The Day - 26.07.09 - [Part 2]
Kalau nak diikutkan, memang banyak betul saya nak bercerita. Dari pengalaman pertama disarungkan cincin, pengalaman terburuk make-over yang buatkan saya hampir menangis, dan macam² lagi.
Tapi rasa kurang sesuailah pula kalau saya nak bercerita tentang majlis pertunangan saya ni di Destiny sampai berpart².
Biarlah dalam dua entry ini saja saya mengizinkan diri bercerita tentang hari itu.
Itupun bukan sampai details.
Yang details² tu, saya bercerita pada sesiapa yang dapat bersua muka dengan saya jelah yea.
Itupun kalau ada yang bertanya.
=)
TUNANGAN ORANG
Apa² pun, seringkali saya ingatkan diri sendiri, ini hanya sebuah majlis pertunangan.
Tiada perubahan yang terlalu besar.
Seorang lelaki dan perempuan yang diikat dengan tali pertunangan, masih lagi asing terhadap masing², tiada satu pun ruang yang membenarkan mereka berkeadaan seperti pasangan yang telah dinikahkan.
Dan bila ditanya tentang apa perasaan saya selepas ditunangkan, saya hanya mampu memberikan senyuman sebagai jawapan pertama.
Sebetulnya, perasaan menjadi tunangan orang itu bukanlah perasaan yang baru tumbuh dalam diri saya sejak 3 hari ini. Malah, sudah pun tertanam dalam hati sejak 3 tahun lepas lagi, setelah Mak+Bapak dan Mama+Baba dipertemukan oleh kami buat kali pertama pada 2006.
Segala puji bagi Allah yang maha indah mengaturkan, detik itu menyaksikan mereka tersenyum memberi restu.
Dan saya tetap berpegang pada kata² seorang ustaz pada saya, bilamana kedua² pihak telah memberi restu dan bersetuju, maka dari segi syariatnya, saya sudah dikira bertunang.
Mudah kan?
Islam itu mudah. Ungkapan ini sentiasa saja meniti di bibir semua yang mengaku Islam.
Tapi hari ini, rasanya ungkapan itu tidak lengkap dibiarkan berhenti di noktah sebegitu.
Kerana Islam itu memang mudah.
Tetapi bukan untuk diambil mudah.
SESUATU YANG TAK TERNILAI
Hari itu memang satu hari yang istimewa, kerana bersamaan dengan 26 Julai, tarikh saya dilahirkan ke dunia.
Kawan² saya bertanya, adakah ini birthday yang paling best buat saya?
Jawab saya, mungkin juga!
Kerana memori terhadap birthday² yang sebelumnya jarang untuk saya simpan dalam kotak ingatan saya.
Kerana selalunya, ia hanya disempurnakan dengan sekeping kad ucapan oleh Mak Bapak disusuli ciuman kasih sayang oleh Mak di pipi.
Hari lahir tetap hari yang biasa² saja.
Tak perlu disambut dengan begitu gah dan meriah.
Apa yang penting, hari lahir menandakan genapnya usia kesekian tahun bernafas di bumi Allah. Dan seiring dengan itu, banyaknya tanggungjawab dan komitmen yang bertambah di bebanan bahu, sesuai dengan kematangan yang tumbuh dengan pertambahan usia.
Cuma, satu perkara yang tidak dapat saya nafikan, berlalunya 26 Julai tahun ini, memberi kesan ransangan luar biasa jauh dalam diri saya.
Saya sungguh ter'motivated' untuk mempersiap dan melengkapkan diri sebagai seorang wanita yang bakal bergelar isteri.
Saya sungguh terharu dengan bakal keluarga baru saya, yang beramai-ramai bersusah payah datang dari jauh dengan 11 buah kereta.
Saya teruja berpeluang mengenali dan bersalaman mesra dengan insan² yang akan menjadi sebahagian daripada hidup saya sampai mati. InsyaAllah.
Seperti yang Mak Bapak selalu ulang²kan pada saya, "You will not just marry the man, but you're marrying the family. The whole family."
Dan saya paling terkesan melihat pengorbanan kedua orang tua saya, Mak Bapak, yang bersungguh-sungguh dengan segala kudrat yang ada, demi menjadikan hari lahir saya yang ke-22 ini sebagai satu hari yang takkan dapat saya lupakan.
Saya tahu, semenjak berbulan² awal Mak dan Bapak sudah memulakan persediaan. Bukan saja dari segi material, malah juga secara mental, untuk menerima hakikat bahawa satu²nya anak perempuan yang Allah kurniakan buat mereka, yang dijaga, diasuh, dididik dengan sempurna sejak dilahirkan, akan mula 'berpindah tangan.'
Saya tahu, itu bukan sesuatu yang mudah untuk mereka terima.
Saya teringat kata² Mak yang berseloroh pada kawan²nya beberapa hari sebelum saya ditunangkan dengan rasmi,
"Ni lah satu²nya anak perempuan, tapi satu²nya anak perempuan nilah yang nak belajar paling jauh tinggalkan mak pak. Dan satu²nya anak perempuan nilah jugak yang nak kahwin paling awal tinggal mak pak."
