Satu je lagi

SUNYI


Rasanya sejak 2 hari ni, macam makin sikit je orang yang datang berkunjung ke rumah saya ni.

Kenape eh?
Mane pergi pembaca² saya?


Takpe². Mungkin ramai yang dah start cuti.
Maka masing² dah pun bertebaran di segenap ceruk muka bumi Allah.

Ataupun kalian juga ada exam, macam saya.


Ataupun, rasa tak best, sebab setiap kali buka Destiny, terus keluar ayat² surah Al-Mulk yang tengah dipasang.
Bukan tak suka dengar, tapi rasa macam lagi best kalau dengar nasyid² biase je.
Menambahkan iman jugak.

Gitu ke?


Hehe. Takpe. Ape² pun, kalau betul macam itulah yang dirasa, walaupun hanya seorang dua, ketahuilah bahawa saya amat² memahami perasaan itu.

Sebab dulu², waktu belum jatuh cinta dengan Quran, saya pun pernah dihambat perasaan begitu setiap kali masuk blog orang yang pasang ayat Quran.


Yea, sama juga alasannya.
Bukan tak suka dengar. Itukan ayat Allah, mana boleh tak suka.
Suka ke tak, kena jugak suka.


Tapi.....

Macam belum ready lagi kut nak berinsaf² sampai keluar airmate dengar ayat Quran ni.
Dengar nasyid jelah dulu.

Sikit² lah kan kalau ye pun nak berubah jadi baik.
(Ayat standard ni, tipulah kalau tak pernah dengar kan =p)


Buleh eh sikit²?
=)


Yela²... Saya tukar yea.
Membebel pulak makcik sorang ni.=p

*Membebel itu harus, kalau untuk kebaikan.


Ni saya letak lagu favourite Kak Mimi, teman seRouen yang dirindui.
Entah dah sampai manala Kak Mimi sekarang, sakan bawak parents pusing keliling Europe.
Orang dah nak final year katekan.


Bestnye....!!
Fuh², lagi 4 tahun. Amik nafas cukup² untuk terima hakikat ni.


Lagu ni kan, first time saya dengar, ingatkan lagu baru KRU.
Serious sebijik.



EXTREME


Pagi tadi sempat bace blog seorang senior di MMU, bro Hamdan.
Baru tahu, Perancis dah haramkan pemakaian niqab (purdah).


Owh ek?
Serious tak tahu. Macam tak keluar pula kat local newspaper sini.
Cemane Utusan lagi laju ni?

Ataupun, memang takkan keluar berita² panas begitu di local newspaper.
Untuk elakkan kebangkitan dan kemarahan orang² Islam di France ni, seperti yang berlaku 5 tahun dulu waktu France mengharamkan tudung di sekolah dan universiti.




Atau adekah saya yang outdated dengan berita semasa?
Eh tapi saya baca je tetiap hari berita di Yahoo.
Setakat kat internet jelah.
Dah 2 tahun tak beli paper hardcopy.
Hehe.


Kalau nak cakap pasal berita purdah ni, mungkin takkan menarik sangat, since kita tak berpurdah pun.
So macam takde kena mengena.


Yeke takde??

Ade kut....


Sengaja saya cuba nak membayangkan, dan nak bertanya pada sahabat² muslimah di France ni.


Andaikate lah tup tup, minggu depan pakcik Sarkozy tu buat pulak dasar pengharaman tudung di mana² tempat kat France.
Bukan setakat kat sekolah atau uni, pergi mana² pun tak boleh pakai tudung.
Selagimana berpijak di negara France, bumi milik Allah yang dinodai sekularisme ni.


Agak², ape yang kalian akan buat eh?


Saya tahu, mungkin susah untuk mereka senang² buat dasar macamtu.
Di France ni ada 2 juta orang Islam. Atau lebih.
Kalau mereka haramkan terus pemakaian tudung, ibarat sengaja ingin menghalau secara total orang² Islam dari negara mereka.
Takkan mereka nak buat macamtu kan. Mengundang padah tu namanya.


Tapi bukan boleh percaya sangat mereka ni.
Sekali jadi betui², haa, baru nak nganga? (Aih, lama tak cakap penang aih.)


