Bila Allah tunjukkan jalan
Pertama sekali, saya nak minta maaf dulu yea.
Hari ni mungkin mood saya menulis tak seceria biasa.
Jangan ingat saya emosional yea.
Saya biasa² aja. Cuma hati yang masih belum mahu tersenyum ceria.
HUJAN
Semakin mendekati musim panas, semakin kerap pula bumi Rouen ni dilitupi awan mendung.
Hujan turun hampir setiap hari.
Langit sangat pekat.
Angin pun kuat amat.
Tapi hujan bukan setakat di luar, kat dalam ni pun hujan lebat.
Semalam, lama sungguh hujan kat dalam ni ambil masa nak berhenti.
Tapi saya rasa bagus juga saya 'ditimpa hujan lebat' ni semalam.
Memang dah lama sangat dah saya tak menangis macamni.
Asyik bergelak ketawa, jarang sekali untuk menangis.
kalau menangis sekalipun, untuk hal² yang kecil dan remeh.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Apatah lagi menangis untuk Allah, dah lama saya tak rasa kemanisan itu.
Menghayati saat² berdua²an dengan Dia yang selalu melihat.
Sedangkan,
Para salafussoleh banyak yang mengungkapkan, betapa nikmatnya yang dirasakan dari airmata yang menitis kerana Allah.
Dari airmata itu, akan turun rasa tenang, kasih sayang Allah, ditulis banyak kebaikan, dan diangkat darjatnya di kalangan manusia.
Sedangkan Rasulullah, manusia yang paling mulia pun, sampai basah janggutnya kerana menangis takutkan Allah.
Saidina Umar menangis dan berkata, "Kalau ditakdirkan semua orang masuk syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."
Ummu Sulaiman menangis kerana semua anaknya telah syahid di medan perang dan tidak tinggal seorang pun untuk dihantarnya lagi.
Kita menangis kerana apa?
Pernah tak kalian rasa kenikmatan itu?
Kalau belum, sama²lah terus mencari, moga Allah melembutkan hati yang semakin keras, yang sungguh payah untuk menangis.
Sekalipun kalau kena memaksa diri untuk menangis, paksalah juga.
Kerana Malik bin Dinar, seorang tabi'in pun berusaha sehingga memukul² pahanya sendiri, supaya dirinya menangis kerana Allah.
" Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran yang diturunkan?" (Al-Hadid : 16)
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Takkan tersentuh oleh api neraka, seseorang yang menangis kerana takutkan Allah." (HR Tarmidzi)
MATI
Sebenarnya ada 2 sebab yang mencetuskan tangisan saya semalam.
Sebab pertama, terpaksa dirahsiakan. Hanya saya, Allah, dan seorang lagi saja yang tahu.
Dan sebab kedua, bila ditakdirkan saya terbaca ini dalam sebuah buku semalam,
Aduh, pedih sangat.
Kebenaran sememangnya selalunya menyakitkan.
Waktu saya encounter ayat ni, saya pandang tak berkelip².
Lama saya di mukasurat itu. Terkedu.
Inilah yang buatkan hati saya masih sugul sampai sekarang.
Dan inilah juga yang buatkan saya tetap ingin menulis untuk kalian, walaupun hati tidak ceria seperti biasa.
Pembaca² yang disayangi,
Inilah yang dinamakan 'qalbun mayyit'. Kematian hati.
Bila hati di dalam dada ini mati, hilang kepekaan dan sensitivitinya.
Ruh ketaatan hilang dari dirinya.
Derita maksiat pun tak membuatnya gelisah.
Ibaratkan seperti sekujur mayat yang tidak bernyawa.
Apa² yang diperlakukan kepadanya, langsung tak memberi kesan.
Meskipun ditikam, dirobek, diinjak², tetap ia kaku begitu.
Sedikit pun tak merasa sakit.
Kerana ia telah mati.
Maka awaslah kepada kematian hati ini.
Periksalah kembali, samada hati kalian masih hidup atau telah mati.