Kamu perlu tahu, ia juga bukan mudah untuk saya.
Untuk saya menghadapi semua ini, seawal usia 22 tahun.
MY PRECIOUS LOVE
Saya mungkin seorang anak yang agak timide dan reserved, yang malu untuk meng'ekspress'kan perasaan saya di depan Mak dan Bapak yang saya cintai.
Mujur ada Destiny.
Dan di hadapan Destiny hari ini, di saat ini, saya mengalirkan air mata.
Buat Mak Bapak tercinta, terima kasih Nini ucapkan untuk segala penat lelah Mak Pak berkorban duit, masa dan tenaga semata² untuk Nini, sempena hari pertunangan Nini.
Di lembaran Destiny ini Nini tuliskan, supaya seluruh dunia tahu, betapa Nini amat² bersyukur pada Allah kerana dikurniakan the Mak dan Bapak sebagai dua insan yang paling berharga sepanjang hidup Nini.
Terima kasih pada Mak, untuk segala persiapan yang mak sempurnakan dengan tangan Mak sendiri. I'm really² proud of you Mak. Dulang² hantaran yang Mak buat, originally from your handmade, tetap kekal sebagai hantaran paling indah buat Nini.
Terima kasih pada Bapak, untuk segala nasihat dan moral support yang Bapak bagi pada Nini menjelang hari itu. Dua hari sebelum majlis, sangat jelas riak kepenatan di wajah Pak yang sememangnya tak cukup tidur, tapi Pak masih mampu membuat Nini ceria bergelak ketawa dengan lawak jenaka Pak.
It really touches me deep inside.
And I am so thankful to Allah, for giving me this world's most amazing parents!
9:34 AM | | 18 Comments
The Day - 26.07.09 -
Hari ini 28 Julai 2009.
Celik² mata pagi tadi, saya masih seakan² tak percaya, akhirnya berlalu sudah 26 Julai yang ditunggu².
Dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan amat baik, seperti yang diharapkan oleh semua yang hadir. Sederhana tapi sempurna.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dan hari ini saya telah pun berusia 22 tahun 2 hari.
Syukur alhamdulillah, atas nikmat usia yang dipanjangkan. Atas nikmat rezeki yang melimpah ruah buat saya sekeluarga. Atas nikmat kebahagiaan, kasih sayang, dan cinta yang sentiasa mengundang senyuman manis di bibir.
Terima kasih semua ucapan
Juga yang sudi mendoakan
Pinta saya pada Tuhan
Moga Allah rahmati kalian.
SEKITAR MAJLIS
Maaf yea. Kalau ikutkan, dikira agak lambatlah saya meng'update' gambar² majlis ni. Dua hari dah lepas.
Tapi rasanya, ramai yang dah dapat lihat sedikit gambar² yang saya upload di Facebook.
Terima kasih untuk semua yang memberi komentar dan ucapan tahniah.
Saya sendiri kelu dan tak tahu apa hendak dibalas.
Saya biarkan gambar² ini yang bercerita dulu yea.
3:08 AM | | 12 Comments
Mohon doa untuk saya yea
Assalamualaikum.
Nampak gayanya mungkin seminggu sekalilah baru Destiny akan ber'update' oleh tuannya yang dah semakin liat nak bercerita macam dulu².
Oh ye, sebelum terlupa. Buat sesiapa yang nak contact saya di Malaysia, boleh add saya di YM dengan ID saya : syanisdiyanni_fisza887@yahoo.com.
Ataupun kalau nak lebih mudah, boleh simpan number fon saya ni ; 013-4863454 (hanya akan aktif selama 2 bulan ini saja). Saya letakkan number ni khas buat blogger² yang intim dan ada 'temujanji' dengan saya ; Kak Izzah, Nadiayuna, Kak Wani dan lain² kalau ada saya terlupa. =)
Tapi kan, kalau nak call saya, harapnya dapat hantar message dulu yea. Sebab saya takkan angkat call dari number yang sebarangan. Langkah berjaga².
Uhuh, patutnya dah lama saya tulis pasal ini.
Dah 3 minggu ada di Malaysia barulah nak bagitahu contact number.
Adoii.
Sorry banyak² yea.
JATUH LAGI
Dah tahu pasal aircrash yang terbaru? Baru beberapa hari lepas. Dan kali ni melibatkan iranian airiline.
Dan seperti aircrash² yang sebelum ni, kesemua passengers on board terkorban on the spot.
Mengikut apa yang saya alert, ini adelah aircrash ketiga yang berlaku dalam tempoh tak sampai 2 bulan.
I tell u, this is not funny anymore.
Tak perlu untuk tunggu 3 kes pesawat terhempas berlaku. Cukup dengan kes pertama dengan AirFrance sebulan dulu pun dah buat saya trauma dan takut sangat² naik kapal terbang.
Ini cerita yang saya tangguhkan dengan kalian semua.
