Yang teramat-amat dirindui
Notes : Ini entry pelepas rindu.
TEKA TEKI
Cuba teka ni lagu apa?
Yang sah² tahu tu, jangan jawab ye. Diam² je.
=)
Hint : Lagu ni takde kat radio.
Eh ke ade?
Siapa dapat jawab memang sangat² bijak.
=)
PECUTAN TERAKHIR
Tinggal lagi 12 hari untuk balik Malaysia. Nampak singkat je 12 hari tu.
Tapi hakikatnya dalam tempoh 12 hari nilah, pelbagai mutasi yang besar akan berlaku.
Final exam, yang akan bermula hari isnin minggu depan.
Last paper hari khamis insyaAllah.
Hari jumaat keesokannya, kena bertungkus lumus pindah rumah.
Ke residens kampus INSA yang baru.
Kampus sekarang? Akan ditutup buat selama²nya.
Mulai tahun depan, semuanya akan berpusat ke INSA Rouen yang terletak di sejam perjalanan dari sini.
Dan saya sememangnya sungguh tak sabar nak mulakan kehidupan persekolahan baru di sana.
Mendoakan segala²nya lebih baik, insyaAllah.
Suasana baru.
Tempat baru.
Kawan² baru.
Semangat baru!!!
Oh ye, dan tak lupa berita gembiranya untuk saya.
Tahun depan, akan ada 2 junior perempuan muslim dan malaysian mendaftar ke INSA Rouen.
Sesuatu yang amat saya nantikan, sejak 2 tahun yang lepas.
Bermakna sekarang, saya amat² perlu mula mengemas barang.
Dan terutamanya mengemas rumah.
Banyak bahagian yang perlu kerja² menyental.
Habislah berbirat tangan saya balik malaysia kali ni.
Petang tadi pun, pulun cari kotak di bandar.
Selalunya memang kena tunggu lewat petang, sebab waktu tulah tuan² kedai akan letak kotak² kosong di luar.
Aduh, saya sangat tak suka bab mencari kotak ni.
Kalau ada kawan nak teman takpe, ini sorang².
Nampak macam budak mana terlepas sorang², duk punggah kotak² cari apa pun taktahulah.
Udahlah bertudung, sesuai sangatlah kalau mereka nampak saya seperti peminta sedekah takde tempat tinggal.
Peminta sedekah di sini pun yang ramainya adalah makcik² yang bertudung.
Aduh!
Dan jangkaan saya memang sangat tepat. Banyak sungguh mata yang memandang tadi.
Rimasnya, tak usah ceritalah.
Sampai saya terpaksa ambil telefon, letak di telinga dan buat² tengah cakap dengan kawan.
Sengaja saya cakap kuat² tadi, nak menghalau mata² yang asyik melekat pada saya.
"Weih, haa, ni aku tengah cari kotak ni. Nak pack barang, minggu depan dah nak pindah."
Adoii. Sampai macamtu sekali.
Dulu masa sekolah rendah, ada cikgu saya puji, saya pandai berlakon.
Nampak natural cikgu kata.
Mujurlah bakat tu saya pendamkan saja.
Dan alhamdulillah, lepas setengah jam pusing keliling kedai², maka baliklah saya dengan tangan penuh kiri kanan dengan kotak.
Sampai nampak kotak yang lebih besar dari saya.
Nak naik bus pun tiba² jadi tak muat.
Saya tangguhkan cerita pindah di situ dulu yea.
Dan selepas pindah nanti, hari Sabtu keesokannya, masa untuk terbang pulang dengan Emirates Airlines!!
Tak sabarnya ya Allah..
Setahun tak peluk Mak Bapak.
Walaupun setiap hari Allah izinkan saya mendengar suara Mak Bapak, tetapi pasti lain rasanya kan bila bersua muka.
Melihat wajah² kesayangan itu tersenyum bahagia.
Kebahagiaan yang tak dapat diungkapkan!
Dan Mak bagitahu, Bapak setiap hari countdown, nak tunggu saya balik.
Rasanya sejak sebulan lepas pun Bapak dah start countdown.
Hehe.
"Pak, pak countdown sorang² dululah naa. Cheq bukan takmau countdown, tapi cheq kettaqq nak exam ni.. Nantilah bila cheq dah ada ataih kapai terbang baru cheq countdown naa.."
Huhu.
Saya tengah dalam mood rindu.
Dan antara yang paling saya rindu sekarang, adalah tempat ini;



Serious, tak tipu.
Sangat² rindu. Allah saja tahu.
Dan itulah sebabnya saya pasangkan lagu ni untuk entry kali ni. Reviving memories.
Lagu MMU, Permata Dunia.
Terjawablah kan soalan di atas tu?
=)
Inilah lagu universiti yang paling best pernah saya dengar.
Tak pernah saya dengar lagu rasmi sekolah atau universiti sesedap ini.
Masa kali pertama dengar tu lagilah.
