnya mereka turut terasa payah dan derita, namun dikuatkan langkah kaki dengan penuh redha.
Selagimana kau tak berhenti melihat dan mencemburui kebahagiaan orang lain, selagi itulah kau akan terhalang daripada rasa syukur.

Dan kerana sememangnya,
the grass is always greener on the other side.


Akhir sekali, berhentilah menyebut 'kalaulah', kerana perkataan kalaulah itu sendiri hanya membuka laluan kepada syaitan.


Terima kasih.
Nini mendengar dengan penuh faham.
Dan kini terdiam.


p/s : Alhamdulillah, AYAM saya yang degil tu dah kena tambat. Semuanya dah kembali normal. A trillion thanx to you-know-who-you-are.=)

Basah

Perasan tak, keempat entry yang saya tulis di sini, tajuknya semua bermula dengan huruf B?

Hehe.
Takde ape pun.

Mukaddimah untuk hari ini.
Abaikan.

Hari ni saya taknak menulis panjang. Penat doh menulis semalam sampai pagi.


Cuma nak jugak cakap di sini, malam ni saya rasa cukup tenang.
Alhamdulillah, syukur, bila Allah membasahkan semula hati saya ni. Agak lama hati saya mengering.


UZAR di FRANCE


Baru sejam yang lepas, dapat dengar ceramah Ustaz Zaharuddin secara online.

Sebetulnya Ustaz ada di France sekarang, di kampung Besancon tuh.
Kenapa Besancon? Sebab Ustaz baru bercuti sambil berkuliah di Jerman. Dah dekat sangatlah Jerman dan Besancon.


(Kalau nak kenal Ust Zaharuddin, klik sini ye. Ustaz ni sangat famous sebenarnye.)


Dan kebetulan pula, di Besancon ada sekampung budak² Malaysia.
Maka apa lagi, peluang amal jangan disia²kan.
Dengan perancangan teliti sahabat² Besancon yang menganjurkan majlis, dan berkat keizinan Allah, maka dapatlah kami budak² France dengar pengisian dari Ustaz.


UZAR bersama sahabat² di Besancon.
Jangan risau, bukan perempuan aje, lelaki pun ade sekali yea.
Cuma saya takde gambar mereka.



Walaupun hanya mendengar online, tapi sudah cukup bermakna.

Dan dengan keberkatan dari Allah, hati kami yang jauh ni tetap basah dengan kata² ustaz, meresap jauh dalam hati. Menginsafi setiap kekerdilan diri.

Terima kasih Allah.


SUWEEET


Sungguh saya amat menghargai 2jam ceramah tadi.
Apatah lagi bila melihat room paltalk, tempat kami berkumpul online, penuh dengan ID dan nickname yang familiar.

Malah sahabat² yang dah lama tak dihubungi pun, turut ada bersama tadi.
Orang yang tak disangka².

Hanya melihat ID² mereka ada di situ, sudah cukup untuk membuatkan saya tersenyum lebar, mengukir seribu makna buat diri.


Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah,
kerana menghimpunkan hati² kami sebentar tadi.



Moga ini menjadi titik mula untuk kita pelajar² Malaysia di France, sebagai satu anjakan untuk mengubah corak kehidupan kita di bumi yang dipagari jahiliyyah ini.

Dan doa saya, semoga ini bukan kali terakhir, untuk kita berkumpul seperti tadi. Dalam satu majlis yang penuh keberkatan. Dihadiri malaikat² yang mendoakan setiap yang berada di situ.


Just one word.
Sweet.
Semua yang datang dari Allah, semuanya sweet.
Mesti Allah itu sangat sweet kan?

Ditambah dengan peringatan² yang ustaz sampaikan, seolah² Allah ingin menarik dan menambah hati² kita, supaya tak hanyut lebih jauh.


Sungguh, maha luas kasih sayangMU Allah.
Masih sayang pada kami yang jahil ini.