Tentang pengalaman saya balik malaysia tahun ini, dengan Emirates Airlines, selepas terhempasnya AirFrance di Lautan Atlantik, yang beritanya hilang begitu saja selepas kotak hitam tetap tak jumpa².
Memandangkan Emirates tetap menjadi pilihan tahun ini, maka sekali lagi terpaksalah saya terbang pulang dengan transit 3 jam di Dubai.
Overall, saya agak kurang puas hati dengan servis Emirates tahun ni.
Mereka pun dah ikut jejak langkah MAS, bagi makan ciputtt je.
Bukanlah saya nak mintak lebih², dan bukan jugak sebab saya makan banyak (taknak mengaku tuh), tapi saya masih ingat, keadaan sangat lain masa saya naik MAS ke France 6 tahun dulu. Sekali dihidangkan makanan, memang boleh kenyanglah.
Sekarang ni, erm.. paham² sendiri.
Bukan MAS saje, Emirates pun dah begitu.
Tahun depan saya naik flight bawak bekal nasi goreng satu bekaslah.
In case lapar tengah² flight, macam hari tu.
=)
Eh saya bukan nak cerita pasal makanan kan?
Lepas transit di Dubai, dan selepas saya borong coklat banyak² di Dubai sampai nak kopak beg duit ni, maka tibalah pula giliran untuk flight kedua saya Dubai-Kuala Lumpur selama 6 jam setengah.
The first 3 hours, OK lagi. Saya boleh tergelak² lagi tengok cerita yang ditayangkan dalam inflight service entertainment.
But the next 3 hours, saya tak boleh nak cakap macamana. Turbulence dahsyat, especially bila kapal terbang melintasi kawasan udara Laut Andaman dan Teluk Benggali.
Kejap² signal untuk pasangkan tali keledar menyala. Kejap² ada announcement suruh semua orang duduk tetap di tempat masing², termasuklah steward stewardess pun.
Saya?
Dah tak layan dah ape bende cerita pun dekat skrin depan saya.
Home Alone ke, Mr. Bean ke, semua dah tak kelakar.
Dan sampai satu tahap, saya menangis sungguh² sampai bunyi uhuu uhuuu sebab takut.
Dalam hati memang fikir, mungkin Allah dah tulis nasib saya sama seperti penumpang² AirFrance yang terhempas tu.
Lagilah laju airmata ni turun, sambil badan terhayun² dengan kapal terbang yang terhoyong hayang ke atas ke bawah.
Adelah dekat sejam jugak keadaan menakutkan tu berlanjutan.
Saya serious ni, kalau boleh macam taknak balik ke France naik flight.
Especially selepas 3 kes jatuh terhempas dan mati ni.
Agak² boleh tak saya nak balik France naik bas? Berapa jam agaknya nak sampai eh?
Bolehlah sama² buat kira² sambil perhati peta dunia yea.
ESOK
Tak sabar saya nak tunggu esok. Nak tunggu adik nombor 2 saya, Halim balik dari asrama.
Takpun singgah 7Eleven beli Slurpee.
Setiap hari macam tu.
Sampai lelah saya batuk².
Tapi tahun ni sunyi je saya petang².
Nak harap Adik bawak saya jalan², Adik banyak berkepit dengan Abg je.
Dan Halim ni jugaklah penghabis duit saya yang paling utama tahun lepas. Kuat makan niii. Nak makan pulak yang sedap² je. (Ikut perangai sape entah.)
Tapi saya tak kisah bab duit² ni. Sebab duit boleh membeli kasih sayang.
Tak setuju? Terpulanglah. Tapi itu yang saya rasa. Sebab sejak saya belajar di France, setiap kali balik Malaysia, mesti saya bawak balik duit untuk tukarkan di Malaysia. Dan saya amatlah pemurah dengan adik beradik saya. Mintaklah ape pun, mesti dapat. (Selepas kena bebel dulu 2/3 das.)
Dan hubungan kami adik beradik jadi makin rapat dan makin sayang.
Nak harap hubungan yang terbina sejak kecik, haiii, tak boleh diharap.
Bergaduh, gusti, sepak menyepak, tarik rambut, sebut apa saja. Semua pernah rasa.
Heh. All-boys katakan.
Mujur ada Mak yang banyak memfemininkan saya.
Kalau saya jumpa budak² tu, memang saya heret pergi balai polis terus.
Tapi Hazim (Adik) ni tak sporting macam Halim. Nak pegang tangan die mase jalan² pun tak boleh. Ish, macamla orang nak kata kakak ni girlfriend die ke ape.
JEMPUTAN
Kalau ada sesiapa yang berkemungkinan ada di Pulau Pinang weekend depan, bagitahulah saya yea. Boleh saya jemput ke majlis di rumah.
Minta maaflah yea, saya tak dapat jemput semua. Hehe. Bajet kecil je. InsyaAllah tahun depan saya jemput semua yea. Mesti!
