Bebas

HILANG


Abaikan template blog saya yang tengah tak stabil ni yea.
Memang kalau kalian sedar, kejap² ada gambar ayam kat atas. Tapi kejap², lepas refresh, hilang pulak. Dengan ayam, matahari, awan, pokok, semuanya lesap tiba².


Kejap ada kejap takde.
Tension juga saya duk fikir macamana nak buat tadi.
Tapi tak jumpa juga solution nya.
Takut nak sentuh lebih², nanti hilang semuanya. Lagi parah. Menangis tak berlagu je nanti.


Jadi, sila abaikan.
Saya pun dah malas nak fikir.
Malas juga nak tukar lagi template, sebab saya dah spend banyak masa sebelum betul² pilih template AYAM ni.

Dan saya pun dah sangat² suka pada template ni, provided dia tak buat hal.


Suka hati engkaulah ayam.
Saya ada baaaaanyak lagi kerja nak buat.


Kalau ada siapa² tahu macamana nak buat, roger² saya di sini ye.
Saya tahu ramai je IT geek kat luar sana. Cuma saya taknak mintak tolong untuk hal² kecil macamni.

Tapi kalau anda sedia menghulurkan bantuan, maka nyiru saya tadahkan.

=)



PANASSS



Sekarang di France dah mendekati musim summer. Tapi alhamdulillah, cuaca di Rouen masih dingin dan berangin.
Sedap aje badan kalau keluar rumah.
Kelebihan sebab dekat dengan pantai.


Tak macam di Besancon. MasyaAllah, walaupun belum masuk summer, tapi kepanasan dan kehangatan dah macam peak season di Malaysia.


Sampai berpeluh². Pening kepala dek matahari yang sangat panas.
Angin pun takde.
Orang kata, inilah jadinya bila tempat beriklim continental.
Musim sejuk, terlampau² sejuk. Dan musim panas, melampau² panasnya.


Ini baru bulan 5. Belum lagi bulan 8.
Ya Allah, tak dapat saya bayangkan macamana keadaan adik² kesayangan saya di situ, yang akan stay di Besancon musim summer ni.


Jangan lupa beli kipas ye sayang.
Minum air pun banyak². Nanti sakit², risau k/nini di Malaysia.


My Precious



MEANINGFUL



Owh, ini gambar masa kami on the way ke funfair.


Memandangkan ini pertemuan kali terakhir sebelum balik Malaysia, maka setiap saat sungguh berharga.

Dan sememangnya pertemuan kali ini sangat bermakna buat diri saya.

Tadi pun awal² pagi, saya pulang ke Rouen dihantar oleh Kak Ya dan Ina.
Aduh, terharu.
Seawal pukul 6 pagi, subuh² sepi'i (oghang utagha ja paham) macam ni, sanggup bangun semata² untuk hantar saya.

Terima kasih Kak Ya & Ina.
So touched. So deep.



PERTAMA KALI



Saya ada satu keinginan. Saya ingin betul² simpan kemas dalam hati, moga akan terlaksana satu hari nanti.


Sebenarnya, dah lama saya teringin untuk bertudung labuh.
Dan alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, Allah beri peluang pada saya untuk mencuba.
Ramai pula yang meminjamkan saya tudung labuh baru² ni.

Dan saya pun pakai.


Apa saya rasa?
Cubalah teka.


Entahlah, saya pun taktahu nak cakap macamana.
Tapi ada satu perasaan yang menyelinap dalam diri saya, bilamana saya menyarungkan tudung bersaiz 60 inci tu menutupi kepala dan tubuh saya.

Dan perasaan itu sangat kuat menguasai saya.


Freedom. Safety.
2 perkataan yang sangat tepat untuk menginterpretasi perasaan saya.
Ini kali pertama.
A real freedom. Kebebasan yang saya tak pernah rasa sepanjang saya bertudung sejak usia 4tahun.


Bebas.
Ingin tahu bagaimana? Cubalah.


Bebas begitu, saya tak pernah dapat rasa dengan bertudung biasa.
Sangkaan kita umumnya, lagi kecil cebisan tudung itu, maka lagi bebas. Lebih mudah untuk bergerak.
Kalau boleh biar saiz tudung itu seminimum mungkin. Asal cukup menutup kepala.
Kerana kita ingin rasa bebas.


Tapi ironinya, Allah tak pernah beri saya rasa bebas itu sebelum ini, walaupun dengan tudung saya yang cukup syarat.
Maksud cukup syarat saya, labuh menutup dada. Walaupun hanya sipi².



Mungkin sebab itu saya tak berhenti rasa sayu dan sebak bilamana saya sedang menyarungkan tudung besar itu.

Terharu.
Kerana sebelum ini saya tak pernah pun berkeinginan untuk bertudung labuh, sedangkan di situ tersimpannya kunci kebebasan, keselamatan, dan harga diri buat seorang wanita.


