Bola bola dan bola
DAH SIAPLAH
Tiba² terasa sedih pulak bila ada yang menegur,
"Nini, blog kau tu macam tak siap lagi je."
"Huhu, ni first time jumpa blog yang tak siap lagi tapi dah bagi permission orang baca."
(Kepada siapa² yang rasanya ada kata begini pada saya, silalah terasa yea.)
Blog saya dah siaplah.
Cuma macam saya cakap, ada teknikal problem, yang bukan langsung berpunca dari saya.
Orang yang reka template ni yang kurang teliti. Mana boleh ada template tak stabil macamni?
Suka hati je, kejap ade kejap takde.
Heyyy ayam, bila kau nak balik haa???
FINAL
Owh ye, mesti anda semua dah tahu kan, esok hari Rabu ada match final Piala Liga Eropah (Err, betul ke ni abg? Hentam je).
Final tuh.
Yang lawannye pulak 2 team gergasi bola sepak, Manchester United dan Barcelona.
Eh yeke dua² team ni gergasi? Hentam lagi.
Alah, mesti semua dah tahu kan. Jangan pura².
Especially yang hantu bola. Macam bapak, abang dan adik² saya.
Saya sokong yang mana?
Haih.
Masalahnya, dah 3tahun saya tak tengok bola dengan penuh minatnya.
Kali terakhir, tahun 2006, masa World Cup. Yang France dapat masuk final tuh.
Dan sememangnya saya akan follow bola ni betul² hanya pada musim World Cup saje.
Tapi dululah.
Lepas² ni, macam tak minat dah je.
Sebab Zidane dah takde.
Dia pun mesti dah boring berlari atas padang tuh. Dah puas menanduk bola dan orang.
=)
MU atau BARCA??
Haa tengok. Saya pun tahu yang Barcelona tu orang selalu tulis Barca je.
Mesti abang saya bangga tengok adik perempuan dia yang sorang ni tahu jugak pasal bola.
Hasil didikan dan pengaruh abang la ni.
Kalau ikut suka, saya macam lebih kepada menyokong Barcelona.
Sebab dalam tu ada Thierr Henry.
Haih, striker France tu. Terer lagi, walaupun dah tua.
Lagipun, sejak dulu lagi saya dah dihasut oleh abang dan adik² saya, untuk tidak sekali² menyokong MU.
Abang kata, MU tu suka main kotorrr.
Rasuah referee tak ingat².
Lepas tu, suka betul berlakon buat² jatuh. Dengan harapan nak dapat penalti.
Lepas tu adik saya Hakim pulak menambah, MU tu harap dekat brand dia je famous.
Harap comercial je lebih.
Tapi main bola macam budak tadika.
Adoi.
Ni mesti peminat² MU rasa macam nak baling selipar kat saya sekarang jugak kan.
Sabo².
Itu abang dan adik² saya lah. Bukannya saya pun.
Saya tak cakap pun lagi saya sokong siapa kan.
Satu²nya orang dalam family yang sokong MU adalah Bapak saya.
Kesian bapak, tiap² kali ada match MU lawan apa² team, mesti abang dan adik² akan support team lawan MU tuh. Sekalipun team lawan tu Penang FC.
Maka bapak sorang jelah yang akan bersorak kegembiraan bila MU score.
Tapi yang paling parah bila team lawan tu pulak yang score.
Habis bapak kene psycho war oleh abg+adik² saya, yang selalunya terpekik² lupa diri sampai melompat² atas sofa.
Haihh.
Tak pahamlah.
Nasib baik Mak ada dengan Nini.
Ada geng nak tengok cerekarama.
BOLA ATAU APA SAJA
Kadang² saya pelik sebenarnya. Dari dulu saya terfikir², kenapa sebegini kuat pengaruhnya?
Nampaknya sekarang, bola sepak ni bukan lagi sekadar sukan, mahupun hobi. Tapi dah jadi satu passion. Minat yang amat sangat. Kegilaan.
Dan kegilaannya mungkin sama saja boleh buatkan orang gila, macam Akademi Fantasia juga. Walaupun ramai yang komen Akademi Fantasia dah semakin hilang nilainya, tapi tetap ramai juga yang membanjiri konsert² setiap minggu.
Tetap ramai yang afundi.
Tetap ada yang sanggup menunggu loading di Youtube setiap akhir konsert.
