Lagi 6 hari

“Sesungguhnya di dalam Al Qur’an ada satu surat sebanyak tiga puluh ayat, ia akan memberikan syafa’at kepada seseorang sehingga dia diampuni, surat itu adalah surat Tabarak (al Mulk).”
[Hadits Shahih. HR. Abu Dawud]


Harap maaf ye, mungkin dalam masa seminggu ni, saya akan sangat² tak aktif di sini.
Berhibernasi di medan peperiksaan sebentar.

Dan rasanya ini kali terakhir saya tulis entry, sebelum balik Malaysia hari sabtu minggu depan.

Ape² pun, doakan saya dapat jawab exam yea!


Dan terima kasih kepada semua yang wish goodluck, termasuk yang ini;

ainaa: akak!!!
ainaa: lupe nk wish

ainaa: bonne chance xam!!!!!!!!!!1
ainaa: buat bayek2
ainaa: kami doa dr kejaohan

ainaa: ^^
ainaa: take care
ainaa: salam


Terima kasih Ainaa. Ingat jugak Ainaa kat akak walaupun ade kat Msia sekarang eh.
Jage diri ye. InsyaAllah panjang umur, kite jumpe lagi 2 bulan.
=)

Terharu dapat wish macamni daripada anak usrah tersayang, waktu saya tengah offline pula tu.
How it made my day today.


Rindunya.
Jaga DIA (Diri,Iman,Amal) baik² yea.


DUP DUP


Lagi 24 jam akan mula exam final, bermula dengan paper Termodinamik.

Aduh, taktahulah kenapa exam kali ni saya berdebar sangat.
Sedangkan kalau nak dibandingkan dengan exam² sebelum ni, kali nilah yang saya paling banyak revise dan fokus.

Makin bersedia, makin berdebar. Memang gitu eh?


Sekarang di laptop saya, tengah pasang kuat² Surah Al-Mulk bacaan Imam Misyary.
Memang kalam² Allah itu penenang hati yang terbaik. Terbaik.
Kalahlah segala lagu nasyid, mahupun mana² sedatif.


Dan Allah sendiri pun katakan, Al-Quran itu memang diturunkan sebagai peringatan dan penawar buat manusia.


Ruginya buat manusia yang tak endahkan Al-Quran.

Ruginya manusia yang sepanjang hidupnya sikit sekali menyentuh kitab Allah.
Apatah lagi ingin membaca dan memahami.

Dan sungguh rugi mereka yang hanya tahu melagu²kan Al-Quran dengan baik, tapi tak pernah sekali menyingkap makna di sebalik keindahan ayat² Allah.


Dan kamu, bila agaknya kali terakhir kamu baca Quran yea?
Jawablah dalam hati masing².
Biar Allah saja yang tahu.


Aduh pak imam misyary ni.
Nak menangis saya dengar dia baca.
Kuar dah airmata ni.

Adoi, hujan²..

Siapa yang rasanya dah lama tak menangis feeling² dengan Allah, saya suggestkan kalian dengar bacaan Al-Quran oleh Imam Misyary ni.

Carilah di Youtube atau Imeem, semuanya ada.

Ya Allah, bestnya kalau dapat faham bahasa Arab..



SPECIAL


Saya tak berniat nak tulis panjang kali ni.
Setakat mana yang terlintas dan yang tertaip di jari je.

Cuma saya nak ambil kesempatan ni, untuk sampaikan salam sayang buat Mak Bapak yang setiap hari tunggu saya balik.

Dan terutamanya buat My Bapak,

Happy Father's Day...


I may not always express my love for you, but you mean the world to me.

Thank u to Allah, that i have you in my life.

*flying hugs and kisses*


Pak, this one is for YOU..


Pie Cerry+Coklat, Nini buat semalam.
Meh² Nini suap..


Terima kasih semua yea.
Doakan saya tenang untuk exam ni k.
Jumpe lagi.

Assalamualaikum wbt.

Bye bye!
(Gambar first year, pertama kali jumpe salji)


Keyboard off! (pinjam tagline yU-Ay)

 

5 comments:

KaSiH said...

nini awk nampak comel..hehe...

allah bersama kamu ninie...gudluck...buat kak nat pie mcm tu jugak..im waiting hik hik...

Izzah Marzuki said...

nini comel,

selamat berjuang!
setiap kesusahan pasti ada kesenangan kan!
all the best!
kami doakan dari kejauhan ye!

=)

mak nini said...

Nini sayang, mak yakin Nini dpt buat xm. Nini dah usaha, tenangkan hati, mak disini sentiasa berdoa untuk nini siang dan malam. Mak pn x sabar nak rasa masakan nini. Nini janji dgn mak nk buat Tiramisu..

Noorlaila Mohamed Nor said...

kak nini gudluck!
all the best.
musim mesia menyambut kepulangan dari france hihi.
sy pun nak honeymun dengan anith dua tiga hari lagi.
:)

Anonymous said...

laa..akak! patotla..ta reply ym..dye g copy paste kt sini pula..malu la cheq!
hahah..btw..
hv a safe trip home:)

n pie tu nmpk sgggggggggggggggggt sedap...nk blaja juga nt..aiyaaa
byk neh dlm list kene blaja ngn akak..mwaaaaaaaaaaa

tc sis

-aynaa besac-