Yang pelik dan jelik

(Bismillah)

Ya ampunn.
Lama juga saya tinggal ini Destiny.

Kesian ayam saya.

Dulu masa ayam saya buat hal, tetiap hari saya bising membebel.
Sekarang ni bila ayam dah balik, saya pula buat hal.
Tak reti² nak balik.


UPDATES


Nothing much and nothing interesting to update about myself.


Cuma weekend lepas, saya berpeluang pergi ke Graduation Night untuk malaysian.
Sesuai dengan namanya, malam untuk meraikan student² yang akan graduates tahun ini.
Setelah 7 hingga 8 tahun belajar di France, malah ada yang sampai 9 tahun.

Syabas buat mereka² yang berjaya melalui deretan tahun² penuh suka duka dan pahit manis di bumi yang sungguh subur dengan sekularisme ini.

=)

Tentang malam itu, dari segi perjalanan programnya, alhamdulillah, smooth. Pujian buat pihak penganjur, kerana aturcara yang memuaskan hati semua pihak.


Cuma agak terkilan, sebab saya tak sempat nak tangkap banyak gambar malam tu.
Agak rugi jugalah untuk seorang yang suka bergambar seperti saya, untuk miss saat² dinner di atas bot, menyusuri Sungai Seine di waktu malam mengelilingi bandar Paris.

Siap sempat nampak Eiffel Tower bergemerlapan, kukuh dan gah berdiri di depan setiap mata yang memandang.


Tapi entahlah.
Semacam ada yang tak kena dengan perasaan saya sendiri malam tu.
Sampai saya rasa langsung malas untuk capture any moments dalam kamera.

Abaikan².
=)


MISTERI


Balik dari GradNite itu, dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat AirFrance dari Brazil.
Waktu tu saya tengah cakap telefon dengan Mak (yes, i call my mum everyday).
Tiba² mak cakap,

"Eh Nini, cube tengok berita. Ada kapalterbang AirFrance hilang."

Waktu tu, saya macam tak endah pun. Sikit pun tak kisah.
Sebab rasa macam takde apa², biasalah tu. Kadang² flight tak dapat dikesan. Nanti muncul baliklah.

Dan hari ni,
9 mayat penumpang AirFrance yang hilang telah ditemui di lautan Atlantik.


ATTACHED


Saya pasti, ramai antara kalian dah tahu pun pasal berita kehilangan flight AirFrance ni. Kecuali jika kamu tak baca suratkhabar, atau tak tengok berita.

Biasalah tu.
Saya pun jarang juga nak ikuti berita, walaupun hakikatnya sangat² penting untuk setiap dari kita ni mengikuti berita semasa.

Because,
It's a part of our muslim's life routine.


Tapi untuk berita yang ini, saya memang mengikuti perkembangannya setiap hari.
Kejap² saya refresh homepage Yahoo.
Entah kenapa, tapi untuk berita AirFrance yang satu ini, saya personally dan particularly touched.


Satu, mungkin kerana melibatkan negara yang saya sedang bermastautin sekarang, France.
Agak² kalau kena pada AirCanada, atau GulfAir, mungkin saya akan terus bersikap non-chalant seperti kebiasaannya.
Mungkinlah.

Tapi saya tak rasa itu penyebab yang membuatkan saya rasa amat attached dengan malapetaka yang menimpa ini.


Sebab terbesarnya, saya tahu.
Kerana apa yang menimpa ini, ibarat satu hentakan yang kuat pada hati saya yang selama ini tidak sensitif.
Buat saya merenung jauh ke satu sudut dalam diri.


TURBULENCE


InsyaAllah, masuk cuti summer yang akan menjelang lagi 20 hari ini, maka lengkaplah 10 kali saya akan menaiki penerbangan ulang-alik Paris-Kuala Lumpur.

Dan saya sangat ingat route penerbangan setiap kali ingin pulang ke Malaysia.

Tapi apa yang saya paling ingat, setiap kali bila flight melintas ruang udara kawasan Timur Tengah, pasti akan ada turbulence.