PERJANJIAN


Banyak kesedaran yang saya dapat, personally.
Especially di bahagian mukaddimah, bila ustaz mengingatkan tentang perjanjian kita sebagai manusia dengan Allah.


Saya, kamu, anda semua, dilahirkan ke dunia bukan untuk saja².
Ada tanggungjawab yang terpikul selagimana masih bernafas di bumi ini.


Al-Quran ada bercerita,
Surah Al-Ahzab, ayat 72.

Sebelum manusia dihantar ke bumi, Allah menawarkan tugas dan amanah sebagai khalifah di bumi kepada langit, bumi, dan gunung².
Tapi semuanya menolak.
Semuanya enggan memikul tanggungjawab ini, kerana bimbang tak dapat melaksanakan.
Dan kerana sememangnya tanggungjawab ini berat.


Kukuh dan teguh.
Namun mereka menolak.


Tapi manusia menerima.
Langit menolak, gunung pun menolak, tapi manusia menerima amanah dari Allah ini.
Lalu diutuslah manusia sebagai khalifah di bumi.

Dan sesungguhnya manusia itu sangat zalim, bilamana kini, dia sendiri melupakan amanah dari Allah itu.
Sedangkan dia pernah berjanji dengan Allah dahulu.
Alangkah bodohnya manusia. Kerana dia lupa.
Dan terus lupa.


DATANG LAGI YEA...


Terima kasih ya Ustaz. Untuk pengisian yang sangat mencelikkan mata hati, menjernihkan kembali nurani, setelah sekian lama kami hidup dalam kegelapan di sini.


Terima kasih, setinggi²nya pada Allah.
Kerana menghantar seseorang kepada kami di sini.
Dan Engkau sememangnya tahu, hati² kami sangat memerlukan petunjuk dan peringatan dariMu.


Owh,
Kepada mana² ustaz yang akan ke Eropah.
Singgah²lah jenguk kami di sini lagi.
Jangan lupakan kami di France ini yea.


"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan² itu Kami buat untuk manusia agar mereka berpikir." (Al-Hasyr:21)


Nasyid yang saya pasang sekarang, sangat berjaya buat saya mengalir air mata.
Tak tahu nape.
Mungkin liriknya sangat kena.
Especially dengan mood sekarang.

Again, Hijjaz lagi.
Sorry.


Wallahu'alam.

Bola bola dan bola

DAH SIAPLAH


Tiba² terasa sedih pulak bila ada yang menegur,

"Nini, blog kau tu macam tak siap lagi je."

"Huhu, ni first time jumpa blog yang tak siap lagi tapi dah bagi permission orang baca."

(Kepada siapa² yang rasanya ada kata begini pada saya, silalah terasa yea.)


Blog saya dah siaplah.
Cuma macam saya cakap, ada teknikal problem, yang bukan langsung berpunca dari saya.
Orang yang reka template ni yang kurang teliti. Mana boleh ada template tak stabil macamni?
Suka hati je, kejap ade kejap takde.


Heyyy ayam, bila kau nak balik haa???



FINAL



Owh ye, mesti anda semua dah tahu kan, esok hari Rabu ada match final Piala Liga Eropah (Err, betul ke ni abg? Hentam je).


Final tuh.
Yang lawannye pulak 2 team gergasi bola sepak, Manchester United dan Barcelona.
Eh yeke dua² team ni gergasi? Hentam lagi.


Alah, mesti semua dah tahu kan. Jangan pura².
Especially yang hantu bola. Macam bapak, abang dan adik² saya.


Saya sokong yang mana?

Haih.
Masalahnya, dah 3tahun saya tak tengok bola dengan penuh minatnya.
Kali terakhir, tahun 2006, masa World Cup. Yang France dapat masuk final tuh.
Dan sememangnya saya akan follow bola ni betul² hanya pada musim World Cup saje.

Tapi dululah.
Lepas² ni, macam tak minat dah je.
Sebab Zidane dah takde.
Dia pun mesti dah boring berlari atas padang tuh. Dah puas menanduk bola dan orang.
=)


MU atau BARCA??


