Menunggu dan menunggu...

NIGHTMARE


Boleh ceritakan tak, apa agaknya perasaan kalian, kalau tengah tunggu seseorang yang tak juga muncul²?


Masalahnya bukan tunggu sekejap². Berjam-jam. Bila dicall, dia kata tengah on the way. Bila ditanya, kata akan sampai lagi 10minit. Dengan nada yang begitu bersungguh dan meyakinkan.


Tapi alih², lepas 3jam pun tak sampai². Kenapa agaknya? Apa masalah dia sebenarnya? Kalau yea pun tak pakai jam, paling² 'koman' pun, mesti akan terasa perbezaan antara 10 minit dan 3 jam tu ye tak?


Tolonglah, sesungguhnya saya amat benci perangai itu. Terus terang katakan.


And this is what happen to me now. Saya sepatutnya pindah ke tempat baru pukul 2 petang tadi lagi. Tapi pukul 4 petang, pakcik yang bawak lori masih tak sampai². Then saya call, dia kata ada salah faham, ingatkan saya nak pindah esok.


Then saya kata, saya KENA pindah hari ni. Esok saya dah nak naik flight balik malaysia. Tak kire, saya kena pindah hari ni, walau macamana pun.


Okeylah, then die cakap, kalau macamtu, kena buat appointment semula. Pukul 7 petang nanti, dia datang pindahkan barang² saya.


Pukul 8.30 malam. Belum sampai. Saya dah kehabisan barang nak dipack. Asalnya pagi tadi, masih separuh barang tak siap dipack. Tapi sambil menunggu pakcik bawak lori itu, tangan ni laju terus mengemas dan mengemas. Sampai siap juga akhirnya. Alhamdulillah.


Pukul 10 malam. Masih belum sampai. Saya call, tau ape dia cakap, "Yeah, i'm coming i'm coming. I'm already on the way. I'll be arriving in 15 minutes."


Helllooooo. Dari pukul 4 petang tadi lagi pakcik cakap akan sampai lagi 5 minit. Tengok dah pukul berapa? Pukul 11 malam, dah 7 jam lepas. Lama sungguh 5 minit pakcik eh.


Saya taknak terus luahkan kegeraman ni dengan kata². Tak perlulah, demi mengekalkan keharmonian bahasa di Destiny. Kalau saya berkata², yang keluar tu semuanya nanti dari nafsu amarah yang membuak². Lebih baik saya diam.


Diam..
Dan sekejap tadi, punya tahan perasaan marah ni, sampai keluar airmata berduyun² keluar.
Geramnya hati ni ya Allah.
Memang Allah saja yang tahu.


Buat semua yang membaca, ketahuilah bahawa sikap yang ditonjolkan pakcik itu teramatlah jelek, hodoh dan menjengkelkan. Maka janganlah sekali² contohi, walau sikit pun. Bukan setakat jelek, malah menyusahkan orang. Sangat menyusahkan orang.


Kalau rasanya tak dapat datang, cakap tak dapat datang.
Kalau terpaksa datang lagi 10 jam sekalipun, cakap lagi 10 jam.
Jangan cakap lagi 10 minit.
Sungguh tindakan yang amat TIDAK BIJAK.


Mungkinlah pakcik tu berniat baik, nak sedapkan hati saya. Kononnya tak perlu lama menunggu. Dah on the way, lagi 15 minit je lagi. Maka saya takkan marah². Cuba bayangkan kalau die cakap, "Sorry, ill be arriving in 7 hours." Tak ke menjerit saya kat situ. Huhu, jangan risau. Saya tak pernah buat macamtu. Imaginasi semata².


Tapi tak payahlah buat macamtu kalau nak ambil hati. Lebih baik cakap yang benar, daripada menipu orang bulat² macamtu.


Nak tahu berapa banyak kerja saya tergendala disebabkan menunggu pakcik yang kononnya akan sampai lagi 10minit tu?