Walaupun kononnya AF dah tak best macam dulu.
Tapi apa boleh buat. Hendak salahkan siapa?
Memang masyarakat kita telah berjaya dicorakkan dengan acuan hedonisme.
Cinta kepada hiburan. Melampau dan berlebih-lebihan.
Tahniah kepada Yahudi dan sekutu²nya di Barat.
Dan kalau ditanya pada seorang lelaki yang memang hantu bola, kalau dia terpaksa memilih samada untuk tengok bola atau menemani isteri yang kesunyian pada hari yang sama, pasti si isteri akan jatuh tempat kedua.
Sah. Tidak syak lagi.
Tak gitu wahai kaum lelaki?
Demi bola, sanggup bangun berjaga pukul 3-4 pagi, walaupun badan keletihan yang amat, mata lesu inginkan rehat.
Tapi ajaib, sebab bola, dua biji mata itu boleh jadi bulat selama 2 jam. Segar bugar, walaupun tanpa perlu dibasuh muka.
Isk. Ajaib lagi.
Kalau untuk bola, badan terasa ringan aje untuk bangun pagi² buta.
Habis bola, tutup TV, tidur.
Sedangkan mata masih segar, badan masih ringan.
Terlupa yang Allah sedang melihat.
Sedangkan,
Tak lama pun untuk bertahajjud. Tak perlu pun sampai berqiyamulail berjam².
Hanya dua rakaaat solat. Sudah cukup baik.
Alang² Allah dah bangunkan kita di saat pintu langit terbuka melimpahkan rahmat mencurah².
Ruginyelah hai.
It just takes about 10 minutes.
Kan?
Saya taknak cakap banyak²lah. Sebab saya sendiri akui, untuk bangun bertahajjud 2 rakaat itu memang susah. Perlu mujahadah yang hebat dalam diri.
Maka kepada brother² yang akan bangun pagi² buta esok. Sama²lah anda bangun dengan niat 2in1, tahajjud dan bola. Boleh?
Bukan saya mahu mencampur adukkan ibadah dan bola, tapi bagi saya sudah cukup baik kalau niat sudah berubah sedikit.
Sebelum ni hendak bangun tengok bola semata².
Selepas ni bolehlah tahajjud dua rakaat dulu sebelum bola start.
Apa boleh buat.
Lelaki dan bola mana boleh dipisahkan.
Nak minta mereka jangan tengok bola? Final pulak tu?
Never.
Lainlah perempuan.
PEREMPUAN DAN BOLA
Saya rasa, ramai juga sebenarnya perempuan yang suka tengok bola.
Dan rasanya sangat ramai juga perempuan yang mengkagumi pemain² bola sepak.
Yang meminati, mengidola.
Zidane, Beckham, Cristiano Ronaldo. (Sila tambah kalau perlu)
Biasalah perempuan.
Kadang² minat bola atau pemain bola bukan sebab skill mereka.
Tapi sebab kacaknya Beckham, handsomenya Ronaldo, dan juge machonya Zidane, dah la muslim pulak tuh. (Aduss, terkena penampar kat diri sendiri)
Hehe.
Jangan tipulah.
Saya pun perempuan juga.
Boleh ke perempuan tengok bola?
Kalau ada orang tanya saya soalan ni, saya akan tanya balik. Kenapa nak sangat tengok bola?
Kalau saya kata lelaki dan bola tak dapat dipisahkan, saya tak rasa begitu pula untuk perempuan.
Malah perempuan dan bola, tak sinonim.
Terpulang pada masing². Mungkin ada yang tak setuju dengan kata² saya.
Tapi ini pendangan saya. Pegangan baru saya, selepas sedar akan 'perang saraf' yang dilancarkan oleh barat terhadap kita sejak berkurun lalu.
Inilah dia.
Bola sepak, salah satu daripada senjata² terkuat dalam perang saraf mereka.
Tak cukup dengan World Cup, masuk pula Liga Eropah, Liga Premier, Liga piala² ape² ajelah. (Taktahu nak hentam ape dah)
Tak cukup dengan satu.
Hasilnya, mereka berjaya.
Kita orang islam, semakin jauh dari Al-Quran, dan semakin² lagi jauh dari Allah.
Lalai, leka tapi seronok.
Sama juga seperti kes di Malaysia.