Haa tengok. Saya pun tahu yang Barcelona tu orang selalu tulis Barca je.
Mesti abang saya bangga tengok adik perempuan dia yang sorang ni tahu jugak pasal bola.
Hasil didikan dan pengaruh abang la ni.


Kalau ikut suka, saya macam lebih kepada menyokong Barcelona.
Sebab dalam tu ada Thierr Henry.
Haih, striker France tu. Terer lagi, walaupun dah tua.


Lagipun, sejak dulu lagi saya dah dihasut oleh abang dan adik² saya, untuk tidak sekali² menyokong MU.

Abang kata, MU tu suka main kotorrr.
Rasuah referee tak ingat².
Lepas tu, suka betul berlakon buat² jatuh. Dengan harapan nak dapat penalti.

Lepas tu adik saya Hakim pulak menambah, MU tu harap dekat brand dia je famous.
Harap comercial je lebih.
Tapi main bola macam budak tadika.


Adoi.
Ni mesti peminat² MU rasa macam nak baling selipar kat saya sekarang jugak kan.
Sabo².
Itu abang dan adik² saya lah. Bukannya saya pun.
Saya tak cakap pun lagi saya sokong siapa kan.


Satu²nya orang dalam family yang sokong MU adalah Bapak saya.

Kesian bapak, tiap² kali ada match MU lawan apa² team, mesti abang dan adik² akan support team lawan MU tuh. Sekalipun team lawan tu Penang FC.
Maka bapak sorang jelah yang akan bersorak kegembiraan bila MU score.


Tapi yang paling parah bila team lawan tu pulak yang score.
Habis bapak kene psycho war oleh abg+adik² saya, yang selalunya terpekik² lupa diri sampai melompat² atas sofa.


Haihh.
Tak pahamlah.
Nasib baik Mak ada dengan Nini.
Ada geng nak tengok cerekarama.


Erm. Lebih kurang ginilah gayanya.
Abaikan budak kecik kurus kerempeng tak pakai baju tuh.
Buat rosak gambar je.


BOLA ATAU APA SAJA


Kadang² saya pelik sebenarnya. Dari dulu saya terfikir², kenapa sebegini kuat pengaruhnya?

Nampaknya sekarang, bola sepak ni bukan lagi sekadar sukan, mahupun hobi. Tapi dah jadi satu passion. Minat yang amat sangat. Kegilaan.

Dan kegilaannya mungkin sama saja boleh buatkan orang gila, macam Akademi Fantasia juga. Walaupun ramai yang komen Akademi Fantasia dah semakin hilang nilainya, tapi tetap ramai juga yang membanjiri konsert² setiap minggu.

Tetap ramai yang afundi.
Tetap ada yang sanggup menunggu loading di Youtube setiap akhir konsert.
Walaupun kononnya AF dah tak best macam dulu.

Tapi apa boleh buat. Hendak salahkan siapa?
Memang masyarakat kita telah berjaya dicorakkan dengan acuan hedonisme.
Cinta kepada hiburan. Melampau dan berlebih-lebihan.
Tahniah kepada Yahudi dan sekutu²nya di Barat.


Dan kalau ditanya pada seorang lelaki yang memang hantu bola, kalau dia terpaksa memilih samada untuk tengok bola atau menemani isteri yang kesunyian pada hari yang sama, pasti si isteri akan jatuh tempat kedua.

Sah. Tidak syak lagi.
Tak gitu wahai kaum lelaki?


Demi bola, sanggup bangun berjaga pukul 3-4 pagi, walaupun badan keletihan yang amat, mata lesu inginkan rehat.
Tapi ajaib, sebab bola, dua biji mata itu boleh jadi bulat selama 2 jam. Segar bugar, walaupun tanpa perlu dibasuh muka.

Isk. Ajaib lagi.


Kalau untuk bola, badan terasa ringan aje untuk bangun pagi² buta.
Habis bola, tutup TV, tidur.
Sedangkan mata masih segar, badan masih ringan.
Terlupa yang Allah sedang melihat.