Kerana hati yang mati itu tak lagi merasa apa² dengan dosa dan maksiat.
Kalaulah kalian ada terasa begini, maka bersedihlah.
Kerana kemungkinan besar hati di dalam dada itu telah mati.

Tapi di sebalik kesedihan itu, panjatkanlah setinggi² kesyukuran pada Allah.
Kerana sekurang²nya, Dia tunjukkan dan sempat sedarkan kita pada kematian yang halus ini.
Sedangkan masih berjuta² yang Allah biarkan terus lalai dan hanyut.
Tak perlu meninjau jauh.
Lihat saja di sekeliling. Berapa ramai yang keliru arah tuju hidupnya.
Dan inilah tugas kita. Sedar atau tidak.
Mahu atau tidak.
WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI..
MasyaAllah, ajaibnya seketul daging yang Allah ciptakan ini.
Tak bisa dilihat secara zahir. Malah para doktor pun tak dapat menemuinya dalam tubuh manusia.
Namun ia wujud, di dalam dada.
Kedudukannya dirahsiakan, namun keadaannya mempengaruhi segala²nya kepada pemilik hati itu.
Dan dialah juga yang memegang tampuk kerajaan diri.
Kerana itulah Rasulullah saw bersabda,
Maka terungkailah jawapan buat mereka yang merasakan dirinya tidak cukup baik, yang susah untuk taat dan terus menerus senang dalam kemaksiatan.
Jawapannya ada di dalam dada.
Alangkah indahnya bila hati itu hidup.
Ibarat seekor ikan yang hidup dalam air yang masin.
Meskipun air masin membasahkan dirinya, namun isinya tetap baik dan elok.
Dan ia tidak masin walau hidup dalam air masin.
Akhir sekali,
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Seburuk-buruk kesesatan adalah kesesatan setelah menerima petunjuk.
Seburuk-buruk permintaan maaf adalah meminta maaf menjelang kematian.
Seburuk-buruk penyesalan adalah penyesalan di hari kiamat.
Wallahu'alam..
p/s : Sangat suka pada lirik lagu ini, 'Setiap kekasih Allah menempuhi jalan ini..'. Meaningful.

"Tanda matinya hati adalah apabila tidak lagi merasa berdosa terhadap dosa yang dilakukan".

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Maka terungkailah jawapan buat mereka yang merasakan dirinya tidak cukup baik, yang susah untuk taat dan terus menerus senang dalam kemaksiatan.
Jawapannya ada di dalam dada.
Alangkah indahnya bila hati itu hidup.
Ibarat seekor ikan yang hidup dalam air yang masin.
Meskipun air masin membasahkan dirinya, namun isinya tetap baik dan elok.
Dan ia tidak masin walau hidup dalam air masin.
Akhir sekali,
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Seburuk-buruk kesesatan adalah kesesatan setelah menerima petunjuk.
Seburuk-buruk permintaan maaf adalah meminta maaf menjelang kematian.
Seburuk-buruk penyesalan adalah penyesalan di hari kiamat.
Wallahu'alam..
p/s : Sangat suka pada lirik lagu ini, 'Setiap kekasih Allah menempuhi jalan ini..'. Meaningful.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

10 comments:
tahniah! anda telah berjaya membuatkan saya menangis..
betul tu nini.. tak ramai yang dapat menangis bila mengenangkan dosa..
amat ramai menangis sebab ditinggalkan manusia.. tak kiralah siapa.. asal saja namanya manusia..
mari kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa segarkan hati kita sehinggalah keakhir hayat.. Ameen...
salam marini..
lama x dgr khabar.:)
dpt tau dr aizam-ada blog jugak rupanya.
update la cmna kt sana:D
ek..marini-nak republish tulisan ni.ringks dn seribu makna..
kak nini,sgt menyentuh hati..