So, kalau jadi begitu, tudung diharamkan secara mutlak, apa agaknya reaksi kita yea?


Tak provokatif pun kan soalan saya?
Biase² aje.

Bapak saya cakap, dalam semua benda, setiap kali nak buat keputusan, kena fikirkan 'worst-case situation'.

"Ingat tu. Always prepare for the worst case situation! Penting! Allah tak jadikan semua benda best case situation. Kalau best case je, takdelah nabi Adam kena turun dari syurga." Kata bapak dengan muka berkerut² sambil gerak² jari telunjuk, gaya seorang big boss.


Tu dia Bapak, kalau bagi contoh, memang yang habis extreme.
Kalau tak paham² lagi tu, taktaulah.

Yea boss, anakanda paham.



BARU


Tadi lepas exam Kimia, saya ke bandar mencari kotak sekejap.
Tengah² mata melilau di setiap deretan kedai, mata saya tertangkap pada sesuatu.

Kedai baju ESPRIT.
Clearance Sale up to 80%.


Wah!
Tergoda sungguh iman saya ni.
Dan memang kebetulan pun saya tengah cari satu baju baru untuk pakai balik Malaysia hari sabtu ni.

Maka apa lagi, laju je langkah kaki diatur menuju masuk ke kedai.


Sumpah ini kali pertama saya masuk kedai ESPRIT.
So memang takde idea langsung tentang baju² di ESPRIT ni macamana.

Satu² baju saya belek.
Memang betul, baju kebanyakannya dijual dengan potongan 70%.
Dan ternyata baju² ESPRIT ni cantik² yang amat. Berkualiti.
No wonder ramai yang suka eh.


Tapi belek punya belek.
Harga satu², mak aiii, average 60euro okey.
Itu lepas potongan 70% tu.
So kira sendirilah berapa harga asal die.

Aduh, nak gugur jantung.
Dah berkenan sangat kat satu baju ni, tapi harga 65euro.
Mahal sangat tu...
Kalau convert to RM, dekat 300 ringgit tau.

Mana saya pernah beli baju semahal tu. Buang tabiat namanya.
Dahla baju yang simple je, ala² blazer tapi sangat casual.


So dengan berat hatinye, saya tinggalkanlah harapan berkubur di situ.
Terus keluar, tak sanggup nak terus membelek. Nanti makin banyak pula yang berkenan.


Sekali lepas tu, jumpa baju lain, kat kedai lain.
Harga die, jauhhh lebih murah dari yang tadi.
Mula² hesitate jugak nak beli, tapi hati lebih berat kepada beli.


Maka bertukarlah tangan sejumlah xx.xx euro itu.

Jangan tanya berapa yea. Yang penting tak sampai pun half harga tadi.
Hehe, kire sendirilah agak².
Dan memang berbaloi.
Serious.


Lagipun, memang dah lama sangat tak beli baju baru.

Kalau dulu, di zaman 'jahiliyyah' atau lebih dikenali sebagai zaman-keremajaan-yang-terindah tu, setiap bulan mesti saya beli baju baru.
Budget dalam 40euro untuk baju setiap bulan.


Adoi.
Sungguh macam budak², bila fikir semula.

Tapi sekarang ni, dah berbulan² juga, asyik ulang baju² yang sama.
Takdelah pakai yang sama tiap² hari, nanti orang fikir saya ni tak basuh baju ke ape kan.
Tapi takde penambahan baju barulah.


Dan hajat di hati memang nak beli baju special sempena nak pakai balik Malaysia tahun ni.
Nak jumpe orang² tersayang, mestilah kena presentable kan?


Tapi bila berhadapan dengan situasi dalam kedai ESPRIT tu, buat saya teringat sangat pade kakak naqibah saya, Kak Najaa.

Pernah satu hari tu, saya dalam train, duduk sebelah Kak Najaa.
Then macam biase, saya akan dengar lagu di iPod comel saya tuh.

Pastu Kak Najaa tanye;


K.Najaa : Eh, Nini pun ade iPod yea.. Bila beli ni?

Nini : Owh, Nini memang dah lama ade iPod ni Kak Najaa. Nini tak beli, tapi dapat free sebab pasang internet pakej AliceBox.