Sedangkan,
Tak lama pun untuk bertahajjud. Tak perlu pun sampai berqiyamulail berjam².
Hanya dua rakaaat solat. Sudah cukup baik.
Alang² Allah dah bangunkan kita di saat pintu langit terbuka melimpahkan rahmat mencurah².
Ruginyelah hai.
It just takes about 10 minutes.
Kan?


Saya taknak cakap banyak²lah. Sebab saya sendiri akui, untuk bangun bertahajjud 2 rakaat itu memang susah. Perlu mujahadah yang hebat dalam diri.

Maka kepada brother² yang akan bangun pagi² buta esok. Sama²lah anda bangun dengan niat 2in1, tahajjud dan bola. Boleh?


Bukan saya mahu mencampur adukkan ibadah dan bola, tapi bagi saya sudah cukup baik kalau niat sudah berubah sedikit.
Sebelum ni hendak bangun tengok bola semata².
Selepas ni bolehlah tahajjud dua rakaat dulu sebelum bola start.

Apa boleh buat.
Lelaki dan bola mana boleh dipisahkan.
Nak minta mereka jangan tengok bola? Final pulak tu?
Never.

Lainlah perempuan.


PEREMPUAN DAN BOLA


Saya rasa, ramai juga sebenarnya perempuan yang suka tengok bola.
Dan rasanya sangat ramai juga perempuan yang mengkagumi pemain² bola sepak.
Yang meminati, mengidola.

Zidane, Beckham, Cristiano Ronaldo. (Sila tambah kalau perlu)

Biasalah perempuan.
Kadang² minat bola atau pemain bola bukan sebab skill mereka.
Tapi sebab kacaknya Beckham, handsomenya Ronaldo, dan juge machonya Zidane, dah la muslim pulak tuh. (Aduss, terkena penampar kat diri sendiri)

Hehe.
Jangan tipulah.
Saya pun perempuan juga.


Boleh ke perempuan tengok bola?

Kalau ada orang tanya saya soalan ni, saya akan tanya balik. Kenapa nak sangat tengok bola?

Kalau saya kata lelaki dan bola tak dapat dipisahkan, saya tak rasa begitu pula untuk perempuan.
Malah perempuan dan bola, tak sinonim.


Terpulang pada masing². Mungkin ada yang tak setuju dengan kata² saya.
Tapi ini pendangan saya. Pegangan baru saya, selepas sedar akan 'perang saraf' yang dilancarkan oleh barat terhadap kita sejak berkurun lalu.


Inilah dia.
Bola sepak, salah satu daripada senjata² terkuat dalam perang saraf mereka.
Tak cukup dengan World Cup, masuk pula Liga Eropah, Liga Premier, Liga piala² ape² ajelah. (Taktahu nak hentam ape dah)


Tak cukup dengan satu.
Hasilnya, mereka berjaya.
Kita orang islam, semakin jauh dari Al-Quran, dan semakin² lagi jauh dari Allah.
Lalai, leka tapi seronok.

Sama juga seperti kes di Malaysia.
Bertambah² program mencari bakat² baru dalam bidang seni.
Seolah² kita tak cukup² penyanyi dan pelakon.

Ke memang betul tak cukup sebenarnya?


RIDICULOUS


Macam yang saya katakan, sebelum ini pun, saya adalah seorang perempuan yang selalu tengok bola.
Satu sebab pengaruh adik beradik lelaki.
Dua, sebab memang suka tengok World Cup.
Especially bila melibatkan France.
Semangat nasionalisme terlebih² pulak di situ.


Tapi bila semakin diri meningkat dewasa, dengan beban amal dan kerja yang semakin berat menimpa, baru saya nampak betapa sia²nya tengok bola tu untuk saya.

Seolah² macam takde kerja lain dah saya sebelum ni.
Isk, Nini Nini..