Hari pertama di minggu orientasi, dalam dewan utama MMU, bila kami freshies mula² diperdengarkan lagu MMU.
Saya dengan spontan terus bising pada kawan di sebelah, Syafiqah.
"Weihh, sedapnya lagu MMU ni! Macam lagu Jaclin Victor."
Isk3.
Dan lagu inilah yang jadi pengubat kerinduan saya, setiap kali saya teringatkan MMU di sini.
Banyak kali sebenarnya saya teringatkan MMU, walaupun dah 4 tahun menetap di France.
Dan walaupun saya hanya sempat 2 minggu saja di MMU dulu.
Tapi sebenarnya,
itulah 2 minggu yang paling manis.
2 minggu yang paling tak boleh saya lupakan sepanjang hidup saya.
Serious.
This place is really something. A very strong sentimental value there.
Jangan salah faham.
Ini tiada kaitan dengan kisah di sebalik minggu orientasi itu yea.
Itu cerita lain.
=)
*Semua beg, ID kad, buku MMU, semuanya saya masih simpan. Tapi ironinya, saya tak ada sekeping pun gambar kenangan sepanjang 2 minggu saya di situ.
Andaikata saya diizinkan untuk menyesali satu perkara dalam hidup saya, then i will say definitely,
i regret quitting MMU.
Itu andainya diizinkan.
Tapi tak perlulah difikir macamtu.
Sebab sekarang saya sangat percaya, memang semua ini Allah dah tentukan.
Dan sikit pun saya taknak ada rasa menyesal.
Dan memang saya tak menyesal.
Di situlah saya mula keluar terbang dari kepompong peliharaan mak bapak.
Dan situ juga saya mula bertatih sendiri di alam dewasa.
Mula belajar buat keputusan sendiri. Mula melihat dunia dari sudut yang berbeza.
Dulu, banyak kali juga saya biarkan diri sendiri berfikir²,
Kalau saya masih di MMU sekarang, mungkin sekali saya akan menginjak ke final year engineering tahun depan.
Mungkin sekali saya dah kahwin. (Huhu, part ni kena tanya Mak Pak.)
Mungkin saya akan terus membesar sebagai seorang gadis yang terasa complete hidupnya.
Seperti remaja² perempuan yang lain.
Seperti kawan² saya di situ, melalui hari² sebagai students yang penuh kemanisan. Cukup garam untuk masinnya, dan cukup gula untuk manisnya.
Accomplished.
Tapi lama² saya fikirkan, dan saya nampak sesuatu.
Sesuatu yang tak muncul dalam fikiran dan lamunan saya yang dulu.
Kalaulah saya masih di MMU hari ini, mungkin saya takkan alami keajaiban perasaan yang Allah kurniakan sekarang.
Rasa sangat sayang dan cinta pada Islam. Rasa sangat memahami hala tuju hidup ini yang akan menemui Allah di akhirnya.
Di bumi inilah Allah mencampak saya jauh sekali, untuk dilatih bertubi² dengan seribu kesulitan dan kesukaran.
Untuk saya benar² celik mata hati, memandang segalanya dari pandangan seorang hamba yang benar² mengenal TuhanNya.
Dan di sinilah juga, berkat ujian² yang Allah izinkan saya tempuhi dengan kesabaran, saya nampak sesuatu yang amat penting, yang menjadi pegangan hidup saya sampai mati,
bahawa,
Hidup seorang manusia itu sangat² memerlukan Allah.
Allah sebagai kekuatan,
Allah sebagai rujukan,
Allah sebagai teman,
Allah sebagai sandaran.
Di sinilah saya dilatih untuk mendapat kefahaman paling bermakna ini.
Dan pengajaran yang Allah beri ini jauh lebih bernilai, malah sungguh tak ternilai, berbanding saat² kemanisan yang saya terlepas di MMU.
Terima kasih ya Allah.
Lagi 12 hari, tamatlah tahun ke-4 saya di sini.
Dan saya masih belum terasa ingin pulang, walaupun kehidupan di sini menuntut pengorbanan yang bukan calang².
Dan sememangnya, saya masih ada lagi 4 tahun di bumi penuh caca merba ini.
Semestinya lebih banyak dugaan yang menanti di hadapan, itu pasti!
Tapi walau sepayah manapun, Allah sentiasa ada. Samada dicari atau tidak saja.
Maka tiada apa yang perlu dirisaukan.
Kan?
Hasbiallaha wani'mal wakil.. Cukuplah Allah bagiku.
Dan moga pulangnya seorang Marini Abdul Rahman pada tahun 2013 nanti, pulangnya sebagai batu bata yang utuh dan teguh, yang akan memperkukuhkan penjuru² binaan Islam bersama batu bata yang lain.
Ameen.
HE doesn't give me what i want.
But HE gives me what i need.
And this is what i need.
Allah and Islam.
~~16 jun 2009,
06.11 pagi~~



17 comments:
Salam...
