Tinta akhir Destiny

Assalamualaikum wbt.





Setinggi syukur pada Allah kerana hari ini, masih dikurniakan kesihatan di segenap inci tubuh.

Dah berbulan² tak ketemu di sini yea?
Ampun... Tapi memang terlalu banyak kekangan dan halangan sejak pulang ke bumi mastautin France.

InsyaAllah, dan kembalinya saya ke sini pun, bukanlah untuk menyambung segala cerita ceriti yang dikumpulkan selama berbulan² ini.


Dengan tenang dan redhanya, saya 'official'kan tamatnya lembaran Destiny di sini.

Tiada Destiny III atau Destiny VI akan menyusul..
Inilah yang terakhir, insyaAllah.


Terima kasih untuk huluran persahabatan yang tersimpul maya, disulami kata² nasihat dan dorongan di sini.
Saya amat² berterima kasih dan menghargai semuanya. Selebihnya, saya serahkan pada Allah untuk membalas dengan sebaik² ganjaran.


Oh yea, kalau ade apa², bolehlah cari saya di Facebook. Itulah satu²nya ruang virtual yang saya khususkan untuk apa² perkembangan diri yang mutakhir.

(Sorry yea, bahasa saya tengah² malam macamni agak macam².)

Nama di facebook : Marini Abdul Rahman.


Last but not least....


Berundurnya saya dari Destiny bukanlah untuk menghentikan laungan perjuangan ke arah matlamat sebenar kehidupan melalui kata² dan tulisan. InsyaAllah saya akan masih terus menulis, cuma bukan lagi di Destiny.

Syukur pada Allah yang telah menampakkan pada saya (akhirnya), bahawa Destiny bukanlah medan terbaik untuk saya mencapai matlamat dan niat asal saya menulis. Ada tempat yang lebih sesuai, di sini..


Di sini, matlamat itu menyatukan segala perbezaan tulisan, curahan, dan perkongsian, yang menjadi warna warni kepada atmosfera cinta ukhuwwah di dalamnya.

(Pinjam lagu ye makcik² sambalterung sekalian? Hehe)


InsyaAllah, saya akan kembali aktif bersama para sahabat di situ. Kepada yang pernah menjadi reader saya, maka saya dengan istimewanya mengundang anda untuk menjadi loyal reader di sana pula. InsyaAllah, semoga kehadiran kalian menambahkan lagi kehangatan ukhuwwah di sana. (Sorry lagi, ayat macam dalam kad kawen..)


Okey?

Rasanya semua telah selesai. Hajat di hati pun dah tertunai.
Maka bolehlah saya tutup episod kisah suka duka Destiny dengan hati yang tenang dan redha. (ouch, sangat sebak!)


Salam tulus ikhlas dari saya buat setiap hati yang ikhlas membaca dan berkongsi. Semoga Allah sentiasa melorongkan kita ke arah jalanNya hingga bertemu di syurga satu masa nanti.

Dan semoga noktah akhir yang akan saya sempurnakan ini takkan menjadi penamat kepada perkongsian dan ukhuwwah yang pernah dikongsi bersama.


Jangan lupa jenguk saya di Sambalterung tau! Nama pena saya mestilah rahsia. =)
Tapi buat yang biasa dengan tulisan saya, insyaAllah akan mudah mengenali.


Jumpa lagi yea! Jaga diri baik² k. (Really² mean this.)

Semoga inilah keputusan terbaik, yang sesungguhnya lebih suci buat sekeping hati..

Ameen ameen, Assalamualaikum wbt.
MAR