Dan untuk kawan Soksekian 0004, kalau ada yang sedang membaca, kamu sangat²lah dialu²kan untuk datang. Tapi inform saya yea kalau jadi datang. Boss besar (Bapak) nak kira tetamu yang datang. Mudah nak bajet makan nanti. Taknaklah ada yang terkurang. Terlebih takpe.=)
Dan saya mohon buat pembaca² yang saya sayangi, walaupun tak ramai, tapi saya tahu ada juga yang setia membaca dan mengikuti sejak saya mula² buka Destiny setahun dulu. Saya minta, doakanlah untuk kebaikan saya yea. Moga² dipermudahkan semuanya. Moga majlis ini diiringi berkat dan redha Allah dari awal sampai akhir.
Dan semoga langkah ini menandakan permulaan buat satu perjalanan baru yang bakal saya tempuhi dalam hari² yang mendatang.
Moga inilah yang terbaik buat saya.
InsyaAllah.
Ya Allah, ku mohon redhaMu dalam mengiringi tawakkal terbesarku ini.
*Bergenang dah airmate.*
Saya tidur dulu k.
Assalamualaikum.
=)
p/s 1 : Jangan lupe bawak sekali hadiah besday untuk saye tau! Hehe.
p/s 2 : Saya hanya suka pada irama lagu ini. Bukan pada liriknya. Sila jangan hayati lirik die eh. Tak kena tu.
10:54 AM | | 11 Comments
Updates dari Penang
Assalamualaikum...
Maaf yea, seminggu saya tak tulis apa² kat sini. Bukan sengaja, tapi memang terasa lebih suka nak duduk² dengan family daripada mengadap komputer. Lebih suka nak melayan kucing², nak kemas² dapur, keluar jalan² dengan adik², macam² lagilah.
Lagipun, dah setahun saya asyik mengadap laptop je setiap hari kat Rouen sana.
Kasik can kat family saye pulak la eh untuk 2bulan ni?
=)
SEMINGGU SUDAH BERLALU
Kalau ada yang tertunggu² berita daripada saya, saya alhamdulillah telah selamat mendarat di KLIA pade pukul 9.45 malam hari Ahad 28 Jun yang lepas.
Dah lebih seminggu pun. Kejapnye masa berlari.
Ni saya letakkan gambar² di KLIA hari tu yea.
Just let these pics to do the talking.
REDHA
tentang urusan pindah saya sebelum balik hari tu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Apa kesudahannya dengan pakcik pemandu lori yang tak datang² tu?
Sudahnya, dia tetap tidak datang, setelah saya menunggu sampai ke pukul 2 pagi.
Saya tunggu, sebab dia kata akan datang pukul 1 pagi.
Dan akibatnya, saya tertipu lagi dengan jenaka paling keji yang saya pernah hadapi itu.
Dan pukul 2 pagi itu, saya tertidur, selepas menangis kehabisan airmata.
Bodohnya saya.
Kesannya sangat kuat pada saya.
Even sampai sekarang, saya masih termimpi², macamana saya dalam keadaan tertunggu dan tertunggu hari tu.
Takpelah, kita tamatkanlah cerita tu di sini yea.
Saya taknak cerita lagi. Saya taknak sebut lagi.
Kalau ada orang sebut pasal ni depan saya, saya akan rasa sangat sakit di hati.
Jadi tolong jangan sebut yea.
Cukuplah ini jadi kenangan paling buruk pernah saya alami sepanjang 4 tahun saya di Perancis.
Saya tak katakan ini pengalaman paling pahit.
Sebab banyak lagi pengalaman² pahit yang pernah berlaku.
Tapi kepahitan itu semua akhirnya memberi kemanisan pada saya bilamana saya menyingkap hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Tapi yang ini, memang buruk.
Terburuk.
Sampai kiamat pun saya takkan lupa apa yang pakcik tu buat pada saya.
Biarlah kepahitan ni saya telan dulu.
Tapi saya akan ungkit semula perbuatannya di depan Allah nanti.
Allah telah saksikan semuanya. Biar Allah saja yang balas.
Saya tak berdendam. Saya hanya rasa sangat² teraniaya.
Kalau kamu berada di tempat saya di peristiwa itu, kamu akan faham.
Tamat kisahnya di sini, untuk bahagian dunia.
Kita jumpa di padang mahsyar nanti, pakcik.
JETLAG
Erm, dah².
Saya dah ngantuklah.
Esok sambung k. Banyak benda nak cerita sebenarnya.
Sorry, saya sangat kena tidur, sebab badan dah mula adapt dengan waktu tidur di malaysia.
So, till then, assalamualaikum.
11:02 AM | | 8 Comments
Menunggu dan menunggu...
NIGHTMARE
Boleh ceritakan tak, apa agaknya perasaan kalian, kalau tengah tunggu seseorang yang tak juga muncul²?
Masalahnya bukan tunggu sekejap². Berjam-jam. Bila dicall, dia kata tengah on the way. Bila ditanya, kata akan sampai lagi 10minit. Dengan nada yang begitu bersungguh dan meyakinkan.
Tapi alih², lepas 3jam pun tak sampai². Kenapa agaknya? Apa masalah dia sebenarnya? Kalau yea pun tak pakai jam, paling² 'koman' pun, mesti akan terasa perbezaan antara 10 minit dan 3 jam tu ye tak?