Erm, mungkin pernah, seingat saya. Tapi niat saya waktu itu tak sama seperti sekarang.
Dulu saya gemar mencuba bermacam² busana, jubah, tudung labuh, purdah, kerana tuntutan minat pada fesyen busana muslimah.
Melaram. Pendek kata.



TITIK PUSING



Masih saya ingat, bagaimana Allah telah mengubah sesuatu dalam hidup saya tahun lepas.
Perubahan yang kecil, tapi memberi kesan yang agak besar buat saya.
Dari tudung bawal yang jarang dan kecil, saya beralih kepada tudung yang lebih besar. Dan tidak jarang.


Semuanya bermula dari seorang ustaz.

Satu hari saya hadiri ceramahnya, awal tahun lepas.
Memandangkan saya amat gemar mendengar ceramah, maka saya kira, sayalah yang paling bersemangat antara semua kawan² yang lain waktu tu.
Buktinya, saya berjaya mencari tempat duduk yang paling terkedepan. Paling depan.
Paling dekat dengan ustaz.

Prinsip saya, kalau boleh, saya nak segala ilmu² yang ustaz nak beri akan sampai pada saya dahulu. Kemudian baru orang lain.


Ish, tamak sungguh saya.
Tapi kan Allah ada cakap, dalam hal agama memang kena berlumba.
Takkan nak beri peluang orang lain masuk syurga dulu.
Kalau setakat funfair, bolehlah bagi orang masuk dulu.
Ini syurga beb.


Dan beberapa hari selepas ceramah itu, saya mencari ustaz di YM, untuk tanya satu soalan.
Dan selepas selesai bertanya, maka ketika itu ustaz mencelah.
Katanya, ada satu teguran untuk saya, kalau saya tak kisah.


Ustaz hesitate, takut saya kecil hati.
Tapi saya berkeras, tetap ingin tahu apa bunyinya teguran ustaz untuk saya.


"Malam hari tu enti pakai tudung kuning kan?"
"Enti tak rasa ke tudung tu kecik dan jarang untuk enti? Saya rasa macamtu lah."



Saya masih ingat ayat ini.
Penuh berhikmah cara ustaz menegur saya, sampai sikit pun saya tak ambil hati.
Hakikatnya saya termalu sendiri. Saya tutup muka, seolah² ustaz ada di depan saya.


Betul. Betul sangat kata ustaz. Sikit pun saya tak nafikan.
Memang tudung yang saya pakai tu kecil, dan jarang.
Alah, itulah tudung bawal. Semua perempuan pasti kenal kan?


Kenapa yea?
Bukan saya tak tahu tudung itu jarang.
Bukannya saya tak tahu memakai tudung bawal tu hanya dapat menutup kepala. Tapi batang leher, langsung tak terlindung. Jelas sekali nampak. Apatah lagi pada pandangan mata seorang lelaki. Tajam.

Bukan saya tak tahu semua itu. Tapi saya tetap buat tak tahu.

Bisik hati saya, "Dah eloklah ni aku bertudung. Kalau diorang nampak lebih² tu salah dioranglah. Siapa suruh usha lebih²."


Aduh. Nini oh Nini.
Mujur Allah masih sayang kamu.
Maka Allah tegur kamu.
Dan bersyukurlah, kerana hati kamu terbuka untuk menerima teguran Allah itu.
Bersyukurlah kerana hati kamu tak keras dan ego menolak.


Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.


Dan sejak hari ditegur itu, terus saya telefon mak.


"Mak, Nini nak tudung bunga² mak yang tak jarang tu. Nak yang labuh² sikit tau. Tolong poskan ye mak."


Dan waktu balik Malaysia tahun lepas, saya kebas tudung² mak sebakul.
Takpe, mak ada lagi 4 bakul di rumah.


Dan tahun ni, saya nak kebas lagi sebakul.
Boleh ye mak?

Plish..plish..
=)



INSYAALLAH



Doakan saya, moga satu hari nanti, saya akan beristiqamah dengan tudung labuh.
Saya teringin sangat. Dah jatuh cinta. Hanya Allah yang tahu.


Kalau dulu Allah dah mengubah saya dari bertudung kecil bidang 30 kepada tudung bidang 45.
Dan kini saya ingin beralih kepada tudung yang lebih besar, bidang 55 atau 60.

Saya ingin rasa bebas dan selamat di bawah hijab saya.
Kebebasan yang tak tergambarkan.


Buat masa ni, saya masih dengan tudung² bidang 45 dan 50.
Tudung² mak yang saya 'curi dengan izin' sebakul tu.


Kalau boleh, saya ingin istiqamah, once saya dah mula pakai.
Bukan kalau boleh, tapi memang itu yang sepatutnya pun.

Ouh, tak mainlah kejap². Hangat² tahi unta. Itu bukan sifat seorang Islam.