Nak basuh baju, saya tangguhkan.
Nak buat cheese kek, saya tangguhkan.
Nak tulis blog, terpaksa juga tangguhkan.
Nak mula kemas rumah, pun terpaksa tangguhkan.

Banyak lagi kerja² saya yang tergendala.


Dan end up, 10 minit itu sungguh penipu. Rupa²nya bernilai 7 jam. Bayangkanlah saya menunggu dari pukul 4 petang, dan sekarang dah pukul 12.40 malam. Bukan setakat sebijik cheese kek, sebijik kedai Secret Recipe pun boleh disiapkan dalam masa tu tau.


Sudahlah. Saya dah taknak menangis geram. Dah heartless pun.
Pakcik bawak lori tu kata, akan sampai pukul 1 pagi kejap lagi.

Well, kita saksikanlah sama² yea, samada dia akan betul² sampai pukul 1 pagi,
atau pukul 1 pagi minggu depan.



TERBANG PULANG


Oh yea, kurang dari 24 jam saje lagi, saya akan naik kapal terbang, balik malaysia.
Saat yang sungguh dinanti².


Tapi dalam keadaan macamni, dengan tertekan nak pindah, tertekan nak bersihkan satu rumah, nak kena kejar keretapi, terasa pudar sedikit keghairahan tu.

Sebelum ni, bukan main tak sabar nak balik.
Tapi sekarang ni, masih juga tak sabar nak balik, tapi kepala ni lebih memikirkan jadi ke tak pindah malam ni, dan macamana nak bersihkan satu rumah ni sebersih²nya esok.


Last², untuk naikkan balik semangat dan keghairahan tu, tau ape saya buat?

Saya pasang lagu RAYA.

Dan cara ini berkesan.
=)


Maaflah yea. Sungguh tak sesuai saya create mood raya di sini. Tapi ketahuilah bahawa lagu raya yang saya pasang ni hanya semata² untuk buat saya tak sabar nak balik malaysia jumpa mak bapak.

Nanti saya dah sampai malaysia, saya buang balik lagu ni.

Oh ye, sesiapa yang belum habis ganti puasa tu, janganlah feeling² nak raya lagi eh.
Tunaikan tanggungjawab dulu.
Kita kan dah besar, bukan budak darjah 5 lagi.

*Pesanan ini khusus untuk diri sendiri.



RESOLUSI


Hari tu saya janji nak tulis resolusi kan?
Haa, bukan janji kosong yea. Memang saya betul² nak tulis ni. Sambil² tunggu pakcik 5 minit tu.

And here goes the list :

  1. First and foremost, tarbiyyah diri tetap berjalan. (Tarbiyyah will only stop at last breath.)
  2. Usrah keep going. ( Di Malaysia + dengan anak² di France.)
  3. Driving driving driving!!!!!
  4. Gain confidence in driving. Target : Boleh pergi mana² sendiri, tak perlu susahkan Mak Pak. (Huh, macam Pak nak bagi.)
  5. Hafal juzuk 29. Target : at least mencapai 60%. (Ada 11 surah, average 40 ayat setiap satu. InsyaAllah boleh Nini boleh!!)
  6. Hafal dan faham tafsir juzuk 30. ( Ke arah menjadi 'juzuk 30 bergerak'.)
  7. Mukhayyam bulan 8 di KL Selangor. ( Mak Pak dah bagi greenlight.)
  8. Kursus ehem ehem. ( Takkan nak tunggu tahun depan?)
  9. Masak char koay teow untuk Bapak. (Janji yang tertunggak sejak habes SPM).
  10. Masak masak masak masak masak...... (Wajib!)
  11. Beli tudung labuh banyak². (Nanti dah sampai France baru menyesal.)
  12. Ziarah MMU Melaka. Bulan 8 nanti. (Mak dah bagi greenlight.)
  13. Kurangkan makan. (Mission quasi-impossible.)
  14. Do english reading a lot. (Owh, my English needs serious treatment. Dah lama tak guna.)
  15. Program² tarbiyyah di Kelantan. (Kalau Mak Pak bagi.)
  16. Elakkan tengok TV. (Program² TV di Malaysia = Pembunuh tarbiyyah nombor 1. I've experienced this last year.)
  17. Beli buku banyak². (Seriously, need a lot of reading. Think i'm lacking of 'Ilmu.)
  18. Profitekan jetlag untuk qiyam. (Tiada lagi alasan, Nini.)
  19. Spend quality time every second with yang tersayang. (Mak, Pak, abg, adek²..)
  20. Belajar jadi penyabar. (People, i seriously need this!)