Tolonglah, sesungguhnya saya amat benci perangai itu. Terus terang katakan.
And this is what happen to me now. Saya sepatutnya pindah ke tempat baru pukul 2 petang tadi lagi. Tapi pukul 4 petang, pakcik yang bawak lori masih tak sampai². Then saya call, dia kata ada salah faham, ingatkan saya nak pindah esok.
Then saya kata, saya KENA pindah hari ni. Esok saya dah nak naik flight balik malaysia. Tak kire, saya kena pindah hari ni, walau macamana pun.
Okeylah, then die cakap, kalau macamtu, kena buat appointment semula. Pukul 7 petang nanti, dia datang pindahkan barang² saya.
Pukul 8.30 malam. Belum sampai. Saya dah kehabisan barang nak dipack. Asalnya pagi tadi, masih separuh barang tak siap dipack. Tapi sambil menunggu pakcik bawak lori itu, tangan ni laju terus mengemas dan mengemas. Sampai siap juga akhirnya. Alhamdulillah.
Pukul 10 malam. Masih belum sampai. Saya call, tau ape dia cakap, "Yeah, i'm coming i'm coming. I'm already on the way. I'll be arriving in 15 minutes."
Helllooooo. Dari pukul 4 petang tadi lagi pakcik cakap akan sampai lagi 5 minit. Tengok dah pukul berapa? Pukul 11 malam, dah 7 jam lepas. Lama sungguh 5 minit pakcik eh.
Saya taknak terus luahkan kegeraman ni dengan kata². Tak perlulah, demi mengekalkan keharmonian bahasa di Destiny. Kalau saya berkata², yang keluar tu semuanya nanti dari nafsu amarah yang membuak². Lebih baik saya diam.
Diam..
Dan sekejap tadi, punya tahan perasaan marah ni, sampai keluar airmata berduyun² keluar.
Geramnya hati ni ya Allah.
Memang Allah saja yang tahu.
Buat semua yang membaca, ketahuilah bahawa sikap yang ditonjolkan pakcik itu teramatlah jelek, hodoh dan menjengkelkan. Maka janganlah sekali² contohi, walau sikit pun. Bukan setakat jelek, malah menyusahkan orang. Sangat menyusahkan orang.
Kalau rasanya tak dapat datang, cakap tak dapat datang.
Kalau terpaksa datang lagi 10 jam sekalipun, cakap lagi 10 jam.
Jangan cakap lagi 10 minit.
Sungguh tindakan yang amat TIDAK BIJAK.
Mungkinlah pakcik tu berniat baik, nak sedapkan hati saya. Kononnya tak perlu lama menunggu. Dah on the way, lagi 15 minit je lagi. Maka saya takkan marah². Cuba bayangkan kalau die cakap, "Sorry, ill be arriving in 7 hours." Tak ke menjerit saya kat situ. Huhu, jangan risau. Saya tak pernah buat macamtu. Imaginasi semata².
Tapi tak payahlah buat macamtu kalau nak ambil hati. Lebih baik cakap yang benar, daripada menipu orang bulat² macamtu.
Nak tahu berapa banyak kerja saya tergendala disebabkan menunggu pakcik yang kononnya akan sampai lagi 10minit tu?
Nak basuh baju, saya tangguhkan.
Nak buat cheese kek, saya tangguhkan.
Nak tulis blog, terpaksa juga tangguhkan.
Nak mula kemas rumah, pun terpaksa tangguhkan.
Banyak lagi kerja² saya yang tergendala.
Dan end up, 10 minit itu sungguh penipu. Rupa²nya bernilai 7 jam. Bayangkanlah saya menunggu dari pukul 4 petang, dan sekarang dah pukul 12.40 malam. Bukan setakat sebijik cheese kek, sebijik kedai Secret Recipe pun boleh disiapkan dalam masa tu tau.
Sudahlah. Saya dah taknak menangis geram. Dah heartless pun.
Pakcik bawak lori tu kata, akan sampai pukul 1 pagi kejap lagi.
Well, kita saksikanlah sama² yea, samada dia akan betul² sampai pukul 1 pagi,
atau pukul 1 pagi minggu depan.
TERBANG PULANG
Oh yea, kurang dari 24 jam saje lagi, saya akan naik kapal terbang, balik malaysia.
Saat yang sungguh dinanti².
Tapi dalam keadaan macamni, dengan tertekan nak pindah, tertekan nak bersihkan satu rumah, nak kena kejar keretapi, terasa pudar sedikit keghairahan tu.
Sebelum ni, bukan main tak sabar nak balik.
Tapi sekarang ni, masih juga tak sabar nak balik, tapi kepala ni lebih memikirkan jadi ke tak pindah malam ni, dan macamana nak bersihkan satu rumah ni sebersih²nya esok.
Last², untuk naikkan balik semangat dan keghairahan tu, tau ape saya buat?
Saya pasang lagu RAYA.
Dan cara ini berkesan.