Memang setiap kali pun ada turbulence, bila melalui kawasan itu.
Sampai saya pun hairan dan tertanya² kenapa. Tapi tak pernah nak ambil tahu lebih lanjut.


Cuma yang agak jelik dan peliknya saya ini,
Setiap kali turbulence, kapal terbang bergegar² terhuyung hayang, orang ramai mula cuak dan panik, tapi saya rilekk.
Cool, tersenyum² seorang diri.

Sebab apa?
Simply sebab saya rasa seronok.

Huhu.
Jelik kan?
Rasa seronok bila kapal terbang tengah dilambung angin badai yang kadangkala sangat dahsyat.


Saya masih ingat, pernah satu kali itu (rasa²nya tahun lepas, masa saya otw back to Malaysia naik flight Emirates), turbulence sangat²²²²²²² kuat.
Paling kuat yang pernah saya rasa.
Tak pernah saya lalui sedahsyat itu.


Stewardess sampai terjatuh.
Trolley makanan pun tergolek sendiri ke belakang.
Orang dah mula menjerit².
Ada budak² yang dah menangis ketakutan.

Saya?
Jangan tak percaya,
tapi waktu tu saya tergelak² kecil seorang diri. Seronok.
Terasa sangat adventure.


Bila sampai ke Malaysia, saya cerita pada Bapak,

"Pak, best gile tau naik kapal terbang tadii... Macam naik roller-coster."

Dan Bapak pun hanya layan aje anak dara dia yang seorang ni.



TERLALU YAKIN


Saya pun tak tahu, adekah saya dikira pelik?
Ataupun mungkin ada yang berkongsi minat yang sama dengan saya? Jangan segan² nak mengaku yea.


Sebelum ni saya tak rasa pelik. Kalau pelik pun, normal rasanya.
Tapi sekarang, saya dah rasa hodohnya 'minat dan kegemaran' saya tu.

Selepas jatuhnya pesawat AirFrance, selepas melalui turbulence yang kuat di ruang udara lautan Atlantik beberapa hari yang lepas.

Semacam Allah mengirimkan satu tanda. Amaran.
Terutama buat saya yang akan naik kapal terbang lagi beberapa hari.


Entahlah.
Terfikir² saya, kenapa hati saya boleh menjadi tak sensitif begitu sekali sebelum ini.
Di saat² diri di ambang malapetaka pun, saya masih tak rasa apa².
Di tengah² kebarangkalian flight akan menjunam amat besar, saya masih rasa tenang. Malah siap enjoy the feeling lagi.


Sikit pun saya tak terbayangkan kematian.
Sedangkan rasanya, situasi itu hampir sama saja dengan apa yang penumpang² AirFrance A447 itu lalui.
Cuma yang bezanya, mereka end up dengan kematian dalam lautan Atlantik.
Sedangkan saya masih diberi nafas oleh Allah, dan selamat tiba ke destinasi saya.


Mungkin kerana terlalu yakin.
Yeah, that's the word. Overconfident.

Kerana overconfidence, maka saya rasa yakin, kapal terbang yang kukuh, hebat dan mahal ini takkan terhempas. Sungguh saya amat yakin pada kehebatan teknologi dan binaan manusia.

Kerana overconfidence juga, saya rasa yakin, pilote yang cekap dan terlatih itu mampu mengawal keadaan, dan mampu mengelakkan kapal terbang daripada jatuh terhempas.

Sudah pasti, bukan calang² juruterbang yang dipilih, pastinya dengan berpuluh² tahun pengalaman, berbekalkan kecekapan yang tiada bandingan.



UNSINKABLE


Saya terlupa, kerana overconfidence itulah, lahirnya sifat bongkak dan bangga pada manusia.
Dan Allah telah membuktikan kemarahannya.
Masih ingat kisah Titanic?

Bukan kisah cinta 'you jump i jump' tu yea. Jangan tertipu dengan kisah rekaan itu.
Lihatlah lebih jauh.
Banyak sebenarnya pengajaran di sebalik kisah sebenar Titanic. Saya ulangi, kisah sebenar. Bukan kisah lakonan.