Bertambah² program mencari bakat² baru dalam bidang seni.
Seolah² kita tak cukup² penyanyi dan pelakon.
Ke memang betul tak cukup sebenarnya?
RIDICULOUS
Macam yang saya katakan, sebelum ini pun, saya adalah seorang perempuan yang selalu tengok bola.
Satu sebab pengaruh adik beradik lelaki.
Dua, sebab memang suka tengok World Cup.
Especially bila melibatkan France.
Semangat nasionalisme terlebih² pulak di situ.
Tapi bila semakin diri meningkat dewasa, dengan beban amal dan kerja yang semakin berat menimpa, baru saya nampak betapa sia²nya tengok bola tu untuk saya.
Seolah² macam takde kerja lain dah saya sebelum ni.
Isk, Nini Nini..
Duduk tercongok depan TV macam lelaki, cuba menyelami corak permainan di atas padang. 9 orang atas padang berlari² mengejar sebiji bola, untuk disumbat ke dalam kotak jaring². (Eh betul ke 9 orang?)
Aih, bila fikir banyak kali, terasa ridiculous sungguh sebenarnya.
Tapi kalau begitu, semua games adelah ridoculous lah? Badminton pun ridiculous jugaklah kalau gitu. Terlompat² pukul sebiji bola bulu sampai tak sudah².
TEPUK DADA
Semuanya berbalik kepada seketul daging yang Allah ciptakan di dalam dada itu.
Seketul daging yang kalau baik, maka akan baik seluruh jasad.
Dan kalau buruk, maka akan buruk seluruh jasad.
Hati.
Bola sepak, badminton, bola apa sekalipun, tak pernah salah dan berdosa sebagai sukan.
Sebagai sukan yang mengeratkan hubungan, sebagai aktiviti yang menyihatkan badan.
Langsung tiada salahnya.
Tapi bila niat di hati mula terserong, maka di situlah terbitnya bunga² dosa.
Bila bermain bola hingga terlalaikan solat.
Bila menonton bola hingga terlupa solat subuh.
Bila menonton bola kerana mengagumi kekacakan dan kehandalan lelaki² yang menendang bola.
Tak cukup dengan menendang bola, malah juga mempamerkan aksi² yang sangat tak sesuai ditonton oleh kaum bukan sejenis.
Maka mengundanglah maksiat, dan bertambahlah himpunan dosa.
(Ini bukan sajak yea.)
Terpulang pada masing².
Bak kata Rasulullah, mintalah fatwa dari hati.
Dan sesungguhnya hati orang beriman itu sungguh peka dan sensitif.
Berbalik kepada persoalan bola,
Kalau terasa mampu untuk menjaga hak² Allah demi memenuhi tuntutan ingin tengok bola, kalau betul mampu, maka dipersilakanlah.
Untuk perempuan pula, kalau terasa dengan tengok bola boleh menaikkan iman, maka tiadalah salahnya. Dipersilakan juga.
Tapi kalaulah betul tengok bola boleh menaikkan iman, tolonglah ajarkan saya sekali yea.
Teringin saya nak tahu bagaimana.
p/s : Semoga MU menang. (mesti ade yang tersengih² tu)



12 comments:
yeah! hidup liverpool. haha.
sejak dulu aku mmg sokong liverpool. abaikan sponsor dia. yg terlekat pd baju mrk. aku tk sokong carlsberg. tp liverpool.
utk final ni, aku sokong barca. hehe..
kalau dibagi kesempatan, akak pun nak jugak duduk kat stadium tu tengok bola..
tapi bila fikir, kalau bangun nak pergi solat, orang ambik tempat kita.. abih tu, takkan nak jamak kot solat tu.. ish.. tak sesuai lah pulak..
lepas tu banyak nya la mata-mata liar yang memandang.. lagi lah tak sesuai..
tapi kan nini, akak tak minat bola pun sebenarnya hehee...
nini,
naseb kite lebih kurang je.4 beradik lelaki yg waa ada mmg hantu bola jgk.tapi abah tak.sekrg even si bungsu yg drjh 2 tu dah pndai sebut name2 player yg waa sdr pun xtau.adeh laa..
btw,waa sokong barca kut.ade messi.he he
nini comel,
akak mmg x minat sgt bola, tapi disebabkan hubby akak mmg minat (kalu x minat mcm kaki bangku lak..hehe) so akak pun menyokongla minat dia.. tapi disebabkan tuntutan keje pd keesokan harinya, kami pun takde la sampai sanggup berjaga semata² krn bola.. kan.. malulah kalau sanggup bangun semata² utk bola sebijik tu, kalau bangun utk qiyamullail pun jarang.. huhu malunya la kan.. =)
Salam nini,
Sukan apa pun kalo mengikut syarak, akan mendatangkan kebaikan..