=)
Maaflah yea. Sungguh tak sesuai saya create mood raya di sini. Tapi ketahuilah bahawa lagu raya yang saya pasang ni hanya semata² untuk buat saya tak sabar nak balik malaysia jumpa mak bapak.
Nanti saya dah sampai malaysia, saya buang balik lagu ni.
Oh ye, sesiapa yang belum habis ganti puasa tu, janganlah feeling² nak raya lagi eh.
Tunaikan tanggungjawab dulu.
Kita kan dah besar, bukan budak darjah 5 lagi.
*Pesanan ini khusus untuk diri sendiri.
RESOLUSI
Hari tu saya janji nak tulis resolusi kan?
Haa, bukan janji kosong yea. Memang saya betul² nak tulis ni. Sambil² tunggu pakcik 5 minit tu.
And here goes the list :
- First and foremost, tarbiyyah diri tetap berjalan. (Tarbiyyah will only stop at last breath.)
- Usrah keep going. ( Di Malaysia + dengan anak² di France.)
- Driving driving driving!!!!!
- Gain confidence in driving. Target : Boleh pergi mana² sendiri, tak perlu susahkan Mak Pak. (Huh, macam Pak nak bagi.)
- Hafal juzuk 29. Target : at least mencapai 60%. (Ada 11 surah, average 40 ayat setiap satu. InsyaAllah boleh Nini boleh!!)
- Hafal dan faham tafsir juzuk 30. ( Ke arah menjadi 'juzuk 30 bergerak'.)
- Mukhayyam bulan 8 di KL Selangor. ( Mak Pak dah bagi greenlight.)
- Kursus ehem ehem. ( Takkan nak tunggu tahun depan?)
- Masak char koay teow untuk Bapak. (Janji yang tertunggak sejak habes SPM).
- Masak masak masak masak masak...... (Wajib!)
- Beli tudung labuh banyak². (Nanti dah sampai France baru menyesal.)
- Ziarah MMU Melaka. Bulan 8 nanti. (Mak dah bagi greenlight.)
- Kurangkan makan. (Mission quasi-impossible.)
- Do english reading a lot. (Owh, my English needs serious treatment. Dah lama tak guna.)
- Program² tarbiyyah di Kelantan. (Kalau Mak Pak bagi.)
- Elakkan tengok TV. (Program² TV di Malaysia = Pembunuh tarbiyyah nombor 1. I've experienced this last year.)
- Beli buku banyak². (Seriously, need a lot of reading. Think i'm lacking of 'Ilmu.)
- Profitekan jetlag untuk qiyam. (Tiada lagi alasan, Nini.)
- Spend quality time every second with yang tersayang. (Mak, Pak, abg, adek²..)
- Belajar jadi penyabar. (People, i seriously need this!)
Itu saja 20 yang saya dapat senaraikan buat masa ni.
Kalau saya nak suka² saja senaraikan, mungkin boleh mencecah 100.
Tapi sebab resolusi ini bukan untuk saja². Bukan sebagai pelengkap syarat, sepertimana azam² yang terpateri di awal tahun, tapi hanya kekal sebagai penghias diari di penghujung tahun.
Dan kerana, tarbiyyah itu mengajar saya, once you aim for something, then do it!
And this is what i'm going to do in this 2 months, with Allah's help.
Moga Allah lindungi saya sepanjang di Malaysia.
Dan semoga saya mampu menjadi ikan yang hidup di air masin.
p/s : Takutnya nak balik Malaysia, memikirkan dugaan² yang sungguh banyak. Apa² pun, di Malaysia nantilah akan menjadi pengukur, samada tarbiyyah yang dilalui di France ini betul² basah di hati atau sebaliknya.
Selamat berjuang yea kawan²!
Assalamualaikum.=)
3:20 PM | | 7 Comments
Satu je lagi
SUNYI
Rasanya sejak 2 hari ni, macam makin sikit je orang yang datang berkunjung ke rumah saya ni.
Kenape eh?
Mane pergi pembaca² saya?
Takpe². Mungkin ramai yang dah start cuti.
Maka masing² dah pun bertebaran di segenap ceruk muka bumi Allah.
Ataupun kalian juga ada exam, macam saya.
Ataupun, rasa tak best, sebab setiap kali buka Destiny, terus keluar ayat² surah Al-Mulk yang tengah dipasang.
Bukan tak suka dengar, tapi rasa macam lagi best kalau dengar nasyid² biase je.
Menambahkan iman jugak.
Gitu ke?
Hehe. Takpe. Ape² pun, kalau betul macam itulah yang dirasa, walaupun hanya seorang dua, ketahuilah bahawa saya amat² memahami perasaan itu.
Sebab dulu², waktu belum jatuh cinta dengan Quran, saya pun pernah dihambat perasaan begitu setiap kali masuk blog orang yang pasang ayat Quran.
Yea, sama juga alasannya.
Bukan tak suka dengar. Itukan ayat Allah, mana boleh tak suka.
Suka ke tak, kena jugak suka.
Tapi.....
Macam belum ready lagi kut nak berinsaf² sampai keluar airmate dengar ayat Quran ni.