Duduk tercongok depan TV macam lelaki, cuba menyelami corak permainan di atas padang. 9 orang atas padang berlari² mengejar sebiji bola, untuk disumbat ke dalam kotak jaring². (Eh betul ke 9 orang?)


Aih, bila fikir banyak kali, terasa ridiculous sungguh sebenarnya.
Tapi kalau begitu, semua games adelah ridoculous lah? Badminton pun ridiculous jugaklah kalau gitu. Terlompat² pukul sebiji bola bulu sampai tak sudah².



TEPUK DADA



Semuanya berbalik kepada seketul daging yang Allah ciptakan di dalam dada itu.
Seketul daging yang kalau baik, maka akan baik seluruh jasad.
Dan kalau buruk, maka akan buruk seluruh jasad.

Hati.

Bola sepak, badminton, bola apa sekalipun, tak pernah salah dan berdosa sebagai sukan.
Sebagai sukan yang mengeratkan hubungan, sebagai aktiviti yang menyihatkan badan.
Langsung tiada salahnya.


Tapi bila niat di hati mula terserong, maka di situlah terbitnya bunga² dosa.
Bila bermain bola hingga terlalaikan solat.
Bila menonton bola hingga terlupa solat subuh.
Bila menonton bola kerana mengagumi kekacakan dan kehandalan lelaki² yang menendang bola.
Tak cukup dengan menendang bola, malah juga mempamerkan aksi² yang sangat tak sesuai ditonton oleh kaum bukan sejenis.
Maka mengundanglah maksiat, dan bertambahlah himpunan dosa.

(Ini bukan sajak yea.)


Terpulang pada masing².
Bak kata Rasulullah, mintalah fatwa dari hati.
Dan sesungguhnya hati orang beriman itu sungguh peka dan sensitif.


Berbalik kepada persoalan bola,

Kalau terasa mampu untuk menjaga hak² Allah demi memenuhi tuntutan ingin tengok bola, kalau betul mampu, maka dipersilakanlah.

Untuk perempuan pula, kalau terasa dengan tengok bola boleh menaikkan iman, maka tiadalah salahnya. Dipersilakan juga.


Tapi kalaulah betul tengok bola boleh menaikkan iman, tolonglah ajarkan saya sekali yea.
Teringin saya nak tahu bagaimana.


p/s : Semoga MU menang. (mesti ade yang tersengih² tu)

Bebas

HILANG


Abaikan template blog saya yang tengah tak stabil ni yea.
Memang kalau kalian sedar, kejap² ada gambar ayam kat atas. Tapi kejap², lepas refresh, hilang pulak. Dengan ayam, matahari, awan, pokok, semuanya lesap tiba².


Kejap ada kejap takde.
Tension juga saya duk fikir macamana nak buat tadi.
Tapi tak jumpa juga solution nya.
Takut nak sentuh lebih², nanti hilang semuanya. Lagi parah. Menangis tak berlagu je nanti.


Jadi, sila abaikan.
Saya pun dah malas nak fikir.
Malas juga nak tukar lagi template, sebab saya dah spend banyak masa sebelum betul² pilih template AYAM ni.

Dan saya pun dah sangat² suka pada template ni, provided dia tak buat hal.


Suka hati engkaulah ayam.
Saya ada baaaaanyak lagi kerja nak buat.


Kalau ada siapa² tahu macamana nak buat, roger² saya di sini ye.
Saya tahu ramai je IT geek kat luar sana. Cuma saya taknak mintak tolong untuk hal² kecil macamni.

Tapi kalau anda sedia menghulurkan bantuan, maka nyiru saya tadahkan.

=)



PANASSS



Sekarang di France dah mendekati musim summer. Tapi alhamdulillah, cuaca di Rouen masih dingin dan berangin.
Sedap aje badan kalau keluar rumah.
Kelebihan sebab dekat dengan pantai.


Tak macam di Besancon. MasyaAllah, walaupun belum masuk summer, tapi kepanasan dan kehangatan dah macam peak season di Malaysia.