Kisah di mana orang² Inggeris sangat bangga dengan penciptaan kapal Titanic mereka.
Dan terhebahlah ke pelusuk dunia, bahawa kapal termewah dan tercanggih di waktu itu tak mungkin akan tenggelam. Tidak akan tenggelam.
Sesuai dengan gelaran yang meniti di bibir mereka yang berbangga, Titanic is unsinkable.


Dan kerana overconfidence itulah, pembuat Titanic hanya melengkapkan sebilangan kecil saja bot² penyelamat.

Namun Allah ada perancanganNya.
Dan kehendak Allah menetapkan, dengan bala tenteraNya yang patuh dan sentiasa bersiap sedia menurut perintah agung,
Titanic akhirnya tewas kepada bongkah ais dan air.
Kehandalan manusia tewas juga pada ciptaan Allah.


Gambaran sebenar.
Bila Titanic yang hebat, berhadapan dengan ciptaan Allah yang maha hebat.


Dan kerana sesungguhnya,
Overconfidence itu selayaknya hanya diberikan dengan penuh hak kepada Allah.
Pemilik yang mutlak.
Satu satunya.


DEMI TUHAN YANG MEMEGANG NYAWAKU


Moga tahun ini, saya akan terbang pulang ke Malaysia, dengan sekeping hati yang sensitif.
Hati yang setiap saatnya khusyuk mengingati kematian.

Mungkin kali ini, saya akan termenangis bila berhadapan dengan turbulence lagi.
Mengenangkan tiada apa yang mustahil pada Allah, yang memiliki nyawa.

Dan mengenangkan kematian itu tidak akan datang,
melainkan dengan tiba-tiba.

 

12 comments:

Izzah Marzuki said...

salam nini yang disayangi,

hehe.. nini ni adventurous org nye.. sampaikan air turbulence pun nini seronok ye! akak slalu kena turbulence / airpocket tapi x teruk la, tapi bila kena je musti baca yasin dah. takot la. hehe. even nek bas yg laju pun akak dah bc yasin. ngeri la.

x pe nini, akak doakan flight nini balik nanti smooth & selamat, insyaAllah. bestnye nini nak balik msia! selamat mengemas ye!

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

Assalamualaikum...

Salam ukhwah... Saya juga ingin berkongsi pengalaman sepertimana saudari alami.

Namun sebagai salah seorang terlibat secara langsung dengan penyelengaraan pesawat, saya setuju dengan pandangan saudari.

Kami di bahagian penyelengaraan pesawat sehabis baik mungkin menjadikana pesawat itu "selamat" untuk membuat penerbangan. Namun ketentuan Allah Yg Maha Kuasa mentakdirkan suatu kejadian.

"Air Turbulence" adalah perkara biasa takala bertemu dengan pertembungan "udara panas" dan "udara sejuk" kerana ada "vakum" udara.

Semoga sedikit sebanyak info yg dapat saya kongsi ini bermanfaat utk semua

Anonymous said...

God bless you all the way.
=)

nurul said...

Salam buat saudari nini,

Lama x dgt berita, harapnya sentiasa dalam mujahadah iman yg tinggi. :)

Last sy jumpa nini pun masa first time nini ke france, sy temankn mas.

Subhanallah, satu entry yg menarik. Benar, Mati itu DEKAT dan PASTI.

Tidak ada satu apa pun yang paling berkuasa melainkan NYA.

Saya doakan perjalanan pulang nini ke Tanahair selamat, Ameen!!

Mengenai mas, saya pun dah lama x jumpa dia. Memang dia sgt bz. Saya call pun dia masih kerja.

Even mlm pun x abis2 kerja lg. InsyaAllah, saya akn cuba yg terbaik.

Doa2 sama ya, mudah-mudahan dia dpt join usrah semula.

Selamt kembali ke Malaysia, n jgn lupa Ole2 france :D hehe.. gurau jer...

oke, salam~

Allah Musta'an...

Nini Marini said...

Kak Izzah~~
Hehe, akak, mak nini pun cakap nini ni adventurous.nampak je cam gini..huhu,taktahulah,tapi betul jugak kut.sometimes nini suke buat bende yang orang tak expect pun nini suke buat.contohnye rahsie.hehe

Akak,kalau bus laju gile tu nini takut gak.sebab tak pecaya kat bus.cuma dekat flight je yg nini jadi gtuh.