Ttg isu bola nie, mmg la x blh elakkan waktu tu, kat asia waktu awal pg, tp dkt euro awal malam kan, bola mempunyai impak yg besar kalo pandai gunakan, lihat apa yg FReedie kanoute, sevilla striker buat ms isu gaza ari tu, walau pun kecil tindakan dia, tp setidaknya ramai yg mula ambil peduli.
Skrg ramai player bola yg beragama islam, yg menunjukkan contoh baik, ini menambahkan lg minat org lain ingin tahu ttg islam, seperti yg berlaku semasa WTC 9/11.
N3 yg panjang tp ader pengisian yg baik, teruskan menulis k...
Tlg sampaikan kpd kwn2, menyokong pasukan yg terlibat dengan perkara yg bertentang dgn syarak adalah HARAM, blh rujuk mana site islam untuk kepastian tp yg confirm perbuatan itu adalah HARAM...
hi nini
sememangnya bola boleh meningkatkan iman, kpd penyokong2 yg fanatik. :) sepanjang 90++ minit mereka akan berdoa kpd Allah supaya pasukan mereka menang.zikir tidak putus2. tapi berapa ramai yg mengucapkan syukur bilamana pasukan mereka menang? pusing lah ikut mana sekali pun, pi mai pi mai tang tu jugak..kalau memang sudah fanatik, cakap lah macam mana sekalipun pasti akan dipertahankan passion dan pasukan yg disokong.
nini pun dah berkata banyak, cadangan2 yg sangat baik dan perlu diusahakan oleh semua peminat bola sepak sekalian. enough said, in everything janganlah berlebih-lebihan.bersederhana sahaja..jangan kerana bola kita berpecahan.
macam saya sendiri menyokong pasukan tutt...(nini tau lah). tp bukan sekadar ikut-ikutan, bukan kerana trend, bukan sebab jenama pasukan, bukan kerana pemain yg diidolakan, bukan dan bukan.
1) memang kerana minat bola sepak, permainan yg strategik, seumpama golf juga. yg dimainkan sejak kecil lg
2)memang ikut perkembangan pasukan bola sepak ni sejak zaman steve bruce jd defender lg, sejak sharp menjadi penaja pasukan
3)jatuh cinta dgn corak permainan pasukan itu dulu dan terus setia smp sekarang.terus bersama dalam jatuh bangun pasukan. that in itself adalah satu kebaikan bola sepak bukan?
tapi hidup tidak statik. dulu mungkin saya kuat berjaga malam semata-mata menonton bola sepak. betul kata marini. semata-mata, dan badan menjadi ringan.
tapi tanggungjawab meningkat seiring usia. lelaki sesuai dengan sifatnya akan menjadi sgt rasional apabila dipertimbangkan antara tanggungjawab dan passion. tanggungjawab akan berada di tempat pertama bila tiba di persimpangan jalan. saya tidak setuju dgn pendapat marini. menemani isteri bukanlah satu pilihan. tp satu tanggungjawab. lelaki yg rasional akan memilih menemani isteri drpd menonton bola sepak. tp alangkah bahagia jika isteri turut menonton bola bersama2. (nak jugak...hee...)
sekarang tidak lg. kekangan masa, keletihan bekerja. semua menjadi halangan utk menonton bola sepak waktu wee hours in the morning. kerana tggjawab bekerja itu lebih utama. mencari rezeki itu lebih utama. seiring usia, lelaki semakin kurang berjaga utk menonton bola. jika berjaga sekalipun pasti tewas di pertengahan jalan.
jadi, marilah merevolusikan 'bangun malam' kpd sesuatu yg lebih baik drpd sekadar menonton bola sepak..
bravo nini.
wassalam.
haha!dulu peha kiri patah n kena sambung besi masa main bola la. so skrg ni mcm x berapa main, n tertarik pulak ngn basket ball..