Sampai berpeluh². Pening kepala dek matahari yang sangat panas.
Angin pun takde.
Orang kata, inilah jadinya bila tempat beriklim continental.
Musim sejuk, terlampau² sejuk. Dan musim panas, melampau² panasnya.


Ini baru bulan 5. Belum lagi bulan 8.
Ya Allah, tak dapat saya bayangkan macamana keadaan adik² kesayangan saya di situ, yang akan stay di Besancon musim summer ni.


Jangan lupa beli kipas ye sayang.
Minum air pun banyak². Nanti sakit², risau k/nini di Malaysia.


My Precious



MEANINGFUL



Owh, ini gambar masa kami on the way ke funfair.


Memandangkan ini pertemuan kali terakhir sebelum balik Malaysia, maka setiap saat sungguh berharga.

Dan sememangnya pertemuan kali ini sangat bermakna buat diri saya.

Tadi pun awal² pagi, saya pulang ke Rouen dihantar oleh Kak Ya dan Ina.
Aduh, terharu.
Seawal pukul 6 pagi, subuh² sepi'i (oghang utagha ja paham) macam ni, sanggup bangun semata² untuk hantar saya.

Terima kasih Kak Ya & Ina.
So touched. So deep.



PERTAMA KALI



Saya ada satu keinginan. Saya ingin betul² simpan kemas dalam hati, moga akan terlaksana satu hari nanti.


Sebenarnya, dah lama saya teringin untuk bertudung labuh.
Dan alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, Allah beri peluang pada saya untuk mencuba.
Ramai pula yang meminjamkan saya tudung labuh baru² ni.

Dan saya pun pakai.


Apa saya rasa?
Cubalah teka.


Entahlah, saya pun taktahu nak cakap macamana.
Tapi ada satu perasaan yang menyelinap dalam diri saya, bilamana saya menyarungkan tudung bersaiz 60 inci tu menutupi kepala dan tubuh saya.

Dan perasaan itu sangat kuat menguasai saya.


Freedom. Safety.
2 perkataan yang sangat tepat untuk menginterpretasi perasaan saya.
Ini kali pertama.
A real freedom. Kebebasan yang saya tak pernah rasa sepanjang saya bertudung sejak usia 4tahun.


Bebas.
Ingin tahu bagaimana? Cubalah.


Bebas begitu, saya tak pernah dapat rasa dengan bertudung biasa.
Sangkaan kita umumnya, lagi kecil cebisan tudung itu, maka lagi bebas. Lebih mudah untuk bergerak.
Kalau boleh biar saiz tudung itu seminimum mungkin. Asal cukup menutup kepala.
Kerana kita ingin rasa bebas.


Tapi ironinya, Allah tak pernah beri saya rasa bebas itu sebelum ini, walaupun dengan tudung saya yang cukup syarat.
Maksud cukup syarat saya, labuh menutup dada. Walaupun hanya sipi².



Mungkin sebab itu saya tak berhenti rasa sayu dan sebak bilamana saya sedang menyarungkan tudung besar itu.

Terharu.
Kerana sebelum ini saya tak pernah pun berkeinginan untuk bertudung labuh, sedangkan di situ tersimpannya kunci kebebasan, keselamatan, dan harga diri buat seorang wanita.


Erm, mungkin pernah, seingat saya. Tapi niat saya waktu itu tak sama seperti sekarang.
Dulu saya gemar mencuba bermacam² busana, jubah, tudung labuh, purdah, kerana tuntutan minat pada fesyen busana muslimah.
Melaram. Pendek kata.



TITIK PUSING



Masih saya ingat, bagaimana Allah telah mengubah sesuatu dalam hidup saya tahun lepas.
Perubahan yang kecil, tapi memberi kesan yang agak besar buat saya.
Dari tudung bawal yang jarang dan kecil, saya beralih kepada tudung yang lebih besar. Dan tidak jarang.


Semuanya bermula dari seorang ustaz.