=)


Zulsa~~
Terima kasih ye untuk perkongsian tu.rupenye awak antara orang yang terlibat dengan pesawat nih.hebat².

Bagi saya,kite sbg orang islam takkan semudah itu menyalahkan pihak² yang terlibat bila terjadi sesuatu kemalangan.sebab kita ada ALLAH.dan orang yang betul² beriman akan percaya ini semua atas kekuasaan dan kehendak Allah.

Tapi lain pula yang berlaku pada orang² bukan islam ni.contohnye untuk kes AF 447 ni lah.hurm.smge dapat ambil iktibar.

Wallahualam.


Anonymous~~
Thank u mr/miss anonymous.
May God bless u too.
=)

Nini Marini said...

Aizam~~
Waalaikummussalam.

Jzkk yea.masa sy jumpa blog abg aizam hari tuh, mcm terkejut jugak. sebab tak sangka kat MMU sana pun tengah hebat usrah ni.alhamdulillah.

Abg aizam presiden SRC kan sekarang?kalau tak silaplah.tahniah².satu peluang yg sgt baik tuh.

Anyway,saya memang sll doakan die dapat join usrah semula. sayanglah,sebab dulu dah bermula.then berhenti tengah jalan macam tu,sebab hambatan kerja yang bertimbun².

Takpe,saya tau u both sangat kamceng dah bertahun² kan.insyaAllah boleh tarik² die balik.insyaAllah same² doakan.

Ape² pun, jzkk ye.
=)

nurul said...

Salam,

Saya pres SRC 2 thn yg lepas :) Skang alhamdulillah, tgh tgu result yg terkahir, kalo sume baik insyaAllah bln 8 ni convocation...

Alhamdulillah, kami disini bergerak dgn baik. Usrah berjalan dgn sempurna.

Nini pun insyaAllah, ada kelapangan join la usrah semula. InsyaAllah, niat yg baik lillahhi ta'ala... Allah akn lorongkn jln yg mudah..

Ttg mas, insyaAllah sama-sama kita usaha yea.. ;)

wa i'yakum~

masruddin said...

Salam kak nini,

Setiap kali baca post kat sini, mesti Allah campakkan rasa best kat dlm hati ni, n memotivasikan diri. jzkk. moga penulisan akak ni akan terus bermanfaat utk sume. pandainyerr menulis ~~~ =)

Hehe. nama saya cm ade nama org lain plak. afwan². ^^. Moga sama² tsabat dijalanNya, ameen...

Nini Marini said...

Aizam~~
Alhamdulillah,sy kat sini pun join usrah.memang Allah lorongkan jalan pada saya ini sejak dua tahun lepas.banyak sungguh hikmah di sebalik datang France ni.mengenal tarbiyyah, mengenal Allah.


Masruddin~~
Mas,akak pulangkan pujian tu pada Allah yang berhak.alhamdulillah,alhamdulillah.Allah yang beri akak ilham setiap kali nak menulis.ikutkan taklah pndai mane..sama macam orang lain.=)

InsyaAllah,moge terus bermanfaat,dan kalau akak ade buat salah,minta tegur ye..

Hehe,takpe.nama sama,maknanya sefikrah kut.insyaAllah.=)

zuria said...

salam..

hurm,psl air france tu,yg xpuas hatinye,sng2 je tuduh terrorist islam jgak yg jd punca..xde sbb lain ke nk tuduh..huhu

hamdan al-kandahlawi said...

gile ah aizam..

btau die president.hahaha :p

pedulikan dia nini:p

gurau2 jek

Nini Marini said...

Zuria~~
Chooria!!! waa,tak tahu kau datang sini jugak eh. heppinye. mekasih² zuria. rindu kat kau,lame tak jumpe.

Btw,pasal airfrance tu,mule² mmg diorang ade sebut pasal islamic terrorist jugak. huhu,tersenyum jela tengok gelagat diorang..
=)

Hamdan~~
Hehe,takpe². izzah tu.. izzah sebagai ketua.=)