Dengar nasyid jelah dulu.
Sikit² lah kan kalau ye pun nak berubah jadi baik.
(Ayat standard ni, tipulah kalau tak pernah dengar kan =p)
Buleh eh sikit²?
=)
Yela²... Saya tukar yea.
Membebel pulak makcik sorang ni.=p
*Membebel itu harus, kalau untuk kebaikan.
Ni saya letak lagu favourite Kak Mimi, teman seRouen yang dirindui.
Entah dah sampai manala Kak Mimi sekarang, sakan bawak parents pusing keliling Europe.
Orang dah nak final year katekan.
Bestnye....!!
Fuh², lagi 4 tahun. Amik nafas cukup² untuk terima hakikat ni.
Lagu ni kan, first time saya dengar, ingatkan lagu baru KRU.
Serious sebijik.
EXTREME
Pagi tadi sempat bace blog seorang senior di MMU, bro Hamdan.
Baru tahu, Perancis dah haramkan pemakaian niqab (purdah).
Owh ek?
Serious tak tahu. Macam tak keluar pula kat local newspaper sini.
Cemane Utusan lagi laju ni?
Ataupun, memang takkan keluar berita² panas begitu di local newspaper.
Untuk elakkan kebangkitan dan kemarahan orang² Islam di France ni, seperti yang berlaku 5 tahun dulu waktu France mengharamkan tudung di sekolah dan universiti.
Atau adekah saya yang outdated dengan berita semasa?
Eh tapi saya baca je tetiap hari berita di Yahoo.
Setakat kat internet jelah.
Dah 2 tahun tak beli paper hardcopy.
Hehe.
Kalau nak cakap pasal berita purdah ni, mungkin takkan menarik sangat, since kita tak berpurdah pun.
So macam takde kena mengena.
Yeke takde??
Ade kut....
Sengaja saya cuba nak membayangkan, dan nak bertanya pada sahabat² muslimah di France ni.
Andaikate lah tup tup, minggu depan pakcik Sarkozy tu buat pulak dasar pengharaman tudung di mana² tempat kat France.
Bukan setakat kat sekolah atau uni, pergi mana² pun tak boleh pakai tudung.
Selagimana berpijak di negara France, bumi milik Allah yang dinodai sekularisme ni.
Agak², ape yang kalian akan buat eh?
Saya tahu, mungkin susah untuk mereka senang² buat dasar macamtu.
Di France ni ada 2 juta orang Islam. Atau lebih.
Kalau mereka haramkan terus pemakaian tudung, ibarat sengaja ingin menghalau secara total orang² Islam dari negara mereka.
Takkan mereka nak buat macamtu kan. Mengundang padah tu namanya.
Tapi bukan boleh percaya sangat mereka ni.
Sekali jadi betui², haa, baru nak nganga? (Aih, lama tak cakap penang aih.)
So, kalau jadi begitu, tudung diharamkan secara mutlak, apa agaknya reaksi kita yea?
Tak provokatif pun kan soalan saya?
Biase² aje.
Bapak saya cakap, dalam semua benda, setiap kali nak buat keputusan, kena fikirkan 'worst-case situation'.
"Ingat tu. Always prepare for the worst case situation! Penting! Allah tak jadikan semua benda best case situation. Kalau best case je, takdelah nabi Adam kena turun dari syurga." Kata bapak dengan muka berkerut² sambil gerak² jari telunjuk, gaya seorang big boss.
Tu dia Bapak, kalau bagi contoh, memang yang habis extreme.
Kalau tak paham² lagi tu, taktaulah.
Yea boss, anakanda paham.
BARU
Tadi lepas exam Kimia, saya ke bandar mencari kotak sekejap.
Tengah² mata melilau di setiap deretan kedai, mata saya tertangkap pada sesuatu.
Kedai baju ESPRIT.
Clearance Sale up to 80%.
Wah!
Tergoda sungguh iman saya ni.
Dan memang kebetulan pun saya tengah cari satu baju baru untuk pakai balik Malaysia hari sabtu ni.
Maka apa lagi, laju je langkah kaki diatur menuju masuk ke kedai.
Sumpah ini kali pertama saya masuk kedai ESPRIT.
So memang takde idea langsung tentang baju² di ESPRIT ni macamana.
Satu² baju saya belek.
Memang betul, baju kebanyakannya dijual dengan potongan 70%.
Dan ternyata baju² ESPRIT ni cantik² yang amat. Berkualiti.
No wonder ramai yang suka eh.
Tapi belek punya belek.
Harga satu², mak aiii, average 60euro okey.
Itu lepas potongan 70% tu.
So kira sendirilah berapa harga asal die.
Aduh, nak gugur jantung.
Dah berkenan sangat kat satu baju ni, tapi harga 65euro.
Mahal sangat tu...
Kalau convert to RM, dekat 300 ringgit tau.
Mana saya pernah beli baju semahal tu. Buang tabiat namanya.
Dahla baju yang simple je, ala² blazer tapi sangat casual.
So dengan berat hatinye, saya tinggalkanlah harapan berkubur di situ.