Satu hari saya hadiri ceramahnya, awal tahun lepas.
Memandangkan saya amat gemar mendengar ceramah, maka saya kira, sayalah yang paling bersemangat antara semua kawan² yang lain waktu tu.
Buktinya, saya berjaya mencari tempat duduk yang paling terkedepan. Paling depan.
Paling dekat dengan ustaz.

Prinsip saya, kalau boleh, saya nak segala ilmu² yang ustaz nak beri akan sampai pada saya dahulu. Kemudian baru orang lain.


Ish, tamak sungguh saya.
Tapi kan Allah ada cakap, dalam hal agama memang kena berlumba.
Takkan nak beri peluang orang lain masuk syurga dulu.
Kalau setakat funfair, bolehlah bagi orang masuk dulu.
Ini syurga beb.


Dan beberapa hari selepas ceramah itu, saya mencari ustaz di YM, untuk tanya satu soalan.
Dan selepas selesai bertanya, maka ketika itu ustaz mencelah.
Katanya, ada satu teguran untuk saya, kalau saya tak kisah.


Ustaz hesitate, takut saya kecil hati.
Tapi saya berkeras, tetap ingin tahu apa bunyinya teguran ustaz untuk saya.


"Malam hari tu enti pakai tudung kuning kan?"
"Enti tak rasa ke tudung tu kecik dan jarang untuk enti? Saya rasa macamtu lah."



Saya masih ingat ayat ini.
Penuh berhikmah cara ustaz menegur saya, sampai sikit pun saya tak ambil hati.
Hakikatnya saya termalu sendiri. Saya tutup muka, seolah² ustaz ada di depan saya.


Betul. Betul sangat kata ustaz. Sikit pun saya tak nafikan.
Memang tudung yang saya pakai tu kecil, dan jarang.
Alah, itulah tudung bawal. Semua perempuan pasti kenal kan?


Kenapa yea?
Bukan saya tak tahu tudung itu jarang.
Bukannya saya tak tahu memakai tudung bawal tu hanya dapat menutup kepala. Tapi batang leher, langsung tak terlindung. Jelas sekali nampak. Apatah lagi pada pandangan mata seorang lelaki. Tajam.

Bukan saya tak tahu semua itu. Tapi saya tetap buat tak tahu.

Bisik hati saya, "Dah eloklah ni aku bertudung. Kalau diorang nampak lebih² tu salah dioranglah. Siapa suruh usha lebih²."


Aduh. Nini oh Nini.
Mujur Allah masih sayang kamu.
Maka Allah tegur kamu.
Dan bersyukurlah, kerana hati kamu terbuka untuk menerima teguran Allah itu.
Bersyukurlah kerana hati kamu tak keras dan ego menolak.


Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.


Dan sejak hari ditegur itu, terus saya telefon mak.


"Mak, Nini nak tudung bunga² mak yang tak jarang tu. Nak yang labuh² sikit tau. Tolong poskan ye mak."


Dan waktu balik Malaysia tahun lepas, saya kebas tudung² mak sebakul.
Takpe, mak ada lagi 4 bakul di rumah.


Dan tahun ni, saya nak kebas lagi sebakul.
Boleh ye mak?

Plish..plish..
=)



INSYAALLAH



Doakan saya, moga satu hari nanti, saya akan beristiqamah dengan tudung labuh.
Saya teringin sangat. Dah jatuh cinta. Hanya Allah yang tahu.


Kalau dulu Allah dah mengubah saya dari bertudung kecil bidang 30 kepada tudung bidang 45.
Dan kini saya ingin beralih kepada tudung yang lebih besar, bidang 55 atau 60.

Saya ingin rasa bebas dan selamat di bawah hijab saya.
Kebebasan yang tak tergambarkan.


Buat masa ni, saya masih dengan tudung² bidang 45 dan 50.
Tudung² mak yang saya 'curi dengan izin' sebakul tu.


Kalau boleh, saya ingin istiqamah, once saya dah mula pakai.
Bukan kalau boleh, tapi memang itu yang sepatutnya pun.

