Basah

Perasan tak, keempat entry yang saya tulis di sini, tajuknya semua bermula dengan huruf B?

Hehe.
Takde ape pun.

Mukaddimah untuk hari ini.
Abaikan.

Hari ni saya taknak menulis panjang. Penat doh menulis semalam sampai pagi.


Cuma nak jugak cakap di sini, malam ni saya rasa cukup tenang.
Alhamdulillah, syukur, bila Allah membasahkan semula hati saya ni. Agak lama hati saya mengering.


UZAR di FRANCE


Baru sejam yang lepas, dapat dengar ceramah Ustaz Zaharuddin secara online.

Sebetulnya Ustaz ada di France sekarang, di kampung Besancon tuh.
Kenapa Besancon? Sebab Ustaz baru bercuti sambil berkuliah di Jerman. Dah dekat sangatlah Jerman dan Besancon.


(Kalau nak kenal Ust Zaharuddin, klik sini ye. Ustaz ni sangat famous sebenarnye.)


Dan kebetulan pula, di Besancon ada sekampung budak² Malaysia.
Maka apa lagi, peluang amal jangan disia²kan.
Dengan perancangan teliti sahabat² Besancon yang menganjurkan majlis, dan berkat keizinan Allah, maka dapatlah kami budak² France dengar pengisian dari Ustaz.


UZAR bersama sahabat² di Besancon.
Jangan risau, bukan perempuan aje, lelaki pun ade sekali yea.
Cuma saya takde gambar mereka.



Walaupun hanya mendengar online, tapi sudah cukup bermakna.

Dan dengan keberkatan dari Allah, hati kami yang jauh ni tetap basah dengan kata² ustaz, meresap jauh dalam hati. Menginsafi setiap kekerdilan diri.

Terima kasih Allah.


SUWEEET


Sungguh saya amat menghargai 2jam ceramah tadi.
Apatah lagi bila melihat room paltalk, tempat kami berkumpul online, penuh dengan ID dan nickname yang familiar.

Malah sahabat² yang dah lama tak dihubungi pun, turut ada bersama tadi.
Orang yang tak disangka².

Hanya melihat ID² mereka ada di situ, sudah cukup untuk membuatkan saya tersenyum lebar, mengukir seribu makna buat diri.


Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah,
kerana menghimpunkan hati² kami sebentar tadi.



Moga ini menjadi titik mula untuk kita pelajar² Malaysia di France, sebagai satu anjakan untuk mengubah corak kehidupan kita di bumi yang dipagari jahiliyyah ini.

Dan doa saya, semoga ini bukan kali terakhir, untuk kita berkumpul seperti tadi. Dalam satu majlis yang penuh keberkatan. Dihadiri malaikat² yang mendoakan setiap yang berada di situ.


Just one word.
Sweet.
Semua yang datang dari Allah, semuanya sweet.
Mesti Allah itu sangat sweet kan?

Ditambah dengan peringatan² yang ustaz sampaikan, seolah² Allah ingin menarik dan menambah hati² kita, supaya tak hanyut lebih jauh.


Sungguh, maha luas kasih sayangMU Allah.
Masih sayang pada kami yang jahil ini.



PERJANJIAN


Banyak kesedaran yang saya dapat, personally.
Especially di bahagian mukaddimah, bila ustaz mengingatkan tentang perjanjian kita sebagai manusia dengan Allah.


Saya, kamu, anda semua, dilahirkan ke dunia bukan untuk saja².
Ada tanggungjawab yang terpikul selagimana masih bernafas di bumi ini.


Al-Quran ada bercerita,
Surah Al-Ahzab, ayat 72.

Sebelum manusia dihantar ke bumi, Allah menawarkan tugas dan amanah sebagai khalifah di bumi kepada langit, bumi, dan gunung².
Tapi semuanya menolak.
Semuanya enggan memikul tanggungjawab ini, kerana bimbang tak dapat melaksanakan.
Dan kerana sememangnya tanggungjawab ini berat.


Kukuh dan teguh.
Namun mereka menolak.


Tapi manusia menerima.
Langit menolak, gunung pun menolak, tapi manusia menerima amanah dari Allah ini.
Lalu diutuslah manusia sebagai khalifah di bumi.

Dan sesungguhnya manusia itu sangat zalim, bilamana kini, dia sendiri melupakan amanah dari Allah itu.
Sedangkan dia pernah berjanji dengan Allah dahulu.
Alangkah bodohnya manusia. Kerana dia lupa.
Dan terus lupa.


DATANG LAGI YEA...