Terus keluar, tak sanggup nak terus membelek. Nanti makin banyak pula yang berkenan.
Sekali lepas tu, jumpa baju lain, kat kedai lain.
Harga die, jauhhh lebih murah dari yang tadi.
Mula² hesitate jugak nak beli, tapi hati lebih berat kepada beli.
Maka bertukarlah tangan sejumlah xx.xx euro itu.
Jangan tanya berapa yea. Yang penting tak sampai pun half harga tadi.
Hehe, kire sendirilah agak².
Dan memang berbaloi.
Serious.
Lagipun, memang dah lama sangat tak beli baju baru.
Kalau dulu, di zaman 'jahiliyyah' atau lebih dikenali sebagai zaman-keremajaan-yang-terindah tu, setiap bulan mesti saya beli baju baru.
Budget dalam 40euro untuk baju setiap bulan.
Adoi.
Sungguh macam budak², bila fikir semula.
Tapi sekarang ni, dah berbulan² juga, asyik ulang baju² yang sama.
Takdelah pakai yang sama tiap² hari, nanti orang fikir saya ni tak basuh baju ke ape kan.
Tapi takde penambahan baju barulah.
Dan hajat di hati memang nak beli baju special sempena nak pakai balik Malaysia tahun ni.
Nak jumpe orang² tersayang, mestilah kena presentable kan?
Tapi bila berhadapan dengan situasi dalam kedai ESPRIT tu, buat saya teringat sangat pade kakak naqibah saya, Kak Najaa.
Pernah satu hari tu, saya dalam train, duduk sebelah Kak Najaa.
Then macam biase, saya akan dengar lagu di iPod comel saya tuh.
Pastu Kak Najaa tanye;
K.Najaa : Eh, Nini pun ade iPod yea.. Bila beli ni?
Nini : Owh, Nini memang dah lama ade iPod ni Kak Najaa. Nini tak beli, tapi dapat free sebab pasang internet pakej AliceBox.
Kak Najaa : Yeke?? Ya Allah bestnye.. Kak Najaa teringin sangat nak ade iPod. Tapi tak pernah dapat.
Nini : Kak Najaa taknak beli ke? Tak mahal sangat yang kecik ni. Dalam 40euro boleh dapat. Bolehla masuk 200 lagu gitu.
Kak Najaa : Entah, tak pernah terpikir pun nak beli. Kak Najaa memang teringin sangat nak ade iPod, sebab tu kalau ade apa² peraduan, Kak Najaa hantar. Tapi tak pernah dapat. (gelak² comel.)
Nini : Kenape Kak Najaa taknak beli? (Tak paham² lagi budak ni.)
Kak Najaa : Mahal sangat tu Nini, 30euro untuk iPod je pun. Kak Najaa memang sukela kalau ade iPod, sebab kite banyak travel semua kan. Boleh isi mase dengar nasyid ke, recording kuliah ke. Tapi Kak Najaa memang takkan beli la. Kalau dapat as hadiah, lagi best. Tapi kalau takde takpe je..
Nini : (Senyum penuh makna.)
Walaupun Kak Najaa tak beritahu secara langsung, tapi saya dapat tangkap makna yang beliau nak sampaikan kat saya.
30 euro tu sebenarnya nampak tak terlalu besar bagi kite, apatah lagi untuk beli iPod. Harga standard. Tapi bagi seorang murabbiah macam beliau, personally harga tu terlalu mahal untuk dibelanjakan semata² untuk kehendak diri sendiri. Dan sememangnya terlalu banyak kepentingan lain yang memerlukan nilai sebesar 30 euro tuh.
Kagum.
Bilelah agaknya saya akan mencapai tahap pengorbanan sebegitu yea.
Inilah antara ciri yang ingin dibina dalam diri seorang pemuda/pemudi Islam,
memikirkan tentang kepentingan umat lebih daripada diri sendiri.
InsyaAllah, tarbiyyah will do.
As long as you're in this path,
And the most importantly,
as long as u THABAT.
Incha' Allah. (Gaya tulis orang Arab)
Coming up next : RESOLUSI (Penting ni, untuk sayalah.)
(Lepas habis exam esok ye.)
12:29 PM | | 15 Comments
Take a break
Sekarang pukul 1.17 pagi tepat.
Esok exam kimia pukul 8 pagi.
Malam ini tak tidur.
Esok balik exam baru qada'.
Isk3, saya tahu tak bagus.
Take a break kejaplah yea.
Layan budak² kecik ni.
Adoi, sampai terhantuk² tu. Tak sakit ke cayang?
Saya paling suke minit 1:07.
Isk3 dik, sape ajar gelak tak berhenti camtu?
Akak pun tak reti buat.
Dan yang ni, turn saya pulak tergelak² sampai kuar airmate..
Dah² eh, mase rehat dah tamat.
Oh yea, jangan asyik melayan youtube tu yea, walaupun kamu takde exam ape².
Kat Youtube tu macam² ada.
Pandai²lah yea.
4:19 PM | | 0 Comments