Ouh, tak mainlah kejap². Hangat² tahi unta. Itu bukan sifat seorang Islam.


Dan perkara yang paling mengganggu saya sekarang, bagaimana penerimaan orang sekeliling saya nanti.
Maksud saya, orang french. Cikgu², kawan² di sekolah.


Kalau saya bertudung bidang 50 itu pun mereka dah kata saya nampak macam hantu.
Apatah lagi kalau saya beralih kepada tudung labuh.

Entah makhluk apa pula mereka nak samakan dengan saya nanti.


InsyaAllah.
Moga Allah akan tunjukkan jalan pada saya, macam dulu.
Dan moga Allah tetapkan hati saya begini.

Doakan saya yea. InsyaAllah saya ke arah itu.


Dan after all, hanya satu yang ingin saya luahkan, buat semua sahabat² bergelar wanita.


My dear sisters,
Hijab, is NOT just about covering your head.
Believe me.

I love you.


And i LOVE You Allah.

Beralih

Hari ni, kita tutup buku lama. Buka buku baru. Okeh?


AYAM


Saya tercari² sebab. Kenapa ye agaknya saya sangat² tak berkeinginan menulis di Destiny? Hilang mood, satu. Hilang feel, dua. Dan baru saya sedar, saya sebenarnya dah amat² bosan dengan suasana suram Destiny. Tiga.


Maka beralihlah kepada angin baru, kehidupan baru di sini.
Jangan tanya kenapa saya pilih template ni. Terima ajelah seadanya ye.
Kalau tak suka, takpe. Yang penting saya suka. Sebab yang nak menulisnya saya.


Kalau ikutkan preference, haruslah saya nak pilih template yang amat pink, flowery dan girly hingga boleh buatkan orang lain pun geli.

Tapi bosanlah. Bunga, pink, purple, sangatlah Nini. Saya nak berubah sikit. Bagi kelainan. Something yang fresh, ceria, tenang.

Maka terpilihlah ayam yang bertuah di atas. Penyeri Destiny II.


LENGAI


Dan yang paling penting, tiada lagi background kaler hitam, coklat mahupun apa² warna yang dull. Kelam, muram, suram yang amat. Ditambah dengan entry² saya yang sememangnya selalu muram.

Aduh. Nini oh Nini.
Tolonglah jangan masam² dan suram² lagi.


Terima kasih kepada yang memberi komen² direct.
Sekurang²nya saya tahu, ada orang yang mengikuti.
Dan ada orang yang masih mengikuti, walaupun update di Destiny I sejak akhir² ni mencapai tahap lengai yang dahsyat.


InsyaAllah, saya cuba menyerikan Destiny II dengan suasana yang ceria² kali ni ye.
Tak dapat berjanji, tapi betul saya akan cuba.


SIMPAN


Dan itulah salah satu sebab kenapa saya buka blog baru, instead of keeping the old enties together.


Tapi sebab terbesarnya adalah,
untuk kemaslahatan saya dan semua.


Takpe, hanya saya yang faham maksudnya. Memang dan sememangnya lebih baik saya tinggalkan terus entry² lama. Buka muka surat baru.

Tinggalkanlah kenangan² lama untuk simpanan saya seorang. Biarkan jadi memori dan sumber senyuman saya di masa depan.


Yang penting, Destiny masih ada untuk saya.


Untuk anda yang saya sayang,
Ini lembaran baru saya.


WAJAH KESAYANGAN HAMBA


Seperti biasa,




Tempat berubah, suasana berubah, Nini pun berubah (sikit).
Tapi kasih sayang saya pada mereka, itu satu perkara yang takkan berubah.
Berubah, tidak. Bertambah, yea.


Terima kasih Allah.
Hari ini, 22 May 2009, tepat jam 11.52 malam,
Saya rasa complete.

Alhamdulillah.


Ouh, cuma Destiny II yang belum complete.
Sabar ye.


Salam.