Terima kasih ya Ustaz. Untuk pengisian yang sangat mencelikkan mata hati, menjernihkan kembali nurani, setelah sekian lama kami hidup dalam kegelapan di sini.


Terima kasih, setinggi²nya pada Allah.
Kerana menghantar seseorang kepada kami di sini.
Dan Engkau sememangnya tahu, hati² kami sangat memerlukan petunjuk dan peringatan dariMu.


Owh,
Kepada mana² ustaz yang akan ke Eropah.
Singgah²lah jenguk kami di sini lagi.
Jangan lupakan kami di France ini yea.


"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan² itu Kami buat untuk manusia agar mereka berpikir." (Al-Hasyr:21)


Nasyid yang saya pasang sekarang, sangat berjaya buat saya mengalir air mata.
Tak tahu nape.
Mungkin liriknya sangat kena.
Especially dengan mood sekarang.

Again, Hijjaz lagi.
Sorry.


Wallahu'alam.

 

5 comments:

anjut said...

nini,

yup memang seronok jumpa ustaz tu!!!!!!!!n apa yg paling bagus, dpt ilmu pasal kewangan dan pasal daging2 yg disembelih org kafir (tp ahli kitab jer). kalau tak sampai skrg kita semua ragu2 nak makan daging2 tu..maksud nyer lepas ni boleh jer mintak ayam panggang kat restoren perancis!huhu!

Nini Marini said...

mejah,

Huhu. memang, nampak sangat korang best jumpe ustaz, sampai conquer ustaz sorang² je malam tu. kesian kami kat paltalk ni.

Btw, pasal ayam halal tu, kalau ikut ape yg ustaz cakap, ustaz kata pendapat ayam ahli kitab tu lemah kan? correct me if i'm wrong. itu ape yg sy dengarla. ustaz kate kite yg ade pilihan ayam halal, lebih selamat opter yang halal jek. sebab taktahu sekarang ni masih lagi ade ahli kitab yang betul² ahli kitab ke tak. well, i doubt it. wallahualam.

Tapi kalau itu ijtihad awak, maka tak mengapelah kan. as long as awak yakin dengan segala hujah dan dalil yang awak dah carik.

Cume risau kat org² yang tak sure, waswas then akan terikut² dengan ijtihad org lain ni. menyalahi konsep ijitihad tuh.

Anonymous said...

salam nini

jelesnya orang negara lain tak dapat nak join skali... ke korang saje² tak nak jemput?

kenal juga dgn ustaz tu.. selalu rujuk blog dia kalau ada masalah ttg jual beli.. terutamanya time kita semua hangat memboikot masa perang di palestine baru² ni...

pasal daging ahli kitab tu, pada pendapat saya mmg ia perkara khilaf, namun bagi kita yg pegang teguh pada quran yg distatuskan sebagai kitab tanpa ragu², lagi baik kita ikut quran berbanding hadith² yg kurang kuat kan? Tapi saya ingat lagi, ada kawan² saya kat satu negara tu takleh langsung nak jumpa daging halal, maka mereka semua mmg berijtihad macam tuh.. tapi rasanya tu cerita dulu² la.. sekarang semua celah pun da ada muslim dan daging halal.. islam akan menguasai dunia ini kembali, insya-Allah..

teruskan buat entry yg best² ye nini..

salam dari orang yg dah lama tak singgah blog nini

-u knoe who i am-

Nini Marini said...

Anonymous~~

Terime kasih ye.sebab singgah jugak selepas lama tak datang sini.

Btw,saya sgt setuju dengan pendapat awak.memang dalam Islam tu ada banyak mazhab,tapi selama mana saya memahami Islam itu,kita tak boleh suke² hati ikut mana² mazhab tanpa sebab yang kukuh.hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi macam yang saya tahu juge, kalau kita ijtihad mcmni dan org lain berijtihad macamtu, saya takde hak utk pengaruh org tu dengan ijtihad saya.terpulang pade dia, sebab berijtihad itu sendiri dah mendapat satu pahala.tak kira betul atau salah,sbb kita mmg takkan tahu pun yang mana betul 100% dan salah 100%.

Tapi dengan syarat, orang yg berijtihad tu mesti memahami betul² konsep ijtihad.dan ijtihad dengan ilmu,bukan dengan nafsu.

Wallahualam.

anjut said...

yg diragui cara sembelihan dia...btw, kalau nini x nk mkn, jgn ckp ia haram, sebb ia tlh dihalalkan Allah dlm al-quran. m, x mau la tersalah tulis, bagi link ni buat rujukan...selamat beramal.
http://www.scribd.com/doc/5423784/sembelihan-yahudi-nasrani