Itu saja 20 yang saya dapat senaraikan buat masa ni.


Kalau saya nak suka² saja senaraikan, mungkin boleh mencecah 100.

Tapi sebab resolusi ini bukan untuk saja². Bukan sebagai pelengkap syarat, sepertimana azam² yang terpateri di awal tahun, tapi hanya kekal sebagai penghias diari di penghujung tahun.


Dan kerana, tarbiyyah itu mengajar saya, once you aim for something, then do it!

And this is what i'm going to do in this 2 months, with Allah's help.


Moga Allah lindungi saya sepanjang di Malaysia.
Dan semoga saya mampu menjadi ikan yang hidup di air masin.


p/s : Takutnya nak balik Malaysia, memikirkan dugaan² yang sungguh banyak. Apa² pun, di Malaysia nantilah akan menjadi pengukur, samada tarbiyyah yang dilalui di France ini betul² basah di hati atau sebaliknya.

Selamat berjuang yea kawan²!

Assalamualaikum.=)


 

7 comments:

Izzah Marzuki said...

nini comel,

akak doakan semoga selamat terbang & selamat sampai di malaysia..

insyaAllah, kalau ada kesempatan, kita jumpa ok! akak ada 'hutang' tertunda ngan nini tau! hehehe.. =)

fanramli said...

salam

kak marini!!
terkejut kuat gila lagu balik kampung tu.

mcm tak caye jeee masuk blog kak marini. so, saya pun expect, mesti entri ceria ni.

skali, inversement.
rupa²nya sbg pemujuk hati.

hehe. rilek ekk kak marini.
bila sorang² mmg cenggitu.

igt tak masa beg kak marini strended kat airport dublin? (masa dgn saya.)

kak marini kata, 'nasib baik fan ada. kalau tak akak da nangis² da ni. tahan je dpan fan.'

hehhe.
kakakku ini depan org tau cover yehhh.

ngehehe.
slamat pulang ke malaysia.

moga Allah menjadi penemanmu. =)

Mak Nini said...

Nini...Nini...kalau mak x baca lah blog Nini, mak x kan tau apa pun yang nini alami. Begitu lah tabahnya budak nih, x pernah bgtau mak apa2 pn masalah. Selamatkan perjalanan anak ku ini Ya Allah...

Anonymous said...

with God by your side, everything will be ok..

God bless all the way..=)

Nadia Yuna said...

salam nini.

semoga selamat semuanya buat nini. Humm, nanti nini e-mail akak no nini boleh tak? boleh kita keep in touch kat sini.

nini nak gi beli tudung labuh eh? jomla gi sekali. akak da tahu kedai mana boleh dapat murah sket. tapi kene beli banyak la. hari tu akak beli 5 helai bidang 60. ok la harganya. akak ingat nak beli lagi. jomla kite beli sekali, boleh dapat harga borong. jom niniiiiiii.

nanti e-mail no eh

sayang nini. rindu nini.

KaSiH said...

no 20...seriously i need that too...slmt dlm perjalanan nini *maybe dh sampai mesia kot skrg ni...hehe....

najwa abdullah said...

nini,
tengah menikmati udara mesia eh sekarang?heh.welcome back dear...



*muzik latar yg sangat best.serius best!=)))