mcm kata paramour tu, minat kat bola ni bukan kerana jenama atau player yg glamer2, tapi sbb corak permainan yg menarik dan berstrategi. bila kita dipadang tu, pelbagai perasaan bercampur baur, n fikiran kena pantas berserta stamina yg tinggi...mcm saya, hanya kenal beberapa nama pemain jer pun,n lebih meminati bola sepak tempatan (kalau local players yg main pun mcm hampeh, maksud nyer tu la tahap tertinggi corak permainan kita...).n kat rumah pun hanya tgk match tu bila ada adik beradik lain yg tgk (lagi best 4 org adik bradik lelaki yg lain turut tgk, n kakak2 pun ramai gak yg minat bola ni, tapi sbb player hensem jer la kot...)
n bangun malam tuk tahajud...susah nya...insya'allah akan cuba...btw, doakan kami nak exam kat sini k!huhu!
haha nini, akak ade tanya zauj akak mlm tuh, "Kalo suh tutup tv skang nih jugak n teman org, agak2 boleh tak?"
To my surprise, dia kata "oklah..", siap nak amik remote tutup tv. Akak gelak2, kata nak test aje.
So..conclusionnye still ada suami sayang isteri lebih dari bola...
Cikgu Jawe~~
Tahniah sebab Barca menang.
Samela cikgu dengan abg saya kat rumah tu.die hard fan Liverpool.bertahun² dah.saye pun tak paham macamane org boleh minat fanatik dengan satu² kumpulan ni.
Takpe,hanya org lelaki yg faham rasenye.
Selamat menunaikan umrah ye cikgu.eh ke haji terus?
Kak Neeza~~
Huhu,betul kak.ikut hati ni teringin jugak la nak tengok bola kat stadium.setakat teringin jela,tapi memang takkan pergi.moga² Allah lindugilah kita daripada pergi,sebab macam akak cakap,kat situ lagilah kite terdedah dengan macam² maksiat.
Tengok kat TV lagi ok kut.kalau gol boleh tengok ulang tayang.kat stadium takdenye player tu nak ulang tayang balik cara die sepak bola sampai gol.huhu
Hehe,akak samela.nini pun da tak mnat bola sekarang.dulu² je tu.zaman muda² dulu.=)
Najwa~~
Hehe.kite same² anak tunggal perempuan eh najwa? laa yeke,nini baru tawu. sep².
Anonymous~~
Setuju sangat cakap awak.pasal yang Kanoute tu, mase gaza,memang satu tindakan berani tapi sangat terpuji.membuka mata orang.sy sendiri cukup terharu tengok gambar.belum lagi tengok real.
Dan sy pun suka sangat tengok Franck Ribery yang muslim,selalu doa depan orang atas padang sebelum match.menunjukkan imej orang islam yang sangat kuat kebergantungan pade Allah.
Wallahualam.
Kak Izzah~~
Akak,bagus².isteri yang support minat suami walaupun sendiri tak minat bola.
Setuju dengan akak.tuntutan kerja tu jauh lebih besar,dan orang yang pandai mengutamakan yang utama mungkin akan sanggup korbankan bola tuh.
Lagipun same je kan kak.tengok siaran ulangan lagi best.=)
Paramour-yang-suke-komen-panjang²-adoiii..~~
Awak,saye just nak cakap,saya suke baca komen² awak dalam setiap entry saya.sampai saya rasa taktahu nak balas ape dah.
Teruskan komen panjang² ye.saya suka baca.tapi sorry sebab saya tak reti nak balas panjang².
Bravo juga buat awak.
A brilliant thought.
=)
Mejah~~
Owh,ni memang minat bola sungguh² ni.bukan takat tengok,memang main terus.
Baguslah tu,macam anonymous cakap kat atas,sukan apa² pun kalau ikut syarak,takde salahnya.
Tpi janganla sampai patah riuk segale.tu mencederakan diri namanya.=)
Goodluck DALF utk kamu semua.
Zaujah ADJ~~
Huhu,bertuah akak..hehe,mesti tengah kembang kempis senyum tuh.
Orang tengah di alam bahagia la katekan.semoge terus bahagie ye akak.
~bakal zaujah ADJ.hehe nak jugak.ameen.=)~
ah..tidak..
barca menang,,,sadisnyaaa
Post a Comment