Bila Izrail mengintai

Kan saya dah cakap, saya belum puas menulis semalam.


RESUME



Hari ini, Ahad 14 Jun 2009, tepat jam 2.55 pagi waktu Perancis. Kamu di tanahair pasti sedang menikmati kesegaran pagi di jam 8.55 pagi sekarang.

Atau sedang melayan tidur di pagi Ahad yang damai.
=)

Hanya 6 jam memisahkan kita.
Tak jauh. Berpijak di atas bumi yang sama, bernaung di bawah langit yang sama.


Kalau saya minta pada kalian, untuk resumekan minggu ini hanya dalam satu perkataan, apa agaknya perkataan itu yea?

Atau buatkan satu kesimpulan sebagai penutup minggu ini, juga dalam satu perkataan.



MAKE IT HAPPENING!


Buat yang masih belum tahu, saya nak ajak sama²lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Fathi Yakan, yang telah kembali ke pangkuan Allah awal hari ini.

Mungkin ada yang tak kenal dengan beliau, kerana beliau lebih dikenali di negara² Arab sebagai seorang pejuang Islam dan pendakwah yang terkemuka.

Tapi bagi sahabat² yang mengikuti usrah, pasti kalian takkan dapat lupakan salah satu buku rujukan usrah kita yang ditulis oleh beliau, "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam".

Itulah antara buku favourite saya.
Walaupun belum betul² habis dibaca.

Moga perginya sebutir mutiara dakwah ini takkan melunturkan suasana dakwah malah akan menghangatkan semangat ruh² jihad di atas bumi Allah ini. InsyaAllah.

Teringat kata² naqibah tersayang, "let's make it happen and happening!"



DEKAT


Saya tak tahu apa yang kalian rasa. Tapi bagi saya personally, minggu ini saya diasak² oleh berita kematian yang bertimpa².

Bermula dengan pembunuhan saudara² di selatan Thailand, kemudian disusuli pula oleh khabar pemergian seorang pelajar perubatan di Mesir, yang meninggal dunia dalam kemalangan di sana 2 hari lepas.

Dan hari ini, satu lagi jiwa yang soleh telah pergi menghadap TuhanNya.

Saya tertanya², apa tanda semua ini yea? Seolah² menyimpan satu makna yang Allah ingin tunjukkan.

Takut.
Ketakutan yang datang dari banyak sebab.

Satu, takut memikirkan Izrail yang sentiasa mengintai² dan mengawasi. Entah bilalah pula masa saya.
Yang pasti, Izrail sentiasa bersedia, menunggu arahan daripada Allah.
Bila masa itu tiba.

Mendengar berita kematian sebegini, buat saya terasa begitu dekat dengan penghujung nafas.
Saya pasti kalian pun rasa begitu kan?

Dan sememangnya, menurut Imam Al-Ghazali, perkara yang paling dekat dengan seorang manusia adalah MATI.


Dan kedua, ketakutan ini bertandang kerana memikirkan, perginya jiwa² yang soleh seorang demi seorang ini, menandakan betapa kita sangat² semakin mendekati hari akhir.


Menjelang kiamat, Allah akan memanggil hamba²Nya yang taat untuk kembali bersemadi dengan tenang di sisiNya, sebelum diturunkanNya malapetaka yang paling dahsyat itu, pengakhir alam dunia. Penyudah segala²nya. Kiamat.

Rasulullah saw sendiri pernah bersabda;

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dari muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad



WAHAI JIWA YANG TENANG


Berbahagialah mereka yang mulia dan soleh, yang diangkat ruhnya lebih awal oleh Allah menemui TuhanNya.

Sungguh hati saya cukup terusik dengan pemergian arwah Muhammad Ammar di Mesir baru² ini.

Tetapi bukan kerana diri dan peribadinya yang menyentuh hati saya, lantaran saya tak pernah mengenali arwah.

Tapi kerana pemergiannya memperlihatkan kepada seluruh alam, apabila perginya jiwa insan mulia kembali menemui TuhanNya, seluruh penduduk bumi seakan² mengiktiraf dirinya sebagai seorang yang soleh sepanjang hayatnya.

Dan pastinya para penduduk langit, para malaikat turut bertasbih dan mengiringkan doa buat jiwa yang suci itu.

Maka direhatkanNya roh insan mulia itu dengan tenang, dalam dakapan kasih dan cinta Allah.


"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada tuhanmu dengan redha dan diredhai. Masuklah kamu kedalam hamba-hambaku. Dan masuklah kedalam syurgaku."
(Al-Fajr : 27-30)


Aduh, bahagianya mendengar ayat ini.
Tak terbayangkan bagaimana mesranya panggilan Allah ini buat hamba²Nya yang dicintai.
Cukup lembut. MasyaAllah.

Alangkah bahagianya jiwa yang mendapat pelawaan istimewa ini daripada Allah.
Hingga dijemput untuk masuk ke syurga.

Bukan dijemput oleh siapa².
Tapi dijemput oleh Allah, pemilik syurga. Pemilik segala²nya.
Memanggil-manggil jiwa yang tenggelam dalam lautan redha.


Adakah kita turut terpanggil?
Kalaulah ditanya, pasti semua orang pun inginkan untuk menjadi golongan yang berbahagia ini.

Seburuk² dan sejahat² manusia, tiada seorang pun yang ingin menolak kebaikan.
Inilah fitrah yang Allah ciptakan.


Hatta kalau ditanya pada orang yang sedang asyik bermaksiat sekalipun, mahukah dia masuk ke syurga.
Pasti serta-merta tanpa malu dan segan akan dijawab ya!


Tapi tanyalah pada diri sendiri,
Layakkah kita untuk menerima pelawaan mesra dari Allah sebegini di akhirat nanti?


Jangankan dijemput, entah² dengan merangkak atau mengengsot pun kita takkan mampu menjangkau syurga Allah.
Untuk melepasi titian siratul mustaqim walau sejengkal pun masih belum tentu.

Sedangkan seorang sahabat yang zuhud dan mulia, Abdul Rahman bin Auf pun digambarkan akan masuk ke syurga dalam keadaan merangkak.


Bagaimana pula kita?
Na'uzubillah, saya taknak sebut, tapi kalian boleh bayangkan sendiri.

Masing² lebih mengetahui kejahilan dan kehinaan diri sendiri di sisi Allah.


Kerana syurga Allah itu terlalu mulia, dan selayaknya untuk orang² yang mulia.

Dan siapakah orang² yang mulia?

"Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang paling bertakwa." (Al-Hujurat : 10)


Dan inilah conclusion yang dapat saya resumekan dalam satu perkataan untuk minggu ini;
Kematian.


Wallahu'alam.

 

4 comments:

Mira said...

Nini dear,

Thanx for this.
Baru teringat petande kecil kiamat,ramai org soleh meninggal dunia.

I always love ur writing nini.
Carry on with this k!!

;)

Anonymous said...

dah puas menulis?
hehe..

tapi nape ending cam tergantung jek?
rase tak puas membaca nih.

Nini Marini said...

Mira~~
Thank u mira 4 ur support!
InsyaAllah..=)



Anonymous~~
Hehe,tiada titik akhir utk menulis insyaAllah.tapi maybe akan berhenti kejap buat beberape ketika.

Tergantung?
Erm,memang disengajakan kut, sebab nanti panjang sgt.

Anyway,time kasih ye mr/miss anonymous.
=)

Anonymous said...

salam terjah dri malaysia....very...very...very...nice n touching post.....thnx...