Kak Neeza~~
Akak,nini rase mesti akak menangis sebab bace sambil dengar lagu Airmata Keinsafan ni kan.nini pun asyik dengar dan ulang dengar,sangat berbekas di hati.
Bila susah nak menangis utk Allah,bermakna hati dah hilang getaran,bermakna hati dah keras.
Moga Allah tunjukkan jalan buat kita ye akak,utk lembutkan hati,dan utk hidup dalam redha Allah.
Hamdan~~
Waalaikummussalam abg hamdan.
Ish²,terharunye lah saya, senior² kuat SRC di MMU datang rumah saya yang takde apa² ni.
Yea, sebetulnya saya dah setahun ade blog. ini yang kedua, masih baru. yang lama tu dah disimpan dan bukan utk public lagi. sebab saya nak mulakan semuanya anew afresh.
InsyaAllah, memang sy buka blog ni pun, salah satunya utk update ttg diri sndiri. cuma taklah update smata², sbb rasanya org tak berminat pun nak tahu update sy ni. hehe.=) so better tulis something yg orang boleh terima kan?
Republish tulisan? insyaAllah, kalau dpt beri manfaat, silekanlah sepenuhnya.
A'la kulli hal,jzkk yea.
=)
Amun~~
Alhamdulillah.alhamdulillah.
jzkk ye amun.
jage diri selalu dik.
luv~~
=)
Thanks for sharing...
=)
its mean a lot
salam kak marini
baru saya perasan saya tak dpt nak tahu bila entri ni ditulis. sbb tak ada tarikh yang tertera, hanya waktu.
lama betul fan tak tinggalkan komen,walaupun selalu saja melawat ayam kak marini yang kadangnya berseekor.
berkata ttg hati kering, saya sgt terasa dengan mukadimah ustaz yus smlm waktu kuliah online kan?
"indikasi hati kita sudah kering ialah apabila kita susah untuk mencucurkan air mata untuk-Nya"
oho. entri ni mcm sambungan pula. huhu. jazakillah sis.
salam!! waaa!! sedih baca post ini.. kena check hati ini.. baru ku sedar bahawa hati manusia ada tetapi belum lagi ditemui di dalam badan kita.
sedangkan ramai org confuse dengan hati ini
heart = jantung
tp heart = hati juga
tetapi hati = liver
but dlm lukisan hati adalah simbol love. xpernh or jarang sesangat org wat gmbr hati = liver.
Walahu'alam hanya Allah sahaja yang mengetahui.
maaf jika ada salah dan silap
Anonymous~~
Terima kasih kembali,kerana singgah di sini.
Alhamdulillah.=)
Fan~~
Waalaikummussalam adikku Fan.
Betul,akak pun sedar yang kat entry tak tunjuk tarikh publish.puas akak try nak letak somewhere,tapi since akak ni bukannya tangan komputer pun, jadinye biar gtu je.takut rosak nnti.hehe=)
Yes,akak pun sedar kuliah ustaz malam tu.mcm melengkapkan ape yg akak tulis,sbb of course kadang² akak ade bnde yang tak reti nak huraikan.
Alhamdulillah.alhamdulillah.
Jazakillah sis.=)
Sofwan~~
Ye sofwan,memang selama ni kite orang melayu banyak terkeliru dengan term² kite sndiri.hakikatnya jantung adalah jantung, dan hati adalah hati.
Tapi hati yang bergetar dalam diri ni,yang Allah mention dalam Quran, bukan hati di perut itu.tapi tak diketahui di mana terletaknya dalam dada.indah sungguh, penuh hikmah.masyaALLAH.
Jazakallah sofwan.
nini comel yg disayangi selalu,
akak pun tersangatlah suka Airmata Keinsafan ni.. kalau dengar sorang² boleh buatkan tertumpah airmata.. sejak dari sekolah dulu lagi.. (lagu ni kan lagu lama..)
sama² kita hidupkan hati kita ni kan nini..
jgn ikutkan hati, nanti mati..
jgn ikutkan rasa, kelak binasa..
Post a Comment