Kak Najaa : Yeke?? Ya Allah bestnye.. Kak Najaa teringin sangat nak ade iPod. Tapi tak pernah dapat.

Nini : Kak Najaa taknak beli ke? Tak mahal sangat yang kecik ni. Dalam 40euro boleh dapat. Bolehla masuk 200 lagu gitu.


Kak Najaa : Entah, tak pernah terpikir pun nak beli. Kak Najaa memang teringin sangat nak ade iPod, sebab tu kalau ade apa² peraduan, Kak Najaa hantar. Tapi tak pernah dapat.
(gelak² comel.)

Nini : Kenape Kak Najaa taknak beli?
(Tak paham² lagi budak ni.)

Kak Najaa : Mahal sangat tu Nini, 30euro untuk iPod je pun. Kak Najaa memang sukela kalau ade iPod, sebab kite banyak travel semua kan. Boleh isi mase dengar nasyid ke, recording kuliah ke. Tapi Kak Najaa memang takkan beli la. Kalau dapat as hadiah, lagi best. Tapi kalau takde takpe je..


Nini : (Senyum penuh makna.)



Walaupun Kak Najaa tak beritahu secara langsung, tapi saya dapat tangkap makna yang beliau nak sampaikan kat saya.

30 euro tu sebenarnya nampak tak terlalu besar bagi kite, apatah lagi untuk beli iPod. Harga standard. Tapi bagi seorang murabbiah macam beliau, personally harga tu terlalu mahal untuk dibelanjakan semata² untuk kehendak diri sendiri. Dan sememangnya terlalu banyak kepentingan lain yang memerlukan nilai sebesar 30 euro tuh.


Kagum.

Bilelah agaknya saya akan mencapai tahap pengorbanan sebegitu yea.

Inilah antara ciri yang ingin dibina dalam diri seorang pemuda/pemudi Islam,
memikirkan tentang kepentingan umat lebih daripada diri sendiri.

InsyaAllah, tarbiyyah will do.


As long as you're in this path,
And the most importantly,
as long as u THABAT.


Janganlah bermimpi nak anak begini kalau tak mula dengan diri sendiri.


Incha' Allah. (Gaya tulis orang Arab)


Coming up next : RESOLUSI (Penting ni, untuk sayalah.)
(Lepas habis exam esok ye.)

 

15 comments:

shiedahkamil said...

saye sentiasa bkk blog akak ni..
tp cm segan nk komen..
bknnye xde org tgk blog ni..hehe

btw,sye sgh bangga dgn akak..
akak bleh berubah smpai ke thp skrg ni..evn tggl kt france..

saye ni..hiks3..sjk akhir2 ni..
merundum imannya..masyaAllah..

crack cracker said...

saya baca je setiap entry nini..jangan pikir tak ada org membaca blog nini..ada je ramai..tapi mungkin dia org tak ada idea nak letak komen kot..maklumlah blog nini nie bukan sebarangan blog..

Izzah Marzuki said...

nini comel,

akak slalu singgah sini.. kadang tak sempat nak komen tau, akak just bace je.. tapi slalu akak usahakan jugak utk menempek komen kat sini.. hehe.. jgn risau nini, akak ni blog reader yg tegar.. hihi..


Ok jage diri ye.. 4 thn tu x lama nini, akan rasa kejap je kan.. =)

nurul said...

baca jerk... org perancis je yg x nmpk.. erkk bole nmpk ke sape bace blog kite?? huhu..

nyway... utusan msia mmg laju... lagi laju dari train kt france tu :D

oo.. dah nak balek naa... tu dia... nnt balek leklok naa... semoga slmt smpai sini naa... nnt kalau ada jumpa kawan lama saya tu kim salam naa..

saya nih dh dekat setahun x jumpa dia dah... convo sy bln 8 ni pun dia tak tau lg.. sbb sy x bgtau pun...

maklumlah.... bizi ngalahkan mak bee.. :D

oke..

jzlkh~

Anonymous said...

As usual... i'm coming..
just tertinggal 2 entry b4 this.. =)

nyway, have a safe way home
God bless you all the way...

bapak said...