OO..you'd been at MMU for a short stint,patutla....hmm,
misteri terungkai :)
nini!!!!! ana rindu nini!!!! sgt²!!!
ni br hbis exam..tinggal 1 projet nk kene siapkn.. then, terbang pulang the same day, but different flight..
ingin pulang sbg batu bata juga!!!
just wanna say i miss u!!!
good luck exam!!
Nini sayang, routine mak setiap malam sebelum membuat kerja2 sekolah, mak akan tatap " Destiny ", pengubat rindu mak padamu. Banyak yang mak belajar tentang dirimu. Betapa kuatnya dirimu di sana meniti kehidupan ini, seorang diri... Dan mak sgt berbangga dgn Nini...
Betul Ni, pak setiap hari countdown! Pak semakin ceria, anak dara kesayangan akan pulang. Mak pn dah ambil cuti rehat 2 hari.
awww! i'm ex-alpha mmu melaka. now beta in cyberjaya campus :)
Nini, pak dah booking hotel kt Concord Inn. Hari ini genap 12 hari Nini nak balik..Pak tak sabaq. Buat lekluk exam ya Nini.
Habib~~
Misteri apelah agaknye yang terungkai tu yea..?
I know what u mean habib.
=)
Ana~~
Ana!!!! nini pun ridu kat ana sangat² tau!!!! tapi malu nak ngaku, hehe boleh tak?
Setiap bulan sebelum ni mesti jumpe ana. tapi bulan ni tak jumpe langsung.patutlah rase ade yg kurang je.
Huhu, till our next meeting ana. kat perlis kenduri abi yea?
Selamat merdeka ana!! nikmatilah mase lapang tanpa exam setelah penat bertungkus lumus.
InsyaAllah turn nini coming soon.
Take care ana sayang.
=)
Mak~~
Hehe, cheq mallu..(tangan kat dahi,gaya mami jarum)
Mak bile nak buat blog? mane aci, mak bace blog nini, tapi nini tak dapat bace blog mak...huhu..
Kalau mak nak buat blog, mak bagi name Destiny Mak Nini tau. plish plish...
Cayang mak!!
Izza~~
Hye izza.i've been once in Cyber during a fren's convocation. and it seems to me, the malacca one is still the best, thought it's old already.agree with me?
Btw, thank u for the visit eah. do come again izza.=)
Bapak~~
Pak!! laa..awat tak habaq awai² pak pun baca blog cheq?? ni nak tambah² malllu ni.
Okey pak, i'm eagerly looking forward to see both of u.
(Pak jangan lupa bawak donat big apple tau. kui3)
Love u.=)
waaa...
org perancis nk balek msia dah... slamat pulang yaaa...
MMU mmg plg best :D opsss... sorry, student MMU mesti la ckp MMU best kan... hehe..
nyway, kim salam kat mak naa.. kat ayah skali, tokwan ngan adik2 skali la...
last jmpa depa masa kt klia first time temankn kwn sy dlu nun.. igt lg tak???
oke, all da best exam!!
Bittaufiq wannajah fil imtihan~
Allah Kareem~
Good luck for the exam...
All the best....
God Bless and Guide You All the Way
=)
Gud luck for your Exam nini!.
Aizam~~
Of course ingat lagi. waktu tu mase saya balik malaysia bulan 12 2005 kalau tak silap.even halim pun ingat lagi kalau sebut abg aizam kat die. nanti die cakap, "ooo,abg aizam yang macam muke halim tu kan." huhu.
InsyaAllah, jzkk for the wish eh. tak sabarnye nak habis belaja...
Anonymous~~
Thank u anonymous, as usual.
May Allah bless u.
=)
Crack Cracker~~
Thank u mr shamsul!
=)
salam nini,
seronoknya!
akak doakan nini dpt jawab dengan baik & tenang ye exam nanti.. insyaAllah..
selamat mengemas..selamat berhijrah.. =)
all the best in exam.. salam kenal dari bumi Eire.. blog hopping dari blog Mejah..
Nini, bapak beli donut Big Apple banyak2, Nini pula wat balik coklat banyak2 ok !
salam trjah dari malaysia.......waha...akak da nk blik malaysia....bon voyage!
Nini sayang, mak doakan Nini dapat wat exam dgn baik. kami x sabar menunggu kepulangan anak dara kami yang sorang ni. adik ckp awai2 dia nak ikut p Airport. Adik suruh mak tukar sekolah dia, dia dh x tahan lg dok asrama. mak n pak mmg suka kalau dia dok satu sekolah dgn mak.
Pak kata seminggu lg Ni sampai. Kami risau juga dgn penyakit H1N1 nih. Pak suruh Ni pakai facemask waktu dlm plane, sbb udara tertutup. Kalau x dpt pakai, soh la pramugari buka tingkap skit, baru fresh air masuk! Ini pak yg ckp, bukan mak.. Mak doakan segala urusan Ni dipermudahkan & Ni selamat sampai tanahair.
oh.this one on ur wesbite.lagu MMU.by intan nazrahayu md. nasir..am i right?
Post a Comment