Dan perkara yang paling mengganggu saya sekarang, bagaimana penerimaan orang sekeliling saya nanti.
Maksud saya, orang french. Cikgu², kawan² di sekolah.


Kalau saya bertudung bidang 50 itu pun mereka dah kata saya nampak macam hantu.
Apatah lagi kalau saya beralih kepada tudung labuh.

Entah makhluk apa pula mereka nak samakan dengan saya nanti.


InsyaAllah.
Moga Allah akan tunjukkan jalan pada saya, macam dulu.
Dan moga Allah tetapkan hati saya begini.

Doakan saya yea. InsyaAllah saya ke arah itu.


Dan after all, hanya satu yang ingin saya luahkan, buat semua sahabat² bergelar wanita.


My dear sisters,
Hijab, is NOT just about covering your head.
Believe me.

I love you.


And i LOVE You Allah.

 

11 comments:

paramour said...

salam marini

destiny dah 'pindah' rupanya. ingatkan ke mana menghilang. tapak sama, rumah dan isinya yg baru. fresh sikit ye, kaler hijau. tp saya rasa tak habis renovation lagi kut. takpa slow2..yg penting terus menulis.

apapun, tak kira destiny I, II, III atau seterusnya, paramour akan tetap mengikuti perkembangan blog ni. apa pendapat marini, semalam saya tengok crita cina, resurrection, andy lau. dia kata, a man can change his destiny.

ok, sambung nanti.

take care always destiny II.

salam.

crack cracker said...

sungguh cantik template baru nie..bersih je..

crack cracker said...

maksud nini pasal gambar header ke?kalau nak tukar boleh je nini..gi kat layout>>page Elements>>klik "Edit" kat ruangan paling atas sekali..kat header tu..sini nini boleh add image dan remove..tapi berhati2..kalau perlukan steps berserta gambar bg tau saya ye..

Neeza Shahril said...

baru akak nak comment "akak suka tengok penampilan baru nini" tanpa baca tulisan nini tadi..

Bila akak baca, ada rupanya kisah tudung tu.. teruskan nini.. itulah yang dituntut.. menutup rambut dan semua anggota badan iaitu aurat..

Alhamdulillah, nini telah berhijrah dalam umur yang muda.. Tabarakallah!!

Anonymous said...

You'll never walk alone
God bless all the way..:)

Nini Marini said...

Paramour~~
Ranovation Destiny II dah siap sebenarnye. tapi sebab kontraktor tak bagus, jadi tak kualiti sangat.kejap² dinding tercabut, pastu siling pun kadang² ade kadang² takde.Hurm,maleh doh nak pikir.

Yes, i know i will have ur support. Thank u.
And u know that i will always need ur support rite?

A man can change his destiny?

Hurm, tak setuju sangat senanye. sebab bagi sy, semua dah ditetapkan oleh Allah.

Wallahu'alam.
=)



Crack Cracker~~
Ouh en chmod, masalah blog sy ni bukan takde gambar kat atas tu. patutnye ade, tapi kadang² die hilang. sy pun tak paham nape buleh ade masalah gini.

Dan masalahnye sy tak reti nak modify ape² kat code HTML tuh.

Trma kasih ye. awak antara IT geek yg selalu tolong sy.
=)


Kak Neeza~~
Hehe. Terima kasih akak. InsyaAllah semoga hijrah ni diterima Allah dan akan berterusan.

Doakan Nini ye akak.syg akak!=)



Anonymous~~
Syukran. You must be somebody that i know rite?
Just curious.=)

AngOsH said...

salam akak..touched laa bace entry akak nie..ngeee..btw,byk pengajaran yg saya dpt..tq ekh..muahh...rindu akak...meh r dtg sinie kak!

Anonymous said...

no..I'm not somebody that you know.:)
i like ur writing. I found something here. tahnks for sharing.
God bless you and guide you all the way...

~~~always be ur silent reader~~~

Nini Marini said...

Angosh~~
Huhu,tak sangke mampu menyentuh orang citer akak ni.kuasa Allah.=)

Angosh,tahun depan kite hidup bandar berjiran,rerajin visit memvisit eh.heppinye..=)



Anonymous~~
Eh yeke.saya ingat saya kenal awak.sebab perasan komen yang sama je dari sorang anonymous ni.

Btw,terima kasih banyak² ye.datanglah selalu sini.teringin nak kenal,but i respect your anonymat.
=)

Anonymous said...

terima kasih kembali...
=)

shuhada said...

salam...

"tersimpannya kunci kebebasan, keselamatan, dan harga diri buat seorang wanita."
betul tu... setuju ...
semoga kita sm2 dpt istiqomah..
cabaran nya mmng sgt banyak nak2 bila kita mahu mulakan penghijrahan.. ingatlah.. sesuatu yg baik itu pasti akan dipermudahkan (=

p/s: 1st time masuk 'rumah' ni =)