Nini, dah habis packing ? 3 hari lg nini nak balik.

wani syazwani said...

nini,welcome back to malaysia..akak doakan nini selamat sampai ke cni:)

Nini Marini said...

Eh apesal berduyun² orang pujuk saya ni? hehe, saye tak merajuklah.. tapi best jugak buat macamni sekali sekala.=)


Shiedah~~
Time kasih ye shidah, akak selalu je nampak link blog awak kat feedjit tuh. takpe tau, akak tak kisah langsung pun pasal komen tu. cume dapat rasa kekurangan kemeriahannnye lately.

Shidah, takde ape yang nak dibanggakan sangat dengan akak.orang lain lebih hebat anjakan paradigmanya. tapi kalau perkongsian akak kat sini dapat inrpire org lain tu, alhamdulillah sgt².=)




Crack Cracker~~
Owh, tentang itu, memang sikit pun saya tak ragukan en shamsul. memang sejak setahun lepas saya perhatikan awak selalu setia datang sini setiap hari, dan sy amat²lah berbesar hati.

Cume kan, dulu, tetiap hari awak komen. panjang pulak tu.sekarang ni macam senyap sunyi je. tertanye² jugak saye.=)




Kak Izzah~~
Akak, nini tau akak selalu ade.time kasih sebab akak antara yang paling concern dengan nini selalu.walaupun tak pernah pun jumpe akak senanye.hebat betul kasih sayang kite kan akak?hee.=)

Nini Marini said...

Bro Aizam~~
Tak boleh nampak pun sape tengah bace.tapi rasenye ade je application yang tunjuk baper org tengah online dan bace.tapi taknaklah pasang. biar misteri.=)

Oh ye, btw, kawan lama abg aizam tu insyaAllah akan datang klia bersama keluarge nanti.tu pun lepas pecut dari keje kejap rasenye.

Hurm, betul sangat. sungguh² busy. bukan setakat mak bi, tapi pakbi tokbi cucubi semua kalah.

Nasihat² sket eh ur besfren tu.=)

Oh ye, pasal convo tu rasenye die tahu kut.takpe, nnti saya inform.




Anonymous~~
Thank u yea anonymous. btw, awak tak balik mesia ke tahun ni? eh ke awak memang ade kat msia?
=)



Bapak~~
Cheq tengah packing ni pak.ni tengah break jap. barang banyak oo pak.




Kak Wani~~
Time kasih akak!!! tak sabar!

fanramli said...

salam

hah. skali bape org pujuk kak marini da ni.

hehe. baca laa kak marini.
jgn la risau.

ktrg pon x snggup tinggalkan ayam tu sekor² kt situ.

esok pindah elok².
afwan tak dpt tolong. (walopon bandar sebelah).

huhu. fan juga punya agenda yg perlu disetel sebelum pulang.

take care!

Mak Nini said...

Ni, hari ahad mak bertolak, adik ikut skali. esuk mak kena p skolah lg,ganti. Eh Ni, tau ke Michael Jackson dah mati? kat UCLA Medical Center, los Angeles. Nini n abangfiz lahir kt situ la. Saja je, teringatla plak mak masa dok US dulu.

syazelle said...

nini..
syaz suke post ni...
sweet..
org terasa insaf sket ngn cara org berbelanja...
thanx nini...

AISHAH roslan said...

salam.
nini. dah balik nnt msg aku tau?
tau no aku kan?

reader said...

salam,

mmg ada kat paper n tv pasal diorang nak wujudkan law pasal tak bole pakai burqa tu :D

masaidiff said...

salam

minta maaf yea kepada semua. atas kesibukan yg melanda. sudah amanah yg dipikul begitu bebannya. tp tanggungjawab kpd Tuhan tetap tak dilupa. harap yg jauh tak ambil di hati, kalian sentiasa di hati. apa mahu buat, sudah terbiasa. bila yg dekat sudah jauh, masa lapang juga disibukkan. bukan menjauh tapi ingin mengisi. bimbang jikalau kosong mengundang bencana di hati dan fikiran pun melayang-layang. jaga diri selalu marini. selamat pulang ke Malaysia.

p/s: menanti saat melangkah ke hari bahagia

Mas Aidiff Mas'ut